Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?

Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?

 

 inhaler3

 

“Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat.

 

Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen.

 

Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?”

 

Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini.

 

Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer.

 

Inhaler dan nebulizer bertindak pantas untuk memberikan kelegaan kepada pesakit yang diserang asthma. Jika tidak diberikan, ia boleh meragut nyawa.

 

Kesan ubat inhaler dan nebulizer hanya bertindak ke dalam paru-paru saja, dan kesan sampingan ubat itu yang mungkin ada  dihadkan. Oleh itu, jangan risau memberikan ubat itu dalam bentuk inhaler atau nebulizer kepada anak puan yang diserang penyakit asthma.

 

 

Saya juga ingin memberitahu, bahawa ubat penyakit asthma tidak menyebabkan ketergantungan. Ini bermakna pesakit perlu sentiasa mengambil ubat penyakit  asthma stiap hari untuk kekal sihat. Ubat ini hanya untuk mengawal kekerapan dan memberikan kelegaan ketika diserang penyakit asthma.

 

Apa yang berlaku pada anak rakan puan adalah suatu kebiasaan yang berlaku pada pesakit asthma. Kebanyakan pesakit asthma di kalangan kanak-kanak akan merasa kelegaan dari serangan asthma (asthma-free) apabila mencapai umur enam tahun atau apabila mula memasuki alam persekolahan.

 

Hanya sebahagian kecil saja yang mungkin mengalami penyakit ini sehingga dewasa.

 

Sekali lagi, ubat-ubat asthma hanya diberikan hanya untuk merawat pesakit ketika serangan asthma dan mengawal kekerapan serangan asthma.

 

Jika serangan asthma kerap berlaku, pesakit asthma terutama kanak-kanak akan mengalami masalah permbesaran fizikal dan mental mereka.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: