SUPLEMEN UNTUK TENAGA BAGI PESAKIT YANG AMBIL UBAT STATIN DAN AMLODIPINE

“Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya. Suplemen apa yang sesuai untuk lelaki yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak? Tetapi dia juga mengambil Amlodipine dan statin.”

********

Amlodipine dan statin boleh mempunyai beberapa kesan negatif terhadap tenaga dan kesejahteraan umum bagi pesakit yang mengambilnya.

Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin anda alami :

AMLODIPINE :

Selain membantu mengawal tekanan darah tinggi, sesetengah orang mungkin mengalami keletihan, pening, atau rasa lemah sebagai kesan sampingan⁴.

UBAT STATIN : 

Selain menurunkan tahap kolesterol, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, desetengah orang mungkin mengalami sakit otot, keletihan, atau kelemahan otot. Ini akan menjejaskan tahap tenaga.

Jika diambil bersama, mungkin berlakunya
interaksi antara amlodipine dan statin.

Amlodipine boleh meningkatkan tahap statin dalam darah, yang boleh meningkatkan risiko kesan sampingan seperti sakit otot dan keletihan yang berganda.

Adalah penting untuk memantau sebarang kesan sampingan dan berbincang dengan doktor jika anda mengalami keletihan yang berlebihan atau kesan sampingan lain.

Namun begitu terdapat beberapa suplemen yang membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan kesan sampingan ubat yang diberikan.

Untuk lelaki yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak dan juga mengambil Amlodipine serta statin, penting untuk memilih suplemen yang tidak berinteraksi negatif dengan ubat-ubatan tersebut.

1. Minyak Zaitun Extra Virgin : Ia bukan sahaja membantu menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah tinggi tetapi ia membekalkan tenaga yang lebih lama.

2. Vitamin E : Ia bersifat anti-oksida yang bagus untuk meningkatkan metabolisme dalam tubuh.

3. Coenzyme Q10 (CoQ10) : Membantu dalam penghasilan tenaga di dalam sel dan boleh mengurangkan kesan sampingan statin seperti keletihan otot.

4. Minyak Ikan Omega-3 : Baik untuk kesihatan jantung dan boleh membantu mengurangkan keradangan. Omega-3 juga selamat diambil bersama Amlodipine dan statin.

5. Vitamin B Complex : Membantu dalam penghasilan tenaga dan mengurangkan keletihan³. Vitamin B Complex juga penting untuk fungsi otak dan saraf.

Semoga menjawab soalan yang ditanya.

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#statin
#amlodipine
#minyakikan
#vitaminE
#minyakzaitun

Boleh dapatkan Minyak Zaitun Extra Virgin OLIVIE 30 PLUS dan TOCOTRIENOL SOFTGEL (vitamin E) bersama free gift satu botol madu kyrzystan 50 GM atau satu botol STEVIA dan satu tube ubat gigi GARAM BUKIT OLIVE HOUSE.

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/-combo-raja-ideal-1-olive-plus30-250ml-1-tocotrienols-1-foc-stevia-1-foc-ubat-gigi-garam-bukit

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!