Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Ovarian Cyst

Ovarian Cyst

Sekadar berkongsi pengalaman. Saya teringat kepada seorang wanita yang dimasukkan ke wad sakit puan akibat perutnya amat besar. Pelbagai perubatan alternatif telah dicuba. Pelbagai nama juga telah diberikan kepada penykit serupa ini. Ada yang kata ”busung”, dan ada yang menamakannya sebagai ”bunting keladi” kerana wanita itu dikatakan telah hamil melebihi setahun.

Apabila perbincangan dilakukan bersama dengan suaminya, saya mendapati mereka adalah keluarga yg agak sederhana dan berpelajaran. Saya amat musykil apabila rawatan moden di hospital menjadi rawatan terakhir sedangkan penyakit wanita itu sudah memasuki tahun kedua. Terlalu lama untuk membuat keputusan.

Perasaan wanita itu bercampur baur, antara sedih dan malu. Malah kelihatan tertekan. Mungkin melihat layanan suaminya yang semakin pudar. Saya dapat bayangkan bagaimana seorang suami mendekati isterinya di waktu malam dengan perut yang membusung besar namun tidak pula melahirkan anak. Wanita itu juga mungkin malu dgn jiran-jiran yang mula mengata, kononnya dia ”dibuat” orang kerana ”merampas” lelaki yang menjadi kekasih orang.

Pelbagai fitnah yang datang, yang menyakitkan dari keluarga si pihak suami yang mengesyaki penyakit wanita itu akibat sumpahan arwah ibu lelaki yang tidak merestui perkahwinan itu.

Amat memeningkan apabila semua tahyul, khurafat dan fakta bercampur baur. Akhirnya dibawa ke hospital akibat tidak tahan dengan umpatan keji saudara dan jiran, dan suami pula seolah-olah tidak peduli dan tawar hati terhadap apa yang berlaku pada dirinya.

Pemeriksaan awal menggunakan ultrasound menunjukkan ada ketumbuhan di abdomennya. Bilangan dan size ketumbuhan itu telah ditentukan. Sebuah ovarian cyst berukuran 12cm X 12cm.

Oleh kerana ianya tidak mendatangkan simptom yang berat, maka wanita ini amat berat hati untuk menjalankan pembedahan. Apatah lagi beliau hanya merasakan kesakitan atau ketidakselesaan itu hanya akibat kesan tekanan pada pelvis, vagina dan pinggangnya.

Selain dari itu wanita itu hanya risaukan abdomennya yang semakin membesar, dan kadang kala mengganggu selera makannya. Kencing menjadi kerap dan buang air besar menjadi sembelit. Kadang kala terasa sakit ketika atau baru bermula atau di akhir haids. Ini menjadikan haidnya juga tidak teratur. Kemandulan mungkin berlaku apabila hubungan seksual suami isteri tidak lagi terjadi

Ketumbuhan yang dimaksudkan ialah ovarian cyst. Ianya bukanlah penyakit kanser kerana ianya tidak merebak secara merbahaya. Ketumbuhan ini membesar secara perlahan-lahan tanpa merebak ke tempat-tempat lain seperti paru-paru dan hati.

Ia sebenarnya adalah kelompong nipis yang mengandung air, berada dalam ovari. Kelompong seperti ini biasanya normal physiology bagi wanita yang subur kerana kelompong ini mengandungi ova (telur wanita).

Namun apabila ianya tidak menetas dan saiznya melebihi 20mm atau 2 cm, maka inya dinamakan ovarian cyst. Saiznya boleh bertambah besar selagi ianya tidak menetas. Ianya mungkin bersize biji kacang atau mungkin sebesar buah tembikai.

Jika tidak dibedah, kemungkin ianya akan pecah sendiri secara semula jadi dan menyebabkan pendarahan yang banyak. Untuk menghentikan pendarahan ini, pembedahan harus dilakukan. Maka sama ada mahu menunggu ianya pecah secara semula jadi atau dikeluarkan, pembedahan adalah jalan terbaik. Pembedahan hanya dinasihatkan apabila saiznya melebihi 5cm.

Alhamdulillah sekarang wanita itu telah mempunyai 3 orang anak. 

11 comments

  1. salam, terima kasih sbb berkongsi info yg amat berguna pada sy.. sy belum berkahwin dan mempunyai cyst 11 x 10 dan rasanya cyst sy ni smakin membesar sbb sy kerap buang air, sakit pinggang, sakit perut dan ari2 selain keadaan perut sy yg membuncit…sy nk buang cyst ni tp takut klw ada kesan sampingan…dan sy takut klw slh satu ovari sy dibuang…doktor yg slalu sy jpe pn tak dapat nak pastikan smada ovari akan dibuang atau tak…dan sy pn tak tau nak wat ap…

  2. Yenny ( Labuan )

    Assalamualaikum Dr,

    Saya berumur 24 tahun dan berasal dr Labuan.Saya sdh berkahwin dn m’punyai seorg cahaya mata b’umur 6 tahun.Pada tahun 2009 saya telah menjalani pembedahan Ovarian Cyst dan m’punyai s’byk 3 cyst dan ovari sebelah kiri saya telah dibuang. Baru2 ini saya b’jumpa dgn Dr pakar. Dr pakar telah m’dapati cyst t’sebut telah tumbuh s’kali lg s’bsr 6×4 cm. Dan Dr telah m’beri advise supaya m’buat pembedahan kali-2.Saya bimbang akn ovari saya akn dibuang lg untuk kali ke-2.(1) Saya ingin tahu apakah punca nya cyst boleh dtg kembali..? (2) Tidak ada ubat smpingan kah untuk cyst t’sebut supaya hilang…?

    Amat Risauu…!!!!

    • sis,so how now?.. i pun baru lps buat laporoscopy buang dermoid cyst..and takut jugak kalau cyst ni tumbuh lagi.. u ada makan ubat apa2 ke? at least u dh ada sorang anak, i still blum preggy after 1 n half year married.. sama2 kita share yer.. TQ

  3. assalamualaium dr,
    saya berumur 29thn dan sekarang sdg hamil ank ke3.Masa saya hamil ank ke2 didpti saya ada cyst di seblh kiri ovari dan siz 3cm. skrg saya sdg hamil ank ke3, usia kndungan 12minggu dan didapati terdapat cyst disblh kanan ovari pula sebesar 6x5cm.
    adakah saya perlu menjalani pmbedahan bg mmbuang cyst trsebut?
    tq.

  4. Salam Dr.

    Isteri saya sudah tidak datang haid semenjak dari bln dec 2011 sehingga hari ini 20/3/2012. Isteri saya sudah pun membuat pemeriksaan hari ini di klinik pakar sakit puan dan hasilnya Dr mengatakan isteri saya tidak hamil tetapi mengalami Cyst di ovari sebelah kiri sebesar 2cm dan Dr mengatakan rawatannya ialah isteri saya perlu makan ubat turun darah dan tunggu sehingga datang haid dan kemudian diberikan ubat subur dan Dr akan memerhatikan keadaan Cyst tersebut dari masa ke semasa samada ianya membesar atau tidak. Tetapi saya mengambil keputusan untuk memberikan sedikit lagi masa kepada isteri untuk melihat perkembangannya sekiranya isteri saya akan mengalami haid secara natural. Soalan saya ialah:-

    1) Adakah Cyst berbahaya jika tiada rawatan awal dilakukan?
    2) Apakah Cyst boleh menyebabkan seseorg wanita itu tidak dpt hamil?
    3) Apakah jenis rawatan utk masalah Cyst?

    Saya amat mengharapkan sedikit penerangan dari Dr sebagai panduan utk saya melakukan tindakan susulan. Buat pengetahuan Dr saya sudah pun berkahwin selama 2 tahun dan masih belum mempunyai anak.

    Salam,
    Hafiz.

  5. doc kalo ovary cyst tu dah mncecah 22cm apa yg ptt dilakukan..plzz rep doc..urgent

    • doc kalo ovary cyst tu dah mncecah 22cm apa yg ptt dilakukan..plzz rep doc..urgent

      Just wait and see. Multivitamin tablets, co-enzyme Q10, magnesium, zinc and chromium can also
      aid in bringing an ovarian cyst patient back to normalcy quickly.

  6. salam doc, isteri saya akan di operate buat kali kedua ovary cyst,,,kami belum mendapat cahaya mata,adakah pembedahan kedua ini akan menghalang kan kehamilan? penyakit ni tiada ubat ke?

  7. salam doktor…………. adakah cyst boleh berlaku pada seseorg yang belum berkahwin?

  8. Salam,DR.Sy brumur 20 tahun,blom bkhawin.Bln 5(2012)sy operation buang sis 5×5 di belah kiri…sy ingin tahu ape punce Sis ini tumbuh,tande-tande sis ni tumbuh lg dan adakah sis ni blh myebabkn seseorg tu sukar untk hamil pade mase akan dtg?

    • Salam,DR.Sy brumur 20 tahun,blom bkhawin.Bln 5(2012)sy operation buang sis 5×5 di belah kiri…sy ingin tahu ape punce Sis ini tumbuh,tande-tande sis ni tumbuh lg dan adakah sis ni blh myebabkn seseorg tu sukar untk hamil pade mase akan dtg?

      Dr Zubaidi: Jika seorang wanita hanya mengalami cyst saja, ia tidak mengganggu kesuburan. Punca-punca cyst sangat banyak antaranya ialah faktor pemakanan dan persekitaran.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: