Advertorial

Perlukah Ubat Cacing untuk Anak?

Penulisan saya kali ini akan memberitahu kepentingan memberikan ubat cacing pada kanak-kanak.

 

Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.

 

Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai.

 

Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.

 

Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah.


Terdapat pelbagai jenis cacing yang menjadikan tubuh kita sebagai tempat untuk mereka membesar dan membiak. Antaranya cacing cangkuk (hook worm),cacing gelang (round worm), cacing benang (thread worm), cacing kerambit dan cacing pita (tape worms).

 

Oleh itu berhati-hatilah ketika memakan makanan yang dikhuatiri tidak dimasak dengan sempurna. Jika menggunakan tandas awam, pastikan kita membersihkan mangkuk tandas sebelum duduk di atasnya.


Antara simptom-simptom yang disebabkan cacing dalam tubuh ialah pucat akibat anaemia (kekurangan darah merah), cepat rasa lemah dan letih, kurang selera makan, dan abdomen yang kembung. Adakalanya terdapat juga tanda-tanda kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur.

 

Cacing-cacing ini akan mengambil nutrien makanan yang diserap ketika kita makan dan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat makanan. Inilah yang menyebabkan kanak-kanak akan menjadi cepat penat dan perkembangan fizikal mereka mudah terganggu.

 

Selain itu jangkitan cacing yang kronik memberikan kesan yang merbahaya. Ini bermakna cacing telah berada di dalam tubuh bertahun-tahun tanpa disedari.

 

Sebagai contoh, cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak, cacing kerambit boleh menyebabkan luka pada usus sementara cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat, sembelit dan kembung abdomen.

 

Soalan yang biasa ditanyakan kepada saya ialah berapa kerap kanak-kanak perlu diberikan ubat cacing. Tidak banyak doktor yang ingin menjawab soalan ini, malah pakar paediatrician juga seolah-olah merahsiakan ‘formula’ ini.

 

Memberikan ubat cacing (deworming) selalunya diberikan dalam jarak antara enam bulan hingga setahun sekali. Jarang sekali kanak-kanak mengalami kesan sampingan yang merbahaya dari ubat yang dimakan. Selalunya cacing mati yang dikeluarkan akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu menjadi ruam dan mereka mengadu kegatalan.

 

Deworming secara berkala juga akan membantu mengeluarkan cacing serta telurnya dari usus kanak-kanak yang dijangkiti.

 

Saya mengambil satu contoh produk ubat cacing yang boleh dibeli dari farmasi. Vemizol, adalah ubat cacing berbentuk suspension cecair  yang mengandungi 200mg albendazole dalam setiap 5 ml. Dos yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak itu.

 

Bagi kanak-kanak  antara 1-2 tahun, 5 ml diberikan sebagai dos tunggal. Sementara bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun   ke atas, 10ml diberikan sebagai dos tunggal.


Namun jika kita dapati terdapat cacing pada najis di tandas, maka dos ubat cacing ini seelok-eloknya diteruskan selama tiga hari. Jika masih lagi terdapat banyak cacing dalam najis pada hari ke-empat atau terdapat bukti bahawa kanak-kanak itu dijangkiti parasit cacing yang kronik, bawalah anak berjumpa dengan pakar paediatrik. Pemeriksaan najis melalui mikroskop akan memberitahu jika kanak-kanak ini telah bebas dijangkiti parasit cacing.

 

Jika keluarga memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, elok setahun sekali binatang ini diperiksa oleh doktor haiwan. Ini kerana dalam kehidupan di bandar, cacing dapat disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan. Selain kanak-kanak, haiwan peliharaan ini juga harus diberikan ubat cacing.

 

Di negara dunia ketiga, jangkitan parasit cacing memberikan masalah besar pada kanak-kanak. Ia memberikan kesan kepada mereka dari segi kehadiran ke sekolah.

 

Laporan UNICEF membuktikan kanak-kanak yang diberikan ubat cacing mempunyai berat dan perkembangan fizikal yang sempurna berbandingan mereka yang tidak diberikan ubat cacing.

 

Secara amnya memberikan kanak-kanak ubat cacing setiap enam bulan sudah memadai, terutama jika anda membela haiwan peliharaan atau mempunyai risiko-risiko yang saya nyatakan tadi. Jika tidak, memberikan anak-anak kita ubat cacing setahun sekali telah memadai.

 

Wa allahu ‘alam.

 

Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (200611)

19 comments

  1. Sarah_Salihah

    Doc..penerangan yg amat menarik..
    Mudahan Doc dipermudahkan urusan utk terus membantu manusia yg lain dengan izin-Nya..
    Soalan sy..apakah ubat cacing ini wajar diberikan pada anak2 kita..ataupun perlu membuat pemeriksaan pada doc terlebih dahulu?
    nasihat doc…umur brpkah elok utk kanak2 diperiksa dan diberikan ubat ini?
    TERIMA KASEH..

  2. Assalamualaikum….Dr
    Suka saya baca artikel doc dapat banyak input berguna. Cuma sayab ingin bertanya,boleh tak saya bagikan ubat cacing sebulan sekali kepada anak-anak saya untuk membanteras cacing kerana sebelum ini saya bagikan sendiri selang 6 bulan sekali je….
    Sukran

  3. salam…anak saya berusia 1tahun 2bulan tp belum pernah lagi diberi ubat cacaing,mengikut doctor yang memeriksa anak saya,memberitahu,anak saya akan diberi ubat cacing bile berusia 2 tahun..boleh kah saya memberi ubat cacing pada anak saya sekarang dengan membeli di farmasi?anak saya sekarng sering xlalu minum susu,makan,and selalu muntah….

  4. as salam… saya ingin bertanya mengenai ubat cacing. anak saya baru diberi ubat cacing ZINTEL. Tapi anak saya cirit birit selepas makan ubat tersebut, adakah disebabkan terlebih dos. ini kerana anak saya baru berumur 1 tahun 5 bulan, tetapi doktor di klinik telah memberikan 10ml. saya juga tidak tahu, tapi amat risau selepas melihat dia kerap cirit & ruam di kulit.

  5. Kamisah Binti Haji Kassim

    Salam…anak saya berusia 1 tahun 2 bulan dah semasa temujanji pada usia berkenaan pada 15.9.2011 di Klinik Kerajaan , nurse telah memberikan anak saya ubat cacing dan apabila anak saya makan ubat berkenaan tak sampai 5 minit dia muntah-muntah serta cirit-birit dan perut jadi kembung…adakah kerana disebabkan ubat cacing berkenaan atau usianya belum sesuai diberikan ubat cacing? Selera makannya pun berkurangan berbanding sebelum makan ubat cacing berkenaan dan perut kerap kembung….

  6. salam…anak saya berumur 8 bulan..anak saya suka tidur n duduk tertonggeng..adakah anak saya diserang cacing..saya risau akan memudaratkan kesihatannya.

  7. askum

    saya sgt tertarik dengan ruangan ini.saya ada 1 soalan.anak saya sejak 2 3 hari ini sering mengalami kegatalan pada kulit.seolah-olah macam terkena ulat..adakah ini petanda kecacingan dan boleh doktor sarankan ubat yg sesuai.adakah jenama Zental ok?
    terima kasih

  8. Dr,

    Mohon copy artikel ini, utk rujukan saya juga untuk dikongsi dengan pembaca blog saya. Saya akan creditkan website ini.

    Terima kasih.

  9. Salam..

    Dr bagaimana pula jangkitan cacing dengan orang dewasa?…adakah eczema,hati kurang berfungsi,kekurangan iron adalah disebabkan wujudnya cacing dalam badan. Apakah cara untuk mengatasinya? Perlukan memakan ubat cacing juga seperti yg doktor sarankan…Terima kasih

  10. Artikel yang menarik. Saya mendapat banyak ilmu dari blog Doktor. Teruskan mencurah ilmu. Moga Allah jua membalas jasa Doc.

  11. Mohd Hisham Bin Mat Ali

    Terima kasih atas maklumat doktor. Berguna untuk saya dan keluarga.

  12. setahu saya…orang dewasa juga harus makan ubat cacing seelok2nya 6 bulan sekali atau paling kurang setahun sekali.Ini saya ketahui sewaktu masih bekerja di bidang perubatan…maklum cacing boleh menyerang orang dewasa juga selali dari kanak2.

  13. Salam, Tahniah Dr. sumbangan anda sangat berguna pada masyarakat.

  14. saya telah memberi anak sy yg berumur 11bln mkn ubat cacing kerana dia mempunyai tabiat menghisap jari..saya sering melihat anak saya tidur menonggeng dan selepas saya memberi ubat itu anak sy kerap menangis sehingga menganggu tidurnya..saya risau anak saya..minta doc. perjelaskan simptom dan kesan yang mungkin berlaku jika mengambil ubat cacing tersebut..

  15. askum dr,ari jumaat br2 ni sy berikn anak sy ubat cacing 2.5ml jenis zentel,,x lm kemudian bdn dia jd gatal mcm kena ulat.kesian tgk dia x leh lena.adakah ubat itu tidak sesuai @ sebagainya doktor??(umur anak saya 1 thn 4 bln)

  16. Maklumat yg berguna…tercari2 Dr. Yg begini…semoga Allah beri kmudahan….

  17. Salam. saya mempunyai anak yg berumur 11 bulan. perut anak saya sentiasa nampak kembung walaupun dia tidak merengek atau menunjukkan tanda sakit perut tetapi dia makan dan minum susu dengan banyak. Contohnya dia akan minum sebotol susu, biskut 4 keping, sedikit roti yang dicicah dengan susu dan kemudian sebotol lagi susu dalam masa 4 jam. itu pun dia masih lagi meminta maknan. Adakah ini normal ataupun disebabkan cacing?

  18. salam dr zubaidi.
    Artikel ini sgt menarik & bermanfaat.
    Sy ade dua org anak, berusia 3 dan 2 tahun.
    Anak pertama telah mndpt dos pertama pd usia 2 tahun, tp tidak pernah lg mengambil ubat cacing sehga skrg. Manakala anak kedua belum pernah diberikn ubat cacing. Soalan sy…perlukh mereka diberikn ubat cacing? Atau jika x diberikn ubt cacing, adakah ia menyebabkn ape2 masalah kesihatan pd masa akan dtg?

  19. Assalam Dr. saya mempunyai 2 orang anak seorang berumur 3 tahun dan seorang lagi 1½ tahun..saya belum pernah lagi memberi ubat cacing pada anak2 saya.
    Saya agak risau anak pertama saya agak susah untuk makan dan anak kedua pula perutnya buncit..perlukah saya beri anak2 saya mkn ubat cacing bagi mengelakan masalah kesihatan kelak? dan apakab ubat cacing yg baik untuk mereka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top