Herpes Zoster

HERPES ZOSTER

Herpes Zoster di leher sebelah kiri
Herpes Zoster di leher sebelah kiri

Herpes zoster, juga dikenali sebagai kayap, adalah disebabkan oleh virus yang menyebabkan penyakit chickenpox menjangkiti semula akibat daya tahan seseorang individu itu menjadi lemah.

Kali ini ia akan merosakkan saraf pada kulit, dan jika tidak dirawati akan menular ke dalam saraf tunjang atau otak.

Ia bermula apabila seorang individu mengalami rasa sakit badan, dan menyangkakan ia hanya disebabkan oleh sakit otot. Selepas dua hari ia akan menyebabkan ruam dan lepuhan pada sebelah badan pada kawasan yang dikendalikan oleh saraf yang terlibat (dermatome).

Virus Zoster ini selalunya menjangkiti warga tua, terutama daya tahannya lemah, dan bertambah teruk jika mengalami penyakit diabetes, kanser atau menggunakan ubat-ubat yang mengandungi steroid.

Wallahua’alam.

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!