Komplikasi Selepas Pembedahan Buang Appendix

Salam Doc, saya nak minta pandangan Doc mengenai anak saya berumur 13 tahun. Dua  minggu lepas beliau telah menjalani pembedahan appandix. Dua hari selepas keluar, beliau ok tapi selang beberapa hari hingga kini beliau kerap rasa sakit dan kadang-kadang badan panas dan demam. Adakah ini disebabkan angin dalam badan yang tak lepas keluar.

Dr Zubaidi Hj Ahmad:

(untuk grafik perubatan, sila google perkataan ‘appendectomy’. Diharap penulisan Bahasa Melayu ini membantu pemahaman anda berkenaan masalah penyakit ini)

Pembedahan appendectomy adalah pembedahan membuang appendix yang dijalankan secara emergency, bermakna harus segera dilakukan.

Pengalaman saya semasa bekerja di hospital, tidak semua pesakit yang disyaki mengalami jangkitan pada appendix (disebut sebagai appendicitis) akan dibedah. Selalunya doctor akan memberikan suntikan antibiotic melalui IV drip sebagai usaha mencegah berlakunya sepsis iaitu keadaan di mana jangkitan kuman semakin merebak ke seluruh tubuh dan ia boleh membawa maut.

Bagi pesakit yang mengalami jangkitan appendicitis  belum menjadi nanah, suntikan antibiotic itu dapat mengawal jangkitan dan pesakit menjadi sembuh. Pesakit boleh balik ke rumah beberapa hari apabila tiada lagi tanda-tanda jangkitan appendicitis seperti sakit perut dan demam.

Oleh itu pesakit yang mengalami jangkitan appendik yang belum pecah, selalunya lebih mudah sembuh berbanding dengan pesakit yang mengalami jangkitan appendix yang telah pecah.

Sehari selepas pembedahan, doctor akan memeriksa jika usus pesakit telah berfungsi dengan normal, dengan bertanyakan sama ada pesakit telah kentut atau belum. Selalunya doctor akan membenarkan pesakit minum sedikit air kosong. Jika pesakit boleh minum, air intra-venous (IV) boleh dihentikan, dan pesakit digalakkan melakukan pergerakan ringan, seperti pergi ke tandas atau berjalan-jalan di sekeliling katil.

Doktor akan membuka balutan luka pembedahan selepas 3 hari untuk memantau jika ada jangkitan kuman pada luka pembedahan. Pesakit boleh pulang ke rumah selepas 2-3 hari. Semasa berada di rumah, pastikan luka kering dan bersih.

Perlukah jumpa doctor sebelum hari yang ditetapkan jika ada masalah?

Selalunya doctor akan menetapkan hari temujanji seminggu selepas pembedahan. Namun begitu jika terdapat tanda berikut, hari berjumpa doctor yang merawat dengan segera kerana dikhuatiri terdapat jangkitan kuman pada luka pembedahan.

1· Demam yang berterusan (melebihi 101 F atau  39 C)

2· Pendarahan di tempat luka pembedahan

3· Abdominal semakin membesar

4· Sakit tempat luka tetapi tidak sembuh dengan ubat

5· Muntah dan loya berterusan

6· Demam menggigil

7· Batuk dan sukar bernafas berterusan

8· Nanah di tempat luka pembedahan

9· Bengkak dan merah pada tempat luka pembedahan

10· Tidak boleh makan atau minum

11. Tidak kentut atau tidak buang air besar semenjak pembedahan

Pembedahan appendicectomy adalah pembedahan yang ringkas dan selamat. Namun ada kalanya pembedahan seperti ini, mengundang komplikasi. Sepanjang pengalaman saya, belum pernah mengalami dan berjumpa kes yang mengalami komplikasi.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!