Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Vitamin tambahan untuk bayi dan kanak-kanak

Vitamin tambahan untuk bayi dan kanak-kanak

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

 

“Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka bertambah cerdik. Mohon penjelasan”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Ramai ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka sihat dan menjadi orang bijak.

 

Lebih-lebih lagi banyak produk-produk kesihatan  yang dijual dan dikatakan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak. Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat berguna.

 

Saya tidak menghalang mana-mana ibubapa yang membeli produk-produk itu, namun ingin memberitahu bahawa majoriti pakar-pakar pemakanan mengatakan bahawa kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat, samada tumbesaran fizikal ataupun untuk kecerdasan minda (IQ).

 

Kebanyakan bayi yang diberikan sama ada susu ibu atau susu formula semenjak lahir telah mendapat khasiat vitamin dan mineral yang diperlukan.

 

Apabila mencapai umur 4 hingga 6 bulan, kebanyakan ibubapa mula menukarkan diet pemakanan dari susu kepada makanan pepejal yang lembut secara perlahan-lahan.

 

Bergantung kepada diet pemakanan yang diberikan, mintalah nasihat doctor sama ada anak puan memerlukan vitamin dan mineral tambahan, jika ada ibubapa tidak dapat memberikan diet pemakanan yang lengkap pada bayi mereka atas halangan budaya, kefahaman tentang nutrisi atau bayi tersebut sendiri mengalami masalah kesihatan.

 

Contohnya pengamal diet pemakanan ‘vegetarian’ yang tidak memakan protein dari sumber haiwan mungkin mengalami masalah kekurangan zat makanan jika mereka tidak mendapat nasihat yang betul dari doctor.

 

Namun begitu, secara keseluruhan kanak-kanak dan bayi yang diberikan  diet makanan yang seimbang yang mengandungi karbohidrate, lemak, protein, vitamin dan mineral yang cukup, tidak memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

 

Tubuh manusia terutamanya bayi dan kanak-kanak hanya memerlukan kuantiti vitamin-vitamin dan mineral yang kecil, dan ia boleh didapati dari diet makanan yang dimakan. Oleh itu, mereka memperolehi kuantiti vitamin yang mencukupi.

 

Namun jika bayi puan mengalami masalah seperti bayi yang dilahirkan secara pramatang, bayi lahir dengan tifak cukup berat badan, bayi yang mengalami kesukaran untuk minum susu secukupnya berbanding dengan bayi yang seumur dengannya dan tidak dapat digantikan dengan atau penyakit kronik yang menyebabkan bayi atau kanak-kanak itu tidak mampu untuk makan dan minum secara normal.

 

Antara vitamin yang boleh diberikan kepada ialah vitamin B12, zat besi (iron), zinc, kalsium, dan lemak omega-3 yang boleh didapati dengan pengambilan suplemen multivitamin dan mineral atas nasihat doctor.

 

Dalam hal ini doctor akan memberikan nasihat yang baik mengenai pemakanan yang sesuai untuk anak puan.

 

Saya mencadangkan agar puan memberikan diet pemakanan yang pelbagai dan seimbang untuk anak puan yang berumur setahun dan enam bulan dan pemakanan seperti ini sudah cukup bagi tumbesaran fizikal dan minda mereka.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: