“Doktor, saya sekarang menjadi keliru.”
“Mengapa pula?”
“Ada doctor kata saya mengalami sakit eczema, ada yang kata saya kena psoriasis” kata pesakit saya sambil menunjukkan ruam merah di tangannya.
“Sudah lima orang doctor, saya jumpa. Yang peliknya semua berikan ubat yang serupa. Ubat sapu, ubat pil gatal dan ubat pil alahan”
“Mana satu yang betul, doctor?”
Saya memeriksa semula ruam yang dialami beliau.
“Ubat untuk eczema dan psoriasis adalah hampir sama kerana kedua-duanya berpunca dari alahan pada kulit. Jangan risau tentang itu”
“Yang penting ubat-ubat itu harus mengikut nasihat doctor kerana ubat-ubat ini mengandungi steroid bagi mengurangkan tindakbalas alahan. Jadi doctor kena pantau, jika tidak dibimbangi kesan mudarat akan berlaku”.
Banyak kali saya ditanya mengenai perbezaan antara eczema dan psoriasis. Ia adalah suatu cabaran bagi doctor juga menentukan diagnose ini. Namun begitu ia bukan menjadi isu besar kerana cara rawatannya hampir sama.
Kedua-dua penyakit psoriasis dan eczema adalah penyakit kulit yang kronik, menyebabkan kulit akan menjadi merah dan kasar serta kering (scaly). Walaupun begitu, terdapat beberapa perbezaan jelas yang membezakan antara keduanya.
Penyakit psoriasis biasanya tebal, merah, kering dan kasar. Sementara penyakit eczema pula biasanya menyebabkan kulit menjadi lembab dan agak berair.
Psoriasis
Kedua-dua penyakit ini selalunya ‘menyerang’ anggota kaki, tangan dan tengkuk. Psoriasis melibatkan belakang siku dan permukaan luar lutut (extensor surfaces), sementara penyakit eczema melibatkan permukaan dalam lengan dan permukaan dalam lutut di kawasan berlipat (flexor surfaces).
Eczema
Eczema yang kronik menyerang kawasan buku lali, berbanding dengan psoriasis. Eczema dan psoriasis menyerang menyerang bahagian kulit kepala.
Tangan dan kaki adalah anggota tubuh yang sukar dibezakan antara penyakit psoriasis dan eczema. Kadang kala jangkitan kulat fingal juga boleh menyerang kawasan ini.
Walau bagaimana pun eczema dan psoriasis boleh menyerang semula apabila telah sembuh. Jadi mencari punca yang menyebabkan alahan adalah perkara utama dalam usaha mencari kesembuhan itu.
Saya mencadangkan agar pesakit eczema atau psoariasis, menggunakan Oleva Cream untuk mengurangkan masalah ini. Kaya dengan Minyak Zaitun dan Vitamin E.
Boleh klik link di bawah :
https://www.needsvenue.com.my/collections/inspirasi-sunnah/products/oleva-cream-

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman

ubat yg terbaik untuk kanak-kanak 4 tahun yg mengalami penyakit ini doc?…