Advertorial
Home » #inspirasidrzubaidi

Category Archives: #inspirasidrzubaidi

TANDA-TANDA ORANG NEGATIF

TANDA-TANDA ORANG NEGATIF     Kurang percaya diri, rasa keseorangan, rasa sedih ketika ditimpa malapetaka, tidak percaya pada orang lain dan sentiasa rasa gelisah adalah perasaan yang biasa kita alami. Ia datang sesekali. Bagi orang yang negatif, ia berlaku setiap masa. Bagi sebagai orang yang positif, kita tidak membiarkan perasan-perasan ini mempengaruhi hidup kita. Bagi orang negatif, mereka tidak mampu mengeluarkan perasaan ini walaupun telah diberikan hujah dan alasan secara logik. Apabila kita berfikiran negatif, cepat-cepat perbetulkan fikiran tersebut dengan menggantikan dengan sesuatu yang positif. Orang negatif tidak mampu melakukan perkara ini. Ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai sifat negatif dan tidak tahu bahawa sifat-sifat tersebut boleh merosakkan hubungan dengan orang sekeliling. Jom kita audit diri kita jika kita ada sifat atau pemikiran negatif. 1. Selalu ... Read More »

makna kebebasan emosi

MAKNA KEBEBASAN EMOSI     Tanda kita memiliki KEBEBASAN EMOSI ialah apabila kita sudah tidak perdulikan pandangan orang pada kita. Yang penting pandangan ALLAH pada kita.     #inspirasidrzubaidi       Read More »

hadapi musibah dengan jiwa yang besar

HADAPI MUSIBAH DENGAN JIWA YANG BESAR       Semua orang buat silap atau ditimpa musibah, tidak kira orang yang berdarjat tinggi atau rendah, orang yang berilmu atau jahil, orang yang kaya atau orang miskin. Ia boleh berlaku pada semua orang, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.   Yang penting bagaimana kita menghadapi dan menerima kesilapan kita atau musibah yang dihadapi. Itu yang membezakan orang yang hebat, bukannya darjatnya, ilmunya atau harta kekayaannya.     #inspirasidrzubaidi     Read More »

diam itu lebih utama

DIAM ITU LEBIH UTAMA   Apabila orang bertanya dengan tujuan untuk menyakitkan hati kita, kita tidak perlu menjawab. Kerana mereka hanya mahu mendengar jawapan yang mereka mahu dengar. Selagi tidak tidak memberikan jawapan yang mereka mahu, selagi itu mereka akan menyakitkan hati kita dan kita terus disakiti.   Oleh itu, elok diamkan saja. Bukan untuk kemenangan mereka, tetapi ketenangan jiwa kita. Bimbang masa kita berzikir pun, masih ada rasa marah, benci dan dendam.   Diam adalah jawapan yang menenangkan hati kita, meredakan kemarahan diri. #inspirasidrzubaidi     Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!