KOLESTEROL SAYA SEMAKIN TINGGI

“Assalamualaikum Dr. Tahun lepas, saya memeriksa kolesterol secara rawak dan bacaan adalah 4.9. Hari ini, saya memeriksa secara rawak lagi dan bacaan melebihi 7. Perlukah saya memeriksa bacaan lain seperti HDL, LDL, dan trigliserida (TG)?. Terima kasih Dr Zubaidi”.

 

Waalaikumussalam.

 

Pemeriksaan kolesterol sangat penting untuk memastikan kita dapat menghindari dari stroke dan serangan jantung.

 

Namun begitu bacaan Total Kolesterol sahaja tidak mencukupi.

 

Penting juga untuk memeriksa bacaan HDL, LDL, dan trigliserida (TG) selain daripada jumlah kolesterol.

 

Ini kerana setiap komponen ini memberikan gambaran yang lebih lengkap tentang kesihatan jantung anda.

 

1. HDL (High-Density Lipoprotein): Dikenali sebagai “kolesterol baik” kerana membantu mengeluarkan kolesterol dari arteri dan membawanya kembali ke hati untuk dikeluarkan dari badan. Bacaan HDL yang tinggi adalah baik.

2. LDL (Low-Density Lipoprotein): Dikenali sebagai “kolesterol jahat” kerana ia boleh menyebabkan pembentukan lemak dalam arteri, yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Bacaan LDL yang tinggi adalah tidak baik.

3. Trigliserida (TG): Ini adalah sejenis lemak dalam darah yang juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung jika kadarnya tinggi.

 

Total kolestrol (TC) adalah jumlah HDL + LDL + 30% TG.

 

Jika Total Kolesterol kita tinggi, berkemungkinan juga HDL kita tinggi.

 

Jadi memeriksa bacaan-bacaan TC, HDL, LDL dan TG ini akan membantu puan dan doktor puan memahami risiko kesihatan puan dengan lebih baik.

 

Semoga menjawab soalan yang ditanya.

 

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab

 

 

Jika ingin mendapatkan TOCOTRIENOL SOFTGEL untuk menurunkan tahap kolesterol dan meningkatkan HDL, boleh klik link di bawah :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/-new-product-tocotrienols-softgel-olive-house

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!