Kedua ubat sintetik ini Omeprazole dan Lansoprazole, termasuk dalam kumpulan penghalang pump proton (PPI) yang digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut.
Diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah gastritis, gastric ulcer dan GERD.
Berikut adalah perbezaannya:
1. Kesan:
– Omeprazole: Menunjukkan kesan yang lebih lama tetapi lambat.
– Lansoprazole: Menunjukkan kesan yang lebih cepat tetapi tak terlalu lama berbanding Omeprazole.
2. Kajian:
– Beberapa kajian menyebutkan bahwa Omeprazole sedikit lebih efektif dalam meningkatkan pH intra-gastrik (mengurangkan asid dalam perut) dibandingkan dengan Lansoprazole.
– Namun, penelitian lain menunjukkan bahawa gejala GERD (gastroesophageal reflux disease) lebih cepat lega dan sembuh dengan Lansoprazole daripada Omeprazole.
Ingatlah bahawa kesesuaian bergantung pada individu.
Selain ubat sintetik yang diberikan, anda juga dapat mengawal GERD dengan mengatur pola makan, mengurangkan stres, bersenam, dan menjaga berat badan.
Minum air kosong secukupnya. Elakkan kopi, dan makanan pedas, masam dan bersantan.
BAGAIMANA CARA PENGAMBILAN UBAT SINTETIK INI?
Cara pengambilan Omeprazole dan Lanxoperazole.
– Biasanya diambil satu kali sehari sebelum makan sarapan.
– Minumlah dengan segelas air.
– Jangan mengunyah atau menghancurkan kapsul, telan sebiji.
Dos untuk kedua-dua ubat ini bergantung kepada penilaian doktor.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz