Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Motivasi » NOTA KAUNSELING: MUSIBAH MEMBUKA PINTU BARU DALAM HIDUP KITA

NOTA KAUNSELING: MUSIBAH MEMBUKA PINTU BARU DALAM HIDUP KITA

NOTA KAUNSELING

Kadang-kadang kita merasakan keberuntungan hidup tidak menyebelahi kita. Pintu kebahagian telah tertutup.

Sebenarnya inilah masa untuk kita bergerak ke hadapan. Masa untuk kita meneruskan hidup. Dan percayalah bahawa keberuntungan hidup dan kebahagian itu berada di hujung jalan yang baru kita pilih.

Musibah hidup memaksa kita bergerak kerana selalunya kita tidak akan bergerak atau berubah jika kita tidak dipaksa.

Apabila kita dilanda ujian dan musibah serta menghadapi masa yang sukar, selalu beritahu diri bahawa semua yang diberikan oleh ALLAH mempunyai tujuan dan hikmah. Cuma kita belum melihatnya lagi atas keterbatasan fikiran kita.

Kesakitan dan kesusuahan yang dialami adalah mainan fikiran. Katakankan bahawa kita redha dengan ujian ALLAH ini dan berdoalah agar ALLAH menunjukkan kebaikan dan hikmah atas apa yang telah berlaku.

Nescaya segala ujian yang diberikan tidak lagi akan menjadi SUSAH dan PAYAH, malah mendatangkan sabar, redha dan syukur.

Untuk menjadikan emas sebagai sebentuk cincin yang cantik, ia perlu dibakar untuk dicairkan, diketuk dan dicanai dengan jarak masa yang panjang dan sukar.

Ingatkan diri kita bahawa tiada kesakitan yang didatangkan tanpa tujuan.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: