Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Awas kemalangan di taman permainan kanak-kanak

Awas kemalangan di taman permainan kanak-kanak

taman4

 

Taman Permainan Kanak-kanak (TPK) yang dibina di hampir semua kawasan perumahan di seluruh negara mempunyai tahap keselamatan yang meragukan.

 

Dianggarkan sebanyak 17 peratus kes patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku ekoran kemalangan di TPK.

 

Bahan permukaan yang tidak sesuai menjadi punca utama kemalangan di TPK dan tidak cukup lembut untuk menyerap hentakan meningkatkan risiko kecederaan apabila kanak-kanak terjatuh.

 

Selain itu, kemalangan lain yang boleh berlaku di TPK adalah terjerut. Apabila pakaian atau perkakasan leher tersangkut atau terbelit dengan peralatan permainan dan pemerangkapan yang berlaku apabila kepala kanak-kanak tersangkut semasa mereka memasukkan kaki dan badan ke dalam ruang pembukaan yang biasanya terdapat di platform gelongsor.

 

 

Oleh itu saya mencadangkan agar ibu bapa memainkan peranan dengan mengawasi anak ketika mereka bermain.

 

Ibu bapa juga perlu memastikan anak berpakaian sesuai jika bermain di TPK, pakaian dan aksesori rantai berloket, skirt labuh atau seluar yang terlalu pendek kurang selamat dan memudahkan anak tercedera.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!