Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Punca Rambut Beruban pada kanak-kanak

Punca Rambut Beruban pada kanak-kanak

grey hair

 

 

“Ingin penjelasan Dr., mengapa kanak-kanak usia di bawah 12 boleh  ada rambut beruban yg banyak? kekurangan vitamin atau masalah pemakanan. Dr.Terima kasih”

 

Salah satu tanda bagi seorang dewasa semakin meningkat usianya ialah terdapat banyak rambut berubat di kepala. Ini kerana semakin kita berumur, sel melanocytes yang membekalkan pigment pewarna melanin pada rambut semakin berkurangan dan menyebabkan rambut kita tidak lagi berwarna hitam. Kehilangan warna hitam pada rambut menyebabkannya kelihatan coklat dan kemudian menjadi putih, dan kita namakannya uban.

 

Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmoo’ (1/344) bahawa hukum mencabut uban adalah makruh, berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn Shu’ayb dari bapanya, dari datuknya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jangan mencabut uban, kerana ia akan menjadi cahaya pada Hari Kebangkitan.”

 

Dalam satu hadis yang lain dalam kitab Sahih al-Tirmizi, yang dianggap sahih oleh Imam al-Albaani, diceritakan oleh Ka’b ibn Murrah (r.a)  berkata bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang mempunyai rambut yang beruban ketika masih dalam Islam, ia akan menjadi cahaya pada Hari Kebangkitan”.

 

Walau pun mempunyai rambut yang beruban boleh dianggap suatu fenomena yang biasa bagi orang dewasa,  namun ia menjadi suatu yang merisaukan jika berlaku pada kanak-kanak. Namun begitu jika hanya beberapa helai rambut yang mengalami uban, ia tidak perlu dibimbangkan.

 

Dalam satu kajian di Australia pada tahun 2005, yang diterbitkan dalam Australia dalam “Journal of Investigative Dermatology Symposium Proceedings” menunjukkan terdapat kaitan antara seorang yang pernah mengalami kelemumur (dandruff) yang teruk dengan rambut yang beruban.

 

Ini bermakna jika seorang kanak-kanak pernah mengalami kelemumur yang teruk, kebarangkalian untuk beliau mengalami rambut yang beruban pada usia muda sangat tinggi. Namun tidak bermakna semua orang yang mengalami kelemumur akan mengalami rambut beruban.

 

Kanak-kanak berbangsa ‘mat salleh’ (Caucasian) lebih mudah mengalami uban berbanding dengan kanak-kanak lain. Begitu juga jika ibubapa yang mempunyai rambut beruban, maka anak-anak mereka lebih mudah mengalami uban pada usia yang lebih muda.

 

Terdapat juga beberapa penyakit kulit yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami rambut yang beruban antaranya vitiligo, tuberous sclerosis, Waardenburg syndrome dan neurofibromatosis yang menyebabkan kehilangan warna hitam pada rambut.

 

Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami penyakit thyroid seperti penyakit Grave’s disease atau Hashimoto’s disease.

 

Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan rambut menjadi beruban. Ini berlaku pada kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan nutrisi yang kronik, seperti di negara-negara Afrika.

 

Bagi kanak-kanak yang tinggal di pendalaman atau di kawasan pinggir bandar yang miskin, kekurangan vitamin B12 berlaku apabila terdapat jangkitan cacing dalam saluran usus mereka.

 

Ramai yang menganggap bahawa stress boleh menyebabkan seseorang mengalami rambut yang beruban. Namun ia tidak seperti yang disangkakan. Tiada kajian yang sahih yang boleh mengaitkan stress tidak menyebabkan rambut menjadi beruban.

 

Maksudnya jika kanak-kanak itu berada dalam keadaan stress seperti tinggal dalam keluarga yang berantakan, atau keadaan paling miskin atau dalam keadaan didera mental dan fizikal, terdapat kebarangkalian untuk kanak-kanak itu mendapat uban ada, namun tidak semestinya berlaku.

 

Namun begitu, rambut kanak-kanak boleh menjadi beruban apabila terdedah pada cahaya ultraviolet secara berterusan dan radiasi, terutama ketika berjemur pada cahaya matahari yang panas. Namun tidak berlaku pada semua orang.

 

Jadi jika ada kanak-kanak yang mengalami rambut beruban, perlu melakukan pemeriksaan doctor yang lebih teliti kerana mungkin tanda beberapa penyakit yang kronik.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: