MINYAK ZAITUN, VITAMIN E DAN PENYAKIT TIROID

 

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah pesakit tiroid mengamalkan minyak zaitun dan tocotrienol? Terima kasih”.


Waalaikumussalam.

 

Pesakit tiroid umumnya boleh mengamalkan minyak zaitun dan tocotrienol.


Minyak zaitun extra virgin adalah minyak zaitun yang kaya dengan asid lemak tak tepu dan antioksidan, bermanfaat untuk kesihatan.

 

Ia mengandungi polifenol dan vitamin E, yang bersifat antioksida membantu melawan keradangan kronik. Ini penting untuk pesakit dengan penyakit autoimun tiroid, seperti Hashimoto (hipotiroidisme) atau Graves’ disease (hipertiroidisme) mengawal penyakit dengan lebih baik.

 

Asid lemak dalam minyak zaitun membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal berat badan.

 

Tocotrienol pula adalah sejenis vitamin E yang mempunyai sifat antioksidan yang lebih kuat berbanding tocopherol biasa.

 

Seperti minyak zaitun, tocotrienol membantu mengawal tekanan oksidatif sering dikaitkan dengan gangguan tiroid.

 

Tocotrienol menyokong fungsi hati, yang penting untuk metabolisme hormon tiroid ( di mana T4 ditukar kepada T3 di hati).

 

Tocotrienol juga dikaji untuk mencegah perkembangan kanser tiroid kerana sifat antioksidan dan anti-inflamasi nya.

 

Dos minyak zaitun: 1-2 sudu besar sehari.

Dos Tocotrienol: 50-100 mg sehari.

 

Pesakit yang mengambil ubat tiroid seperti levothyroxine perlu memastikan tiada gangguan penyerapan ubat, dengan menjarakkan waktu pengambilannya (jarak dua jam).

 

Kesimpulannya, minyak zaitun extra virgin dan tocotrienol boleh diamalkan oleh pesakit tiroid kerana sifat antioksidan dan anti-inflamasinya.

 

Semoga bermanfaat dan menjawab soalan yang ditanya.

 


#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#tiroid
#tocotrienol
#minyakzaitun

 

Boleh dapatkan Minyak Zaitun OLIVIE 30 PLUS dan Vitamin E TOCOTRIENOL SOFTGEL di :

https://www.needsvenue.com.my/collections/inspirasi-sunnah/products/-combo-raja-ideal-1-olive-plus30-250ml-1-tocotrienols-1-foc-stevia-1-foc-ubat-gigi-garam-bukit

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!