Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

 

honey

 

“Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.

 

Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami  rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.

 

Bagi sesetngah individu pula ia menyebabkan muntah lender masam dan ‘melekat’ ke tekak dan mulut terutama apabila sedang berbaring.

 

Selain itu individu tersebut mungkin juga mengalami rasa kembung perut, dan sering sendawa.

 

Acid relux berlaku apabila  otot yang menjadi injap Antara saluran pemakanan esofagus dan perut (dikenali lower esophageal spinchter)  tidak berfungsi dengan baik, sehingga asid perut bergerak ke atas melalui esofagus untuk ke mulut.

 

Ini boleh menyebabkan gejala-gejala seperti sakit pada dada bawah sehingga di panggil “pedih ulu hati”. Selain itu mungkin mengalami masalah muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu.

 

Jika gejala refluks asid berlaku lebih daripada dua kali seminggu, berkemungkinan individu itu mengalami penyakit “refluks gastroesophageal” (GERD).

 

Ubat yang diberikan doctor boleh diteruskan. Saya Cuma mencadangkan agar mengamalkan  sesudu madu sekali atau dua kali sehari selepas bersahur dan berbuka dapat mengurangkan masalah ini yang biasa berlaku orang yang berpuasa.

 

Ia sangat berkesan untuk melindungi permukaan dinding dalam perut dari asid yang pekat.

 

Wallahu a’lam.

 

Rujukan:

 

  1. Mahantayya V Math. “Oesophagus: Heartburn and Honey”. BMJ 5 January 2002.
  2. John de Caestecker “Oesophagus: heartburn”. BMJ.2001; 323, 736- 739 ( 29 September ).
  3. Balasubramaniam.P.  “Viscosity and flow of honey” Indian J. of Physiology and Pharmacology. 2001; 45 (5)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: