Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kesan vaksin thyphoid pada wanita yang hamil

Kesan vaksin thyphoid pada wanita yang hamil

KESAN VAKSIN THYPOID PADA WANITA YANG HAMIL
Related image
 
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, apakah kesan suntikan thypoid (suntikan untuk peniaga makanan) untuk ibu yang hamil. Saya ada mengambil suntikan itu pada 8/5/2018, tanpa menyedari saya hamil. Haid terakhir saya pada 18/4/2018 dan ujian UPT saya positif hari ini. Adakah suntikan vaksin itu memberikan kesan kepada bayi saya? Terima kasih.”
 
WAALAIKUMUSALAM
 
Secara amnya pemberian vaksin tertentu tidak boleh diberikan kepada wanita yang hamil atau ibu yang menyusukan anak. Jika terpaksa diberikan, ia harus ditimbangkan manfaat pemberian vaksin itu mesti lebih besar dari kemudaratan yang mungkin diterima. Oleh itu sebelum mendapat sebarang suntikan vaksin, puan harus beritahu kehamilan puan pada doctor yang merawat.
Image result for typhoid injection
Terdapat dua jenis vaksin thypoid di bawah jenama Typherix dan Typhim Vi. Kedua-dua suntikan vaksin ini mengandungi bakteria yang tidak aktif.
 
Satu lagi vaksin yang diambil melalui mulut berbentuk kapsul, jenama Vivotif. Ia adalah vaksin yang mengandungi kuman bakteria thypoid yang hidup dan aktif.
 
Kesan kemudaratan suntikan vaksin typhoid pada wanita yang hamil dan menyusukan anak tidak pernah dilakukan kajian secara spesifik. Namun, disebabkan vaksin ini ( dalam bentuk suntikan) mengandungi kuman yang tidak aktif, ia dianggap tidak memberikan kemudaratan pada penerima suntikan ini.
 
Saya mencadangkan puan mengelakkan pengambilan vaksin yang berbentuk kapsul kerana ia mengandungi kuman
bakteria thypoid yang hidup dan aktif.
 
Jangan terlalu risau. Jika mengalami sebarang masalah, boleh terus berhubung dengan doctor yang merawat puan.
 
Semoga bermanfaat.

 Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: