Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Jangkitan kudis buta Impetigo

Jangkitan kudis buta Impetigo

JANGKITAN KUDIS BUTA IMPETIGO

 

impetigo 2

 

” Salam doktor, baru-baru ini anak saya mengalami penyakit kudis buta. Doktor hanya memberikan ubat gatal dan sapu saja. Namun tidak berkesan. Mohon pandangan doktor. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kudis buta disebut dalam bahasa perubatan sebagai IMPETIGO.

Impetigo adalah salah satu jangkitan kuman pada kulit yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan kulit menghasilkan lepuhan, luka yang cetek dan kerakan, terutama pada muka, leher, tangan, dan kawasan yang biasa ditutupi lampin.

 

Penyakit ini berpunca dari salah satu dua jenis bakteria, iaitu Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Terdapat satu lagi kuman yang jarang sekali menyebabkan jangkitan ini iaitu Methicillin Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA).

 

Impetigo mudah terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai kulit yang sensitive dan masalah kulit seperti  ekzema, bekas gigitan serangga dan parut dari luka lama.

 

Impetigo sangat mudah berjangkit, terutama di kalangan adik beradik yang tinggal serumah atau rakan sebaya yang tinggal dalam satu taska atau sekolah.

 

impetigo

Ia merebak melalui sentuhan kulit atau barang-barang peribadi seperti seperti pakaian, tuala dan cadar katil.

 

Oleh kerana impetigo ini menyebabkan kegatalan, maka kanak-kanak boleh menyebarkan jangkitan ini dengan menggaru menggunakan jari mereka dan kemudiannya menyentuh bahagian-bahagian lain badan mereka.

 

Maka, rutin mencuci muka dan tangan boleh membantu mencegah impetigo berjangkit kepada kanak-kanak lain.

 

Doktor biasanya boleh mendiagnosa impetigo berdasarkan ruam yang yang muncul. Impetigo biasanya dirawat sama ada dengan kream antibiotik atau pil/kapsul antibiotic.

 

Bagi pesakit yang mahu menghilangkan parut akibat jangkitan Impetigo, boleh mencuba kream Labecia Revitalizing Moisturizer keluaran UTM yang tidak mengandungi steroid dan bahan racun yang berbahaya.

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490?fref=ts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!