Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Punca Sakit Belakang Semasa Haid

Punca Sakit Belakang Semasa Haid


 

As salam mu alaikum.. saya seorang gadis berumur 25 tahun dan belum berkahwin. Saya kurang pasti kenapa haid saya datang lambat, biasanya haid saya datang pada awal setiap bulan tapi semenjak 2 bulan lepas haid saya jadi lambat sehingga akhir bulan baru datang dan bulan lepas haid saya masih tidak datang sehingga sekarang. Saya kurang pasti samada ia disebabkan stress atau ada tanda pnyakit lain.Selain itu juga saya akan sakit belakang dan pinggang, terutama ketika bangun tidur dan jika terlalu lama duduk.

Adakah masalah haid saya berkait dengan sakit di bahagian belakang dan pinggang. Adakah masalah haid saya ini serius atau ada tanda-tanda penyakit yang berbahaya?

 

 

Dr Zubaidi: Saya telah membaca email saudari dan bersimpati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya harap saudari bersabar dengan dugaan yang diberi dan tidak berputus asa untuk mencari ubat yang serasi untuk saudari.

 

 

Kedatangan haids bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haids, tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.

 

Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita yang mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang, yang disebut lower back pain.

 

Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.

 

Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat seingga mengganggu aktiviti seharian.

 

Jadi apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?

 

Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormone Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahem.

 

Pengeluaran hormone Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

 

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.

 

Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

 

Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius.

 

Doktor akan melakukan pemeriksaa fizikal terutama pada bahagia kemaluan untuk memeriksa rahem. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahem di dalam abdomen.

 

Oleh itu saya mencadangkan agar mencari doctor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dialkukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.

 

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:

 

1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.

 

2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

 

3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.

 

4. Boleh tuam menggunakan beg plastic atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.

 

5. Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak Kacip Fatimah 30mg beberapa hari sebelum kedatangan haid dapat mengurangkan senggugut yang teruk. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

6. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: