Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Mengapa Selalu Mengantuk Di Siang Hari
Mengapa Selalu  Mengantuk Di Siang Hari

Mengapa Selalu Mengantuk Di Siang Hari

Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya.

“Dalam satu hari berapa cawan minum nes ?”

“Saya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk”

“Teruk sangat ke rasa mengantuk?”

“Mana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je kelopak mata ini. Tak boleh buka mata langsung. Pernah sekali hampir berlaku kemalangan jalan raya kerana terlalu mengantuk. Satu ketika pula, saya tertidur bila berhenti di simpang lampu isyarat. Saya terjaga bila terdengar bunyi hon kuat dari kereta di belakang”

Saya mengangguk-angguk kepala. Saya percaya bahawa keadaan rakan saya ini memang teruk. Keadaannya dinamakan sebagai “hypersomnia”.

Mengikut penulisan bertajuk “Hypersomnia — causes, adults, drug, person, people, used, effect, Definition, Description, Causes and symptoms, Demographics, Diagnosis, Treatments, Prognosis”, oleh laman web Minddisorders.com (ditulis pada 15 februari 1999), keluhan biasa yang selalu diadukan ialah rasa sangat mengantuk di siang hari walaupun telah cukup tidur di malam hari melebihi 8 jam. Mereka juga rasa sukar untuk bangun pagi.(1)

Akibat rasa mengantuk, mereka akan rasa mudah marah, rasa tidak bertenaga, lambat berfikir, ada kalanya rasa tiada selera makan (dia lebih suka tidur daripada mengisi perutnya), daya ingatan yang terjejas, tidak dapat memberi fokus pada pekerjaan dan ada kalanya ‘melihat perkara yang ganjil’ (hallucinations).

Biasanya masalah ini dihadapi oleh remaja atau lelaki yang berusia 20an. Jika tidak dirawat, mereka mungkin akan menghadapi masalah ini berbulan-bulan lamanya, malah bertahun-tahun. Ada juga sembuh dari masalah ini dengan sendirinya namun ia berulang.

Oleh itu pemeriksaan oleh doktor perlulah dilakukan, kerana terdapat penyakit saraf yang dinamakan Kleine-Levin Syndrome (PLS) yang memerlukan rawatan khas kerana penghidapnya akan menghadapi  masalah mengantuk secara melampau.(2)

Pesakit PLS hanya bangun untuk makan dan ke bilik air saja. Ketika dia dalam keadaan jaga, sifat dan perangainya menjadi liar dan menyusahkan orang di sekeliling.

Hypersomnia juga tanda-tanda bagi masalah yang lain seperti narcolepsy atau sleep apnea. Narcolepsy ialah masalah mengantuk yang dihadapi oleh seseorang akibat kerosakan saraf di otaknya akibat kekurangan protein hypocretin. Sleep apnea pula adalah keadaan di mana seseorang itu berdengkur ketika tidur di waktu malam, sehingga menyebabkan pernafasannya terhenti untuk beberapa saat. (3,4)

Hypersomnia juga harus dibezakan dengan keadaan di mana seseorang merasa mengantuk akibat tidurnya terganggu (sebagai contoh menjaga anaknya yang sakit) atau disebabkan tidak tidur malam (kerana bertugas sebaga polis yang berkawal di waktu malam) atau rasa terlalu penat akibat melakukan banyak kerja yang melibat fizikal atau mental. Rasa mengantuk sebegini dikira normal.(5)

“Mata saya tidak dapat dibuka selepas makan tengah hari. Walaupun saya sudah tidur sebentar, namun rasa macam tidak puas”

“Doktor, suami saya itu sudah tahap kronik. Kadangkala ketika kami sedang berbual-bual dia boleh tertidur..”

Rungutan di atas adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami hypersomnia. Mereka merasa mengantuk ketika bertugas, ketika makan, ketika berbual-bual dengan rakan-rakan dan dalam mesyuarat. Tidur sebentar (nap) tidak akan dapat membantu mereka rasa segar dari rasa mengantuk.

Jadi bagaimana hendak memastikan bahawa hypersomnia yang dialami bukanlah penyakit yang bahaya? Tidak lain, dengan menjalani pemeriksaan klinikal dan makmal oleh doktor.

Pemeriksaan doktor akan membezakan sama ada hypersomnia ini disebabkan oleh keadaan yang biasa atau keadaan yang agak merbahaya.

Ini kerana hypersomnia juga boleh disebabkan oleh kerosakan saraf dalam otak atau masalah kemurungan yang agak kronik, dan kepekatan toksik urea dalam darah terlalu tinggi (uremia).

Menurut National Sleep Foundation United State of America, hypersomnia juga boleh disebabkan oleh fibromyalgia. Yang menariknya, kesakitan otot akibat fibromyalgia akan berkurang dengan ‘rawatan’ tidur berlebihan.(6)

Doktor juga akan bertanya jika pesakit sedang mengambil apa-apa rawatan untuk kemurungan (depression), yang selalunya mempunyai kesan sampingan iaitu rasa mengantuk keterlaluan.

Pesakit yang pernah mengalami kecederaan kepala yang melibat otak juga boleh mendapat masalah yang sama. Selain itu penyakit saraf multiple sclerosis juga akan menyebabkan saraf akan menjadi rosak. Pesakit biasanya mengalami keletihan dan rasa sangat mengantuk.(7)

Orang yang bersaiz obese juga mudah mengalami masalah yang sama. Banyak kajian menunjukkan jika seseorang mula melakukan riadah dan dapat mengurangkan berat badannya, masalah hypersomnia ini akan dapat dirawat tanpa sebarang ubat.

Dan ramai juga tidak menyedari yang mereka menghadapi masalah kelenjar tiroid. Hormon thyroid amat penting bagi metabolisma tubuh dan memberikan tenaga pada badan. Jika mereka menghadapi kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism), masalah yang mula mereka rasakan ialah rasa cepat letih dan rasa sangat mengantuk di siang hari.

Selain itu, diabetes mellitus dan hypercholestrolemia juga menyebabkan penghidapnya menjadi sangat letih dan mudah merasa mengantuk. Adakalanya pantang letakkan kepala di atas bantal, mereka akan terus tidur. Tidak hairanlah jika mereka merasa terlalu penat ketika sampai di rumah dan terus melelapkan mata ketika di kerusi sofa.

Jadi jika kita mendapati diri kita selalu mengantuk di siang hari walaupun telah mendapat cukup tidur, haruslah menjalani pemeriksaan. Rasa mengantuk itu mungkin disebabkan oleh penyakit yang lebih merbahaya. Amalkanlah ayat-ayat Ruqyah agar Allah melindungi kita dari musibah penyakit-penyakit yang kita sendiri tidak mampu hadapi.

Walllahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (270611)

Rujukan:

 

Aldrich, Michael S. Sleep Medicines. New York: Oxford University Press, 1999.

American Psychiatric Association Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. 4th edition, text revised. Washington DC: American Psychiatric Association, 2000.

Chokroverty, Susan, ed. Sleep Disorders Medicine: Basic Science, Technical Considerations, and Clinical Aspects. 2nd ed. Boston: Butterworth-Heinemann, 1999.

Thorpy, Michael J, ed. Handbook of Sleep Disorders. New York: Marcel Dekker Inc, 1990.

12 comments

  1. ASSALAM TUAN DOKTOR.
    TERIMA KASIH KERANA MENYIARKAN ARTIKAL SEBEGINI. SAYA MUNGKIN MERUPAKAN SALAH SEORANG YANG MUNGKIN MENGHIDAP OSA (GANGGUAN TIDUR) ATAU PENYAKIT SEPERTI YANG DIBINCANGKAN OLEH TUAN DOKTOR. SAYA BERUMUR 35 TAHUN DAN BERDENGKUR SEWAKTU TIDUR.

    MASALAH SAYA IALAH SAYA RASA MENGANTUK SETIAP PAGI SEWAKTU MEMANDU DARI SG BULOH KE KUALA LUMPUR (SEKITAR 6.30 PG) SETIAP HARI DAN SERINGKALI HAMPIR TERLELAP.

    BAGAIMANAKAH MUNGKIN SAYA MEMPEROLEHI RAWATAN? ADAKAH DOKTOR MANA-MANA SAHAJA BOLEH SAYA TEMUI? ADAKAH KOS RAWATANNYA TINGGI. HARAP DAPAT MENEMUI JALAN PENYELESAIAN. SEKIAN, TERIMA KASIH.

  2. Assalamualaikum
    Doktor saya adalah seorang yang obesiti. sejak kebelakangan ini saya sering rasa mengantuk. kalau ada masa terluang je saya mesti mengantuk, walaupun ketika bekerja atau tengah tengok tv dirumah. Badan saya terasa macam letih sangat dan lemah sangat. kepala juga selalu sakit dan saya sering rasa loya. Sekiranya saya letak kan kepala di bantal mmg terus terlena. Bila malam saya tidur macam biasa dan pagi mmg susah nak bangun. Selain daripada bersenam ada cara lain ke untuk mengubat penyakit ni?

  3. saya ada penyakit yang sama macam diatas, saya sering mengantuk pada waktu tngahari dan terasa berat sangt nak bangun pagi. saya sudah tidur 8 jam sehari pun masih berlaku hypersomnia. selain itu saya juga merasa keletihan yang amat apabila sedang duduk bersila pinggang belakang saya lenguh semacam dan postur duduk saya tidak normal. saya rasa macam sudah tua padahal umur saya masih 19 tahun.saya selalu strecthing tapi ia datang balik .berikan penjelasan?

  4. Assalamualaikum. Terima kasih doktor atas artikel hypersomnia. Saya mangslami masalah mengantuk hampir 2 bulan . saya adalah jururawat dan epjj nursing master student. this is my final year.selalunya saya mengsntuk juga ttp sekarang ini hinggakan nak buat assigmment pun tak boleh. lepas 10 mlm terus mengantuk. siang mengantuk malam mengantuk. dah tak tahan sangat mengantuk saya je artikel doktor untuk membaca apa yg menyebabkan saya mengantuk. saya tsk nafikan ttg kesibukan rutin harian hidup saya ttp prrkara mengantuk ini hanya dihidapi sekarang. utk mengatasinys saya mula mengikuti kelas aerobic seminggu yg lepas. brrat saya 60kg dan tinggi 149cm. umur 44 th. anak bongsu berumur 4 th dan brrkeluarga. srkian

  5. doktor sy nk tanya nape sy asyik mengantuk setiap hari walaupun sy dah tidur 9 jam sehari..kadangkala bila ckg mengajar sy terasa nk tidur..tlg bagitau sy cara utk mengatasi..thk u

  6. NorZalifah Binti Ali

    Assalamualaikum doktor…sy amt tertarik dgn artikel doktor di atas…sy berusia 23thn dan skrg ni sedang hamil 5 bulan…dri sejak mula2 sy hamil,sy slalu berasa ngntuk di siang hari…adakah ini 1 kebiasaan bg ibu hamil?? dan waktu tdor sy tidak menentu..kdg2 tdor awal,kdg2 tdor lambat…tp bg sy same je..pd waktu siang,hampir setiap hari sy akan berasa ngntuk dri pg hgga la waktu petg….ini amat m’ganggu waktu kerja sy..sy harap doktor dpt m’bantu sy..terima kasih..

  7. Assalam Dr.Saya mengalami masalah mengantuk di sinag hari yang agak keterlaluan.Semasa hari cuti saya banyak mengabiskan waktu tidur selama hampir 8-10 jam sehari..apakah ratawan yang perlu saya ambil untuk mengelakkan daripada masalah ini berterusan.terima kasih.

  8. As Salam doktor. Saya mengalami masalah tidur yang keterlaluan kebelakangan ini. Saya akan rasa mengantuk sekitar pukul 10, 11 pagi dan juga selepas makan tengahari. Setiap malam saya akan tidur pada pukul 10, 11 malam dan akan terjaga sekitar sekurang-kurangnya 2 kali pada sepanjang malam dan menyambung tidur kembali. Dan saya akan bangun pada pukul 6 pagi. Keadaan ini berlainan apabila saya sedang belajar. Saya akan tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada 2 pagi untuk belajar dan terus bersiap untuk pergi ke kerja. Saya seorang pekerja dan juga pelajar separuh masa. Saya juga akan tetap mengantuk di pejabat. Badan saya cepat penat dan mengantuk. Kadang-kadang sehingga saya perlu tidur dahulu sebelum melakukan kerja lain walaupun berada di pejabat. Saya juga tidak boleh memandu pada waktu malam untuk perjalanan jauh kerana saya akan cepat mengantuk dan pernah sekali hampir kemalangan. Paling lama saya boleh memandu malam adalah untuk satu jam. Apakah masalah yang saya sedang alami doktor dan bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah saya ini?

    • As Salam doktor. Saya mengalami masalah tidur yang keterlaluan kebelakangan ini. Saya akan rasa mengantuk sekitar pukul 10, 11 pagi dan juga selepas makan tengahari. Setiap malam saya akan tidur pada pukul 10, 11 malam dan akan terjaga sekitar sekurang-kurangnya 2 kali pada sepanjang malam dan menyambung tidur kembali. Dan saya akan bangun pada pukul 6 pagi. Keadaan ini berlainan apabila saya sedang belajar. Saya akan tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada 2 pagi untuk belajar dan terus bersiap untuk pergi ke kerja. Saya seorang pekerja dan juga pelajar separuh masa. Saya juga akan tetap mengantuk di pejabat. Badan saya cepat penat dan mengantuk. Kadang-kadang sehingga saya perlu tidur dahulu sebelum melakukan kerja lain walaupun berada di pejabat. Saya juga tidak boleh memandu pada waktu malam untuk perjalanan jauh kerana saya akan cepat mengantuk dan pernah sekali hampir kemalangan. Paling lama saya boleh memandu malam adalah untuk satu jam. Apakah masalah yang saya sedang alami doktor dan bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah saya ini?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya berpendapat bahawa saudara harus menjalani pemeriksaan doctor.
      Untuk nasihat dan panduan bagaimana menjalani pemeriksaan itu, saudara boleh mengikuti program TANYA DOKTOR di blog saya.
      Saudara boleh melayari di http://drzubaidi.com/blog/?page_id=1008
      Wallahu a’lam.

  9. assalamualaikum…doktor sy nk tnye adkh sse0rg yg mhidap magrain akn mhadapi situASI d mana ea blh mdgr suara orang /adkh mdgr suara org dkira gila???sbb smasa sy bsekolah dulu,,,sy ada juga mdgr suara rkn2 tpi tdk tlalu jls…adkh sy tlalu mmikirknnye???/sy mgalami magrain…slain dri e2,mata sy akn brair apabila sy mlihat tulisan halus dri jrk yg jauh…malah..sy jge akn mgalami skit d bhg blakang kepala/kdua2 bhg kepala sekaligus…selain dri e2 sy jge akn terasa senak/skit di dada apabila mlakukan aktiviti sukan spt berlari dan diikuti dgn skit kepala…umur sy swaktu itu adalah 17tahun…sila jelaskan…

    • assalamualaikum…doktor sy nk tnye adkh sse0rg yg mhidap magrain akn mhadapi situASI d mana ea blh mdgr suara orang /adkh mdgr suara org dkira gila???sbb smasa sy bsekolah dulu,,,sy ada juga mdgr suara rkn2 tpi tdk tlalu jls…adkh sy tlalu mmikirknnye???/sy mgalami magrain…slain dri e2,mata sy akn brair apabila sy mlihat tulisan halus dri jrk yg jauh…malah..sy jge akn mgalami skit d bhg blakang kepala/kdua2 bhg kepala sekaligus…selain dri e2 sy jge akn terasa senak/skit di dada apabila mlakukan aktiviti sukan spt berlari dan diikuti dgn skit kepala…umur sy swaktu itu adalah 17tahun…sila jelaskan…

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya tidak dapat jelaskan dan saya percaya keadaan saudari amat kompleks dan memerlukan perhatian yang sewajarnya. Sila mendapat rawatan dari doktor kerana dibimbangi jika tiada rawatan, keadaan saudari akan menjadi bertambah teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top