
LUTUT LONGGAR DAN BUNYI MELETUP APABILA SENDI LUTUT DIGERAKKAN
Kecederaan lutut biasa berlaku pada pemain futsal dan bola sepak. Ini kerana mereka banyak berlari dan berhenti mengejut, menyepak bola dari pelbagai posisi dan menerima terjahan kasut dari pemain lawan.
Sendi lutut adalah antara sendi paling utama pada tubuh manusia yang menghubungkan tulang peha (femur) dan tulang kaki (tibia dan fibula). Sendi ini distabilkan oleh pelapik sendi (meniscus) serta beberapa ligamen di sekeliling sendi lutut.
Ligamen-ligamen ini termasuk (rujuk rajah) :
1. Anterior Cruciate Ligament (ACL)
2. Posterior Cruciate Ligament (PCL)
3. Medial Collateral Ligament (MCL)
4. Lateral Collateral Ligament (LCL)
ACL adalah struktur yang paling kerap mengalami kecederaan semasa bersukan. Kecederaan ini boleh berlaku pada wanita yang tidak bersukan kerana faktor perbezaan anatomi dan kekuatan otot berbanding lelaki.
Apa yang sebenarnya berlaku apabila lutut menjadi longgar atau meletup bila digerakkan?
Fungsi ligamen pada lutut adalah untuk menstabilkan sendi lutut agar badan kekal stabil semasa bergerak.
Jika pergerakan yang ekstrem dan berlaku kecederaan, ligamen boleh koyak atau putus.
Kecederaan ACL, berlaku apabila tubuh (bersama tulang peha) dipusingkan ketika tapak kaki sedang berpijak di tanah. Kecederaan ini dikenali sebagai pivoting injury .
Contohnya seseorang pemain bola berhenti dari berlari secara mendadak.
Ketika ACL putus, pemain akan mendengar bunyi ‘pop’ dan lututnya akibat pengumpulan darah dalam sendi tersebut (haemarthrosis).
Kecederaan ini lebih jelas selepas dua hingga empat minggu. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dan radiologi untuk memastikan kecederaan ini.
Pengesahan kecederaan sendi lutut dapat dipastikan dengan pemeriksaan ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) melihat kecederaan pada ligamen, tulang rawan dan meniscus.
Berurut tidak merawat ligamen sendi lutut yang koyak. Berurut hanya sesuai untuk kecederaan tisu badan yang lain.
Selalunya pesakit akan menjalankan pembedahan jika mahu bersukan semula. Jika tidak kekuatan sendinya tidak akan kembali seperti normal. Pesakit akan merasakan sendi lututnya tidak stabil dan merasa ‘bunyi meletup’ jika digerakkan. Pesakit akan berisiko mendapatkan masalah kerosakan tulang rawan dan penyakit osteoartritis pada usia yang lebih muda.
Pembedahan yang dilakukan menggunakan kaedah arthroscopy di mana beberapa luka kecil dibuat pada lutut dan kamera dan peralatan kecil dimasukkan.
Fisioterapi sangat penting selepas pembedahan, bagi menggerakkan sendi lutut dengan selamat.
Pesakit mengambil masa sehingga 9 bulan hingga setahun sebelum dapat kembali aktif bersukan.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
[IKLAN]
Dapatkan Vitamin E Tocotrienols Softgel Olive House bagi masalah sendi lutut. Klik link di bawah :

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
