VAKSIN UNTUK ANAK

VAKSIN UNTUK ANAK

 

 

Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. maaf. Saya akan bersalin tahun hadapan. Bolehkah saya menolak mengambil vaksin utk bayi yg baru lahir. Sebelum ini semua anak saya cucuk vaksin. Apa pandangan doktor. Saya bukan golongan anti-vaksin. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Saya berpendapat, vaksin yang telah dijadualkan untuk bayi oleh KKM adalah selamat. Ia boleh diberikan pada anak puan.

Ini kerana ia telah diberikan sejak lama tanpa sebarang isu terhadap keselamatan vaksin ini. Ia membantu bayi membina daya tahan terhadap penyakit tertentu.

Jika anak puan ada masalah alahan pada kulit atau masalah kesihatan lain akibat suntikan vaksin pada anak sebelum ini, berbincanglah dengan doktor yang berpengalaman.

Begitu juga jika puan berpendapat, vaksin yang diberikan boleh berbahaya pada anak puan atau pemberian vaksin ini menyalah kepercayaan agama puan, berbincanglah dengan doktor yang merawat dengan baik.

Sebelum pemberian vaksin, persetujuan dari ibubapa perlu diperolehi, sama ada secara bertulis atau lisan.

Setakat ini tiada undang-undang yang mewajibkan anak-anak untuk divaksin.

Sekian.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!