Advertorial
Home » Diet Sihat » air kelapa muda bagus untuk wanita hamil

air kelapa muda bagus untuk wanita hamil

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL

manfaat air kelapa untuk ibu hamil - alodokter

Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.

 

Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk.

 

Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.

 

Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah karbohidrat, dan 1% adalah protein dan lemak.  Air kelapa muda mengandungi sejumlah  kecil (10% dari keperluan seharian) vitamins dan mineral.

 

AIR KELAPA MUDA
Nilai nutrisi dalam 100 ml
Tenaga 19 kcal
Karbohidrate 3.71 g
Gula 2.61 g
Fiber 1.1 g
Lemak 0.20 g
Tepu (Saturated) 0.176 g
Monounsaturated 0.008 g
Polyunsaturated 0.002 g
Protein 0.72 g
Tryptophan 0.008 g
Threonine 0.026 g
Isoleucine 0.028 g
Leucine 0.053 g
Lysine 0.032 g
Methionine 0.013 g
Cystine 0.014 g
Phenylalanine 0.037 g
Tyrosine 0.022 g
Valine 0.044 g
Arginine 0.118 g
Histidine 0.017 g
Alanine 0.037 g
Aspartic acid 0.070 g
Glutamic acid 0.165 g
Glycine 0.034 g
Proline 0.030 g
Serine 0.037 g
Vitamin
Thiamine (B1) 3%   (0.030 mg)
Riboflavin (B2) 5%   (0.057 mg)
Niacin (B3) 1%   (0.080 mg)
Pantothenic acid (B5) 1%   (0.043 mg)
Vitamin B6 2%   (0.032 mg)
Folate (B9) 1%   (3 μg)
Choline 0%   (1.1 mg)
Vitamin C 3%   (2.4 mg)
Minerals
Calcium 2%   (24 mg)
Copper 2%   (0.04 mg)
Iron 2%   (0.29 mg)
Magnesium 7%   (25 mg)
Manganese 7%   (0.142 mg)
Phosphorus 3%   (20 mg)
Potassium 5%   (250 mg)
Selenium 1%   (1 μg)
Sodium 7%   (105 mg)
Zinc

 

Berdasarkan keperluan seharian orang dewasa.

1%   (0.10 mg)

 

 

 

Selain dari nutrisi yang dibekalkan, air kelapa juga memberikan manfaat berikut kepada wanita yang hamil.

 

  1. Mengelakkan berlakunya dehidrasi

 

Air kelapa muda dapat mengelakkan berlakunya dehidrasi dan rasa mudah penat yang sering dialami oleh wanita yang hamil. Ini kerana air kelapa muda membekalkan banyak mineral yang diperlukan bagi menggantikan mineral yang mungkin hilang semasa membuang air kecil dan ketika berpeluh.

 

  1. Mengurangkan masalah sembelit

Wanita yang hamil selalunya mengalami masalah sembelit. Air kelapa muda mengandung serat dan cecair yang dapat membantu mengurangkan masalah sembelit. Ia juga dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.

 

  1. Membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing

Air kelapa muda dapat membantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencing. Jangkitan kuman pada saluran kencing ini juga dikenali sebagai ‘kencing kotor’ dan ia dialami oleh kebanyakan wanita yang hamil. Air kelapa muda yang mempunyai kandungan air yang banyak, dan tahap mineral yang mencukupi bagi membantu membunuh kuman di saluran air kencing. Ia juga dipercayai membantu fungsi ginjal dan menurunkan tekanan darah (keraa mengandungi mineral magnesium).

 

  1. Membantu meningkatkan kekebalan tubuh

Air kepala muda juga mempunyai sebatian antioksidan, vitamin dan mineral yang meningkatkan daya tahantubuh. Selain itu air kelapa muda terdapat sebatian monolaurin yang bersifat antivirus dan antibakteri dalam tubuh. Dengan ini dapat melindungi ibu dan anak dalam rahem dari jangkitan kuman dan pelbagai jenis penyakit.

 

  1. Jangan minum secara berlebihan sehingga menggantikan pengambilan air kosong. Air kosong adalah minuman yang terbaik untuk dehidrasi dan membekalkan nutrisi pada tubuh.

 

  1. Pastikan mengambil air kelapa muda yang segar dan bersih.

 

  1. Jika rasa tidak selesa dengan pengambilan air kelapa muda, cuba elakkan. Rasa mual, pening dan cirit-birit jarang berlaku tetapi ia boleh terjadi pada sesiapa saja.

 

Jadi kesimpulannya minum air kelapa muda memberikan banyak manfaat kepada yang meminumnya sama ada lelaki atau wanita. Sama ada yang hamil atau tidak. Ia minuman terbaik bagi menggantikan minuman yang manis, bergas, atau menggantikan minuman berkafein, seperti teh, dan kopi. Ia harus diambil dengan pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang sederhana.

 

Semoga bermanfaat.

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!