Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Vitamin B Kompleks Membantu Mencegah Migraine

Vitamin B Kompleks Membantu Mencegah Migraine

Sakit kepala adalah ujian dari Allah

Sakit kepala yang berpanjangan amat menduga kita. Bagi mereka yang mengalaminya, sudah tentu menelan ubat penahan sakit amat menjemukan. Malah ada yang telah menghafal nama segala ubat penahan sakit yang boleh dibeli dari farmasi. Namun bersabarlah atas ujian Allah itu.

Sabda Rasulullah saw “Sesiapa yang dihendaki oleh Allah kebaikan, nescaya akan diujinya orang itu”

Kira-kira 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang, yang mengalami migraine. Sakit kepala itu mungkin hanya dimulai dengan simptom seperti seolah-olah melihat percikan pancaran cahaya (flashes of light), kabur pemandangan, rasa kebas di lengan atau kaki atau mungkin hanya dimulai dengan perasaan resah tanpa diketahui sebabnya.

Akhirnya penghidap migraine akan merasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut di sebelah kepala, diikuti dengan loya, muntah dan amat sensitif pada cahaya dan bunyi bising. Ia menjadikan seseorang itu sengsara selama 4 hingga 72 jam.

Saya ada membaca sebuah jurnal perubatan baru-baru ini, memberitahu bahawa amalan supplement vitamin B2, B6, B12, dan folic acid dapat membantu mengurangkan kekerapan, tahap keseriusan dan jangkamasa kesengsaraan yang disebabkan oleh migraine.

Kajian yang dilakukan itu menunjukkan pengambilan supplement itu telah mengurangkan kekerapan serangan migraine antara 30-50% jika diamalkan selama tiga hingga enam bulan.

Ini bermakna setelah mengamalkan supplement itu selama enam bulan, barulah kesannya dapat dirasakan. Ia tidak akan mendatangkan hasil jika hanya diamalkan hanya beberapa minggu saja.

Migraine itu tetap akan datang, namun kekerapannya akan berkurangan. Contohnya jika seseorang itu diserang migraine setiap bulan, maka kekerapan itu berkurangan menjadi setiap dua bulan.

Ada dua perkara yang dipelajari dalam kajian itu iaitu, supplement itu memakan masa antara 3-6 bulan dan kekerapannya akan berkurang (bukannya hilang terus).

 

Kenapa migraine sukar untuk diubati?

Ada kajian mengatakan migraine mempunyai kaitan dengan faktor keturunan/baka (genetic). Seorang penghidap migraine juga selalunya mempunyai saudara seibu atau sebapa yang mempunyai masalah yang sama.

Apa yang berlaku ialah terjadinya perubahan mutasi pada genetic itu menyebabkan tubuh badan pesakit menghasilkan lebih banyak acid homocysteine, sejenis amino asid.

Maka genetik yang menyebabkan seseorang itu menghidap migraine juga boleh menyebabkan pesakit itu diserang stroke (angin ahmar).

Ini kerana Homocysteine Acid telah dibuktikan menyebabkan saluran darah tersumbat, seterusnya menyebabkan serangan stroke dan pelbagai penyakit saluran darah coronary (penyakit jantung).

Maka jika migraine telah dikodkan dalam genetik seseorang, sudah tentu ianya sukar untuk dihilangkan.  Dalam hal ini saya menasihatkan agar pesakit perbanyakkan doa saja yang mampu mengubah takdir, selain dari berusaha secara sunnatullah melalui ubat dan supplement.

Vitamin B6, B12 dan asid folik telah dibuktikan merendahkan kandungan Homocysteine Acid dalam tubuh sebanyak hampir 40%.

 

Kesan vitamin B2 pula adalah secara tidak langsung. Sebelum ini ada kajian yang menyebut pengambilan vitamin B2 (riboflavin) setiap hari akan mencegah migraine. Vitamin B2 sebenarnya diperlukan oleh sel tubuh untuk menjana tenaga. Jika tenaga yang diperolehi tidak mencukupi akibat “mitochondria” yang menjadi “powerhouse” tidak mendapat vitamin itu, kekurangan tenaga ini akan menyebabkan migraine.

Jadi bagi pesakit yang sering mengalami migraine, saya nasihatkan agar mendapat supplement vitamin B2 400 mg selama sekurang-kurngnya tiga bulan untuk mengurangkan kekerapan serangan migraine.

Ianya akan dapat dirasakan kesannnya bagi mereka yang mengalami migraine yang moderate yang mempunyai kekerapan serangan beberapa kali dalam sebulan.

Jadi pesakit migraine eloklah selain berusaha menjaga cara hidup yang lebih sihat, mejaga pemakanan dan juga banyakkan amal ketaatan kepada Allah. Berdoalah kepada Nya semoga penyakit itu dihilangkan atau dikurangkan kesengsaraannya.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (170810)

Diedit pada 151012

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog/

3 comments

  1. assalamua’laikum doktor..
    saya ada pertanyaan di sini. kawan saya pernah di pukul di bahagian kepala dengan kayu. Akibatnya, beliau terpaksa dibedah untuk mengeluarkan darah beku yang ada dalam otaknya. Dia telah melalui 3 kali pembedahan, tetapi kepalanya masih terasa sakit dan darah keluar dengan banyak dari hidung. Kesakitan yang di alaminya berlaku apabila dia terlalu tertekan atau terlalu memikirkan sesuatu perkara. Kepalanya telah banyak kali di scan tetapi doktor tidak nampak apa2 kesan yang menjadi punca darah keluar dengan banyak melalui hidung. Selama ini dia bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitannya. Baru – baru ini dia mendapat tahu bahawa dia akan dibedah sekali lagi kerana terdapat pembengkakan pada urat sarafnya. Soalannya, apakah punca darah itu keluar dan kenapa dia masih mengalami kesakitan yang sama walaupun telah dibedah banyak kali?

  2. salam doc…adakah folid asid boleh diteruskan selepas bersalin?

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: