Advertorial

Bahaya Darah Tinggi ketika hamil

pemeriksaan usg ibu hamil

 

 

 

“Assalamu alaikum, doctor. Saya baru-baru ini disahkan mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil. Umur kehamilan saya 26 minggu. Saya hairan kerana tidak mengalami sakit kepala dan sebagainya. Perlukah saya meneruskan rawatan yang diberikan oleh doctor di Klinik Ibu dan Anak itu. Terima kasih?”

 

Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan.

 

Wanita yang disahkan mengalami penyakit darah tinggi sama ada sebelum hamil atau semasa hamil dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan air kencing dan memantau tekanan darah mereka, ketika berjumpa doctor di klinik ibu dan anak.

 

Ini kerana pemeriksaan berkala begitu penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah proses kelahiran.

 

Penyakit darah tinggi yang tidak dikawal tidak dikawal sepanjang tempoh kehamilan boleh meningkatkan risiko berbahaya pada ibu dan anak.

 

Selain pemeriksaan tekanan darah, doctor juga memeriksa jika ada bengkakan  pada pergelangan kaki dan kehadiran protein dalam air kencing.

 

Jika terdapat bengkakan pada kaki dan protein dalam air kencing, pada wanita yang mengalami tekanan darah yang tinggi, keadaan ini dinamakan PE biasanya berlaku selepas minggu ke 20 minggu kehamilan.

 

Saya ada menulis “Darah Tinggi semasa Hamil” di http://drzubaidi.com/blog/?p=5188

 

Peningkatan tekanan darah yang tinggi dan akan menyebabkan gangguan peredaran darah terutama pada uri, akhirnya menyebabkan janin kurang mendapat zat makanan. Ia mengganggu perkembangan bayi bayi dalam rahem.

 

Maka sangat penting pemeriksaan berlaka dilakukan untuk memantau tekanan darah wanita yang hamil. Jika tidak, wanita yang hamil itu mendapat serangan sawan dan meningkatkan risiko kematian kepada ibu dan bayi dalam rahem.

 

Selain dari risiko kematian bayi dan ibu, bayi yang dilahirkan mungkin bersaiz kecil, mengalami terencat akal, uri tercerai daripada rahem sebelum proses kelahiran bermula, bayi boleh lemas semasa proses kelahiran, bayi dilahirkan yang tidak cukup bulan, dan pelbagai masalah lagi.

 

Malah apa yang membimbangkan ialah ibu yang hamil pula boleh mengalami penyakit buah pinggang, paru-paru berair, penyakit kegagalan fungsi hati, bengkakan otak sehingga mengakibatkan  sawan, darah tidak membeku dan boleh menyebabkan kematian pada wanita itu.

 

Jadi saya menasihatkan agar puan meneruskan rawatan dan pemantauan berkala di Klinik Ibu dan Anak di tempat puan.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top