ADAKAH STEVIA SESUAI UNTUK PESAKIT KANSER DAN METABOLIK?

ADAKAH STEVIA SESUAI UNTUK PESAKIT KANSER DAN METABOLIK?


Ya, stevia ialah pemanis semula jadi yang selamat dan sesuai untuk:

✅ Pesakit kanser

✅ Pesakit diabetes

✅ Pesakit obesiti

✅ Individu dengan insulin resistance


Kelebihan Stevia:

1. Tidak meningkatkan paras glukosa darah
Kajian menunjukkan stevia tidak menaikkan insulin dan boleh membantu menurunkan beban glisemik.


2. Bersifat antioksidan dan anti-radang
Ekstrak daun stevia mempunyai kesan anti-proliferatif terhadap beberapa jenis sel kanser (contohnya sel kanser payudara dan usus – menurut beberapa kajian in-vitro).


3. Kalori sifar
Sangat sesuai untuk pengurusan berat badan dan pemakanan rendah kalori.


4. Tidak toksik dan tidak menyebabkan ketagihan

5. Tidak mengaktifkan sistem ganjaran otak seperti gula biasa.


Namun begitu, ingin saya ingatkan:


1. Pilih stevia tulen (Reb A 95–98%) – elakkan produk yang dicampur dextrose, maltodextrin atau sucralose.


2. Elakkan “stevia blend” murah – banyak produk tiruan di pasaran menggunakan nama stevia tetapi bercampur bahan lain yang tidak selamat.


3. Gunakan secara sederhana kerana ia lebih mahal dan walaupun semula jadi, pengambilan berlebihan mungkin boleh mengganggu flora usus sesetengah individu.

 

Kesimpulannya, stevia adalah alternatif gula yang terbaik untuk pesakit kanser dan gangguan metabolik.

Namun, pastikan kualiti dan keasliannya, dan amalkan pemakanan seimbang secara keseluruhan.


Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

 

Boleh dapatkan OLEVE STEVIA di sini :

https://www.needsvenue.com.my/collections/minuman-sihat-dan-pemanis-tanpa-kalori/products/oleva-stevia-12ml

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!