Ramai orang yang menyebarkan kononnya “ orang yang memakan udang dan vitamin C boleh membawa maut kerana ia akan menyebabkan terjadinya racun dalam tubuh sehingga menyebabkan keluar darah darah hidung, telinga dan mata”
Baru-baru ini seorang arakn menelefon bertanyakan hal yang sama. Saya hanya memberitahu ia adalah kongsian dalam facebook dan blog. Belum tentu sahih. Penulis artikel ini juga tidak diketahui.
Di akhir perbualan rakan saya memberitahu, “sebab saya biasa makan makanan laut terutamanya udang yang diperah bersama jus lemon. Tapi tiada apa yang berlaku pun.. Masih hidup..!”
Saya tersenyum.
Bila saya semak artikel itu rupanya ia disertakan dengan gambar seorang wanita yang terbaring di lantai/jalan raya mati dengan darah yang banyak keluar dari mata, telinga, hidung dan mulut kononnya disebabkan oleh keracunan arsenik.
Pada hal, gambar tersebut adalah gambar seorang wanita Iran, Neda Agha Soltan yang mati ditembak polis ketika menyertai bantahan pilihanraya di Iran pada Jun, 2009.
Sebenarnya dakwaan dalam artikel itu sangat karut. Dakwaan bahawa vitamin C boleh mengubah unsur-unsur bukan toksik ke arsenik dan menyebabkan kematian tidak mempunyai asas fakta. Tiada kematian dilaporkan yang berkaitan dengan gabungan kononnya toksik vitamin C dan makanan laut. Jika ada pun ia adalah laporan yang diada-adakan (laporan palsu) seperti gambar Neda Agha Soltan yang disertakan dalam artikel itu.
Jika ada kematian, ia bukan hasil tindakbalas vitamin C dan makanan laut, tetapi disebabkan oleh makanan lain seperti stroke atau serangan sakit jantung ketika menikmati makanan laut.
Makanan laut di sesetengah negara sangat tercemar terutama negara maju yang mempunyai industri berat yang hebat. Apa yang dibimbangkan pencemaran ini disebabkan oleh logam arsenic ke dalam laut di pantai berhampiran, sehingga mencemarkan kehidupan laut.
Secara tidak langsung manusia akan mengalami penceramaran arsenic melalui makanan laut yang dimakan? Di negara seperti itu, makanan laut adalah penyumbang utama kepada arsenik dalam diet manusia.
Walau bagaimanapun, kebanyakan arsenik dalam makanan laut adalah dalam bentuk organic. Arsenik dalam bentuk organik adalah 500 kali lebih berbahaya daripada arsenik bukan organic.
(rujuk: EFSA Panel on Contaminants in the Food Chain (CONTAM) (22 October 2009). “Scientific Opinion on Arsenic in Food”. EFSA Journal (European Food Safety Authority) 7 (10): 1351.)
Tahap arsenic berbentuk bukan organic dalam darah sama ada pada peringkat rendah boleh menyebabkan masalah kesihatan manakala pendedahan yang tinggi boleh menyebabkan kematian.
Vitamin C tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia ajaib mengubah unsur-unsur arsenic organic ke arsenic arsenic bukan organic yang lebih berbahaya.
Malah banyak kajian berpendapat sebaliknya. Ahli-ahli sains perubatan telah, dalam beberapa kajian, mengkaji interaksi antara vitamin C dan arsenic dan mendapati bahawa gabungan vitamin C dan bahan-bahan mineral bahaya seperti arsenic boleh mengurangkan atau menghalang kesan arsenic dalam tubuh.
Tidak ada kajian yang boleh dipercayai yang membuktikan bahawa vitamin C boleh membuat arsenik dalam badan kita dengan menukar sifat-sifat kimia menjadi bahan-bahan bukan toksik yang berbahaya.
Dakwaan tersebut adalah lebih serupa lebih berbentuk propaganda, auta dan pseudo-sains daripada sains yang benar.
Di negara barat sendiri, hidangan makanan laut selalunya disediakan perahan lemon yang ktamin C. Jika benar berlaku akibat percampuran vitamin C dan makanan laut, kes-kes kematian akibat keracunan seperti ini telah berlaku dengan banyaknya. Tidak ada juga laporan serupa itu yang dilaporkan dalam journal perubatan.
Pendek kata, mesej tersebut yang dikongsikan dalam facebook dan blog adalah satu penipuan yang tidak masuk akal. Penulisnya dengan sengaja melakukan penipuan dengan memasukkan gambar kematian wanita Iran ynag tiada kena mengena dengan mesej yang dihantar.
WALLAHU A’LAM
IKLAN
Untuk meningkatkan immuniti tubuh badan, klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Nutriforte Non Acidic Vitamin C yang sangat sesuai di ambil oleh pesakit gastrik serius kerana tidak mempunyai asid. Ia mengandungi Bioflavonoid semulajadi yang dapat meningkatkan penyerapan Vitamin C ke dalam tubuh badan berbanding Vitamin C biasa.