Advertorial
Home » Farmasi » PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE

Amlodipine adalah pil yang digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi (hipertensi) dan sakit dada akibat sumbatan pada saluran darah (angina). Jadi ia boleh digunakan bersama beberapa ubat sintetik yang lain.

Biasa dipasarkan dengan nama Norvasc.

Amlodipine hanya ada dalam bentuk pil dan diambil terus ke dalam mulut. Tiada dalam bentuk suntikan.

Amlodipine termasuk dalam kumpulan Calcium Channel Blockers. Oleh itu ia saluran darah mengembang dan memudahkan pengaliran darah. Ia dapat mengurangkan risiko mendapat stroke, kerosakan ginjal atau serangan sakit jantung.

Kesan sampingan Amlodipine

Pil Amlodipine boleh menyebabkan rasa mengantuk yang keterlaluan.

Selain itu ia boleh menyebabkan :

1. Bengkakan pada kaki dan pergelangan kaki

2. Rasa terlalu letih

3. Rasa tidak selesa dalam perut

4. Loya dan muntah

5. Pening

6. Rasa panas pada muka (flushing)

7. Degupan jantung yang tidak menentu (irrythmia)

8. Jantung berdegup laju (palpitation)

9. Otot-otot kecil bergerak-gerak (twitching)

10. Tangan menggigil (tremor)

Selalunya kesan sampingan begini hanya untuk sementara dan akan hilang dengan sendiri. Namun jika berkekalan dan mengganggu rutin hidup, berjumlah dengan doktor agar dapat diberikan ubat yang lebih sesuai.

Namun ada sesetengah orang yang mengalami kesan sampingan yang serius. Tujuan ia ditulis di sini bukan untuk menakutkan tetapi sebagai info agar kita faham dan ambil tindakan yang sewajarnya jika ia berlaku.

Kesan sampingan yang serius boleh berlaku pada wargamas, mereka yang mmempunyai pelbagai penyakit kronik atau yang mengambil beberapa jenis ubat.

Kesan sampingan itu adalah turun bacaan tekanan darah dengan banyak. Antara tandanya :

1. Rasa pening dan melayang yang kuat

2. Pitam dan pengsan

Jika berlaku keadaan begini, baringkan pesakit tanpa bantal dan cuba tinggikan aras kaki menggunakan bantal atau tuala. Bawa pesakit ke hospital atau panggil ambulans ke rumah.

Selain itu amlodipine tidak sesuai untuk pesakit hipertensi yang mengalami masalah :

1. Masalah hati. Ini kerana amlodipine akan diproses di hati sebelum dikeluarkan dari tubuh.

2. Masalah jantung. Selalunya doktor akan memberikan beberapa jenis ubat lagi yang mungkin akan menurunkan tekanan darah dengan banyak. Jadi berhati-hati dan laporan jika pesakit (terutama wargamas) mengalami rasa pening, dan letih yang keterlaluan.

Amlodipine boleh bertindakbalas dengan ubat-ubatan lain dan menyebabkan kesan menurunkan tekanan darah berganda.

Jarakkan pengambilan pil vitamin, herba atau suplemen dalam jarak sekurang-kurangnya Dua jam. Jika mengambil beberapa jenis ubat sintetik dapatkan info yang sejelasnya dari doktor.

Antara ubat sintetik yang tidak boleh dicampurkan adalah:

1. Ubat untuk jantung Diltiazem

2. Ubat anti-fungal, seperti ketoconazole dan itraconazole

3. Ubat antibiotik seperti erythromicin dan clarithromycin

4. Ubat untuk mati pucuk seperti sildenafil, tadalafil

5. Ubat anti-kolestrol seperti simvastatin

6. Ubat yang mengawal sistem daya tahan seperti cyclosporine dan tacrolimus

Selain itu amlodipine tidak sesuai untuk wanita yang hamil. Jadi jika seorang wanita itu merancang untuk hamil atau sedang hamil, beritahu doktor agar dapat diberikan ubat sintetik yang sesuai. Ia juga tidak sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan kanak-kanak yang berusia kurang enam tahun.

Selalu amlodipine dimulakan dengan dos 5 mg. Namun ia bergantung juga kepada :

1. Umur pesakit

2. Tahap kesihatan pesakit

3. Tahap tekanan darah tinggi

4. Masalah kesihatan yang lain

5. Kesesuaian terhadap ubat sintetik ini

Dos akan ditingkat kepada 10mg jika tekanan darah masih lagi tinggi. Dos maksima bagi amlodipine adalah 10 mg sehari.

Jika ada kekeliruan, berbincang dengan doktor yang merawat. Info yang diberikan adalah adalah sebagai panduan saja.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: