Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Menyusukan Anak bagi Menjarakkan Kehamilan

Menyusukan Anak bagi Menjarakkan Kehamilan

Puan Hamidah, 26 tahun baru saja melahirkan anak 5 bulan yang lalu. Dia datang ke klinik kerana batuk dan selsema. Sebelum saya memberikannya preskripsi ubat, saya bertanyakan kitaran haidsnya. Beliau memberitahu dia belum lagi kedatangan darah haids kerana menyusukan bayinya. Setelah saya mendesak untuk melakukan ujian kehamilan, beliau melalukannya dan mendapati ianya positif.

Dia kehairanan dan menyangka selama ini dia tidak hamil kerana menyusukan bayinya. Rupanya dia hamil walaupun kitaran haids belum datang semula.

Bukankah kita selalu mendengar kenyataan ”Menyusukan anak boleh menjarakkan kehamilan”? Adakah ianya suatu kenyataan benar atau kenyataan yang dusta?

Ramai para ibu yang keliru dan menyangka bahawa:

Kepercayaan #1 – Menyusukan anak boleh mencegah kehamilan.

Kepercayaan #2 – Asalkan menyusukan anak, tidak kira berapa kali dan berapa banyak jumlah susuannya, kaedah ini akan menghalang kehamilan.

Satu perkara yang harus difikirkan ialah teknik penyusuan itu. Ramai yang menyusukan bayi mereka, namun pernahkah mereka terfikir cara penyusuan yang betul? Jika cara penyusuan yang dilakukan tidak sempurna, maka manfaat menjarakkan kehamilan tentu tidak dapat dinikmati.

Bagi ibu-ibu yang datang ke klinik saya untuk menjarakkan kehamilan, saya rasa berat hati untuk memberikan preskripsi pil kehamilan. Saya selalu mengesyorkan penyusuan anak. Cara yang lebih semulajadi dan selamat ialah dengan menyusukan anak. Bagaimana menyusukan anak dapat menjarakkan kehamilan? 

 

Teknik betul boleh menjarakkan kehamilan

Situasi di mana seseorang ibu menggunakan kaedah menyusukan anak, iaitu hanya dengan susu badannya sendiri (breastfeeding) tanpa menggunakan alat atau ubatan pencegah kehamilan yang lain, dikenali sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM).

Ia merujuk kepada suatu jangkamasa ketidaksuburan bagi wanita yang baru melahirkan anak apabila wanita itu masih lagi tidak kedatangan kitaran haids dan menyusukan anaknya dengan susu ibu.

Keberkesanannya dikatakan sebanyak 98-99.5% jika memenuhi beberapa criteria:

  1. Bayi yang dilahirkan berusia enam bulan ke bawah.
  2. Ibu masih belum kedatangan kitaran haids lagi.
  3. Ibu menyusukan anaknya secara eksklusif. 

 

Keberkesanan Menggunakan Pelbagai cara Pencegah Kehamilan

Nombor kehamilan dalam 100 Wanita

Cara Penggunaan yang betul Penggunaan yang biasa
LAM 0.5 2.0
Mirena® IUD 0.1 0.1
Suntikan Depo-Provera® 0.3 3.0
Pill perancang 0.3 8.0
Kondom 2.0 15.0
Diaphragm (wanita) 6.0 16.0
* Diubah suai dari info di plannedparenthood.org.

Dari carta di atas menunjukkan bahawa jika seorang wanita menggunakan penyusuan anak secara breastfeeding LAM, risiko untuk hamil adalah 5 orang dari 1000 wanita, berbanding dengan teknik menggunakan kondom seramai 20 orang.

Namun jika ibu menyusukan bayinya secara breastfeeding tetapi tidak dengan cara yang sempurna, risiko kehamilan adalah 20 orang dari 1000 wanita berbanding dengan 150 yang memakai kondom dan 80 yang memakai pil perancang kehamilan.

Jadi teknik/cara penyusuan breastfeeding yang betul akan membantu menjarakkan anak secara semulajadi.

 

Bagaimana cara yang betul?

Cara ini sebenarnya hanya berkesan jika tempoh selepas kelahiran adalah kurang enam bulan, ibu itu belum datang haids dan anaknya diberikan susu ibu secara eksklusif. Ini mengelakkan ibu mengalami kehamilan sebaik saja habis tempoh pantang (partum).

Bagi ibu yang ingin hamil lagi dan menyusunkan anaknya serentak, jangan risau. Kaedah semulaji adalah kaedah yang selamat dan berbentuk sementara. Selepas enam bulan dari tarikh kelahiran anak, selalunya wanita itu akan kedatangan haids dan ianya dikira subur semula.

Namun begitu, masa untuk menjadi subur semula berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ia bergantung bagaimana hormon seorang wanita bertindak semasa seorang ibu menjaga (nursing) dan menyusukan anaknya. Semakin kerap menyusukan anaknya dalam sehari, maka semakin berkesanlah cara ini digunakan.

Satu kajian menunjukkan bahawa ibu yang dipisahkan dari anak yang baru dilahirkan (walaupun anaknya diberikan 100% susu ibu dari ibunya) selama enam bulan mempunyai kadar risiko kehamilan sebanyak 5.2% sepanjang enam bulan pertama.

Penyusuan yang membantu menjarakkan kehamilan ialah bersifat ekologi (ecological breastfeeding) iaitu:

  • mendakap anak dengan lebih rapat
  • menyusukan bayi sekerap yang mungkin.
  • berikan susu badan sahaja
  • menyusukan anak dengan posisi berbaring.
  • tidak memberikan pacificer (puting plastik)

Dengan cara ini, manfaat menjarakkan kehamilan dapat dirasakan:

  • risiko untuk hamil adalah zero dalam masa tiga bulan pertama, kurang dari 2% antara 3 dan 6 bulan, sebanyak 6% selepas 6 bulan (dengan syarat kitaran haids belum datang).
  • secara purata kitaran haids akan datang selepas 14.6 bulan dari tempoh tarikh kelahiran.
  • Walaupun si ibu telah kedatangan haidsnya, namun ia akan mengalami kelewatan kesuburan untuk beberapa kitaran.

Sumber: Natural Child Spacing and Breastfeeding” oleh Jen O’Quinn

Kebanyakan wanita menjadi tidak subur sehingga kedatangan kitaran haids pertama. Kitaran pertama ini sebagai ‘tanda peringatan’, bermakna seseorang wanita akan boleh hamil selepas itu.

Masa yang diambil oleh seorang ibu untuk mendapatkan semula kesuburannya berbeza antara satu wanita dengan wanita yang lain. Ia bergantung kepada keadaan yang dialami oleh kalenjar ovari. (Ellison 1996, p. 326-327).

Seorang wanita yang menyusukan anak, walaupun belum kedatangan darah haids, mungkin mengadu sakit perut seperti senggugut, di mana ia berlaku apabila rahem wanita itu sedang ‘bersedia’ untuk menerima kedatangan kitaran haids semula.

 

Perlukah menghentikan penyusuan ibu untuk hamil semula?

Sesetengah ibu sukar untuk hamil semasa menyusukan anak, namun ianya sesuatu yang biasa. Tidak ada sebab untuk seorang wanita untuk menghentikan penyusuan hanya kerana mahu hamil semula.

Penyusuan bayi hanya menggangu kesuburan buat sementara. Ketidaksuburan dan kesukaran untuk hamil adalah disebabkan ’masa peralihan’. Selepas enam bulan dari tarikh kelahiran, peluang untuk hamil semula bertambah tinggi walaupun menyusukan anaknya.

Namun bagi wanita yang subur dengan cepat, mereka mungkin hamil walaupun masih lagi dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran. Setiap ibu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Oleh itu jika seorang wanita mahu menjarakkan kehamilan dalam masa enam bulan selepas kelahiran, maka hendaklah meluangkan masa menyusu (breastfeeding) dan menjaga bayi (nursing) sekerap yang mungkin dengan cara ecological breasfeeding yang telah diterangkan. Ini akan mengurangkan risiko untuk hamil dalam tempoh enam bulan yang pertama selepas kelahiran.

Wa allahu a’lam.

 

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (021110)

http://www.facebook.com/drzubaidi 

http://drzubaidi.com/blog

 

17 comments

  1. boleh ker saya nak share artikel n penulisan doc dlm fb saya???

  2. Salam dr..saya menyusukan anak secara ekslusif sejak dia lahir..sekarang umurnya setahun 6 bulan dan saya ingin hamil lagi…dan saya telah datang haid semula sejak 4 bulan lepas dan ia tetap…adakah kerana saya menyusukan anak saya lambat hamil?

  3. salam dr..anak saya masuk setahun dan saya menyusukan bayi saya secara eksklusif..saya baru saja hamil 1 bulan..bolehkah sy meneruskan penyusuan kepada anak saya sampai bayi saya lahir?

  4. askum doktor, sy ingin bertanya..saya risau anak sy berumur 9 bulan menghidap asma.. sy ingin menyusukan semula kerana saya rasa ia lebih membantu dari segi imunisasi anak sy.. bagaimanakah cara untuk sy menyusukan semula.. adakah boleh selepas 9 bulan berhenti menyusu, sy ingin menyusukan???

  5. as salam doc..sy ada sedikit pertanyaan.utk makluman sy masih menyusukan anak sehingga kini. anak saya kini berumur 2thn lebih.masalah saya saya belum period sehingga kini.saya pernah request utk buat ujian darah di klinik kerajaan utk uji tahap prolaktin saya samada tinggi hingga menyebabkan saya tidak period tetapi tidak dibenarkan atas alasan saya tidak period. adakah normal saya tidak period sebab menyusukan anak?jika sy berhenti menyusu adakah period saya kembali seperti dulu?tq

  6. AKUM….

    TERIMA KASIH NGAN INFO YG SANGAT BERGUNA TUK SAYA…
    MOHON DI SHARE TUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN2..

    TQ

  7. Assalam sy mpunyai bayi berusia 10 bln ini.kelahiran pramatang.suspected with figure sindrom down/jantung berlubang.sudah bhenti menyusu badan 4bln. Bayi masih blm merangkak n imun agak lemah.sy mahu menyusukan kembali bb tp bgmn?air susu masih ada klu dipicit n kelenjar bgmn bykkan air susu? Harap dpt membantu. Tq 0125476656

  8. zalina ariffin

    assalamualaikum..DOCTOR
    saya mempunyai anak yg 3 hari lg genap 1tahun umurnya tp mslhnya saya nak berhentikan bf tetapi masih susah lg untuknya terbiasa ngan botol susu..skrgnie saya telah pujuk2 dia untuk menghisapnya dan ada sedikit perubahan dri dulu yg ianya lgsg xnk puting botol masuk kt dlm mulutnya..skrgni dia gigit2 n mula hisap sikit2 air putih..dan saya juga nak bertanyakan anak saya dah nak 1tahun tp smpi skrg saya masih belum dtg haid lg..

  9. terima kasih,moga allah merahmati atas perkongsian ilmu ini.sgt2 membantu sy.

  10. sy berumur 37 tahun dan sedang menyusukan anak yang sudah berusia 2 tahun 2 bulan tetapi masih tidak didatangi haid sehingga sekarang?adakah ia normal?bila masa yang sesuai untuk saya mengambil pil perancang kerana saya sudah punyai 4 orang anak dan usia sudah meningkat.sewaktu mengandung sejak dr anak pertama hingga ke4 saya mengalami komplikasi tekanan darah tinggi tetapi terkawal dan semuanya bersalin secara normal.sy difahamkan penghidap darah tinggi tidak boleh mengamalkan pil perancang..harap doktor boleh beri penjelasan..terima kasih

    kathy dr bangi

  11. salam dr..

    saya ibu kpada bayi berusia 4 bulan..anak masih menyusu badan..dan saya juga dah 2 kali datang haid, tapi bln ini masih blum haid..tapi perut saya memulas2 macam nak datang haid..adakah ini normal atau mungkin saya hamil..adakah kitaran haid akan berhenti beberapa bulan?

    tq

  12. salam..saya breastfeed secara ekslusif tuk ank saya 5buln.saya tidk mengamalkn apa2 perancg kehamiln.saya hanya buang diluar ketika bersama.adakh selamt tuk mejarakkn kehamiln dgn gunakn kaedah itu.jika saya tidk period lg.adakh srlmt dari pregnnt lg?kerana saya ingin menjrkkn kehamiln 4thn dari srkrg..hrp doktor dpt membntu.

  13. Salam doktor..saya melahirkan bayi yang ke lima sewaktu berumur 42 tahun dan sekarang bayi saya berumur 10 bulan, ecological breasfeeding hanya diwaktu petang/malam kerana bekerja disiang hari. Dalam tempuh tersebut hanya 2 kali datang haid iaitu selepas bayi berumur 4 bulan, sampai sekarang belum datang haid lagi. Sudah beberapa buat “test pregnancy kit” sendiri dirumah dan didapati negative. Adakah faktor umur atau lain2 sebab menyebabkan lambat didatangi haid semula. Terimakasih.

  14. salam doktor…..saya mempunyai seorang anak yang kini berusia 7bln dan masih breastfeeding…saya merancang ingin mempunyai anak lagi dlm tempoh terdekat ni…saya telah datang period semasa dalam pantang hari ke-41..masalah saya period saya tidak teratur sampai kini iaitu sebulan 2 kali period saya datang…saya ingin bertanya bolehkah saya hamil dengan keadaan period saya tidak teratur ni..terima kasih.

  15. assalam doktor… sy melahirkan anak pd 16/1/2013… pd 17-22/3 darah haid kluar tp seminggu kemudian iaitu pd 1-3/4 ade kluar darah (spotting)… sy x pasti adakah ianya darah haid atau pun tidak… sy menyusukan anak sy secara eksklusif tp adakalanya sy beri anak sy susu perahan dlm botol & puting… sy tidak bekerja… anak sy baru berusia 3bln… adakah sy mempunyai risiko kehamilan yg tinggi memandangkan sy telah dtg haid? jika mengambil pil perancang atau ambil suntikan tp masih positif mengandung adakah ia akan mengandung di luar rahim atau bagaimana?
    # harap doktor dpt membalas komen sy.

    • assalam doktor… sy melahirkan anak pd 16/1/2013… pd 17-22/3 darah haid kluar tp seminggu kemudian iaitu pd 1-3/4 ade kluar darah (spotting)… sy x pasti adakah ianya darah haid atau pun tidak… sy menyusukan anak sy secara eksklusif tp adakalanya sy beri anak sy susu perahan dlm botol & puting… sy tidak bekerja… anak sy baru berusia 3bln… adakah sy mempunyai risiko kehamilan yg tinggi memandangkan sy telah dtg haid? jika mengambil pil perancang atau ambil suntikan tp masih positif mengandung adakah ia akan mengandung di luar rahim atau bagaimana?
      # harap doktor dpt membalas komen sy.

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Setiap wanita mempunyai tempuh nifas yang berbeza. Ada yang pendek dan ada yang panjang. Jika puan telah mula mengalami pendarahan yang mempunyai jarak sekurang-kurangnya dua minggu, maka puan sudah dianggap mempunyai kitaran haid semula. Apabila seorang wanita telah kedatangan haid, masa tahap kesuburannya meningkat dan kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi. Ada beberapa wanita yang hamil semula selepas melahirkan anak tanpa mendapat haid semula. Jadi puan harus berbincang dengan doktor, untuk membuat pilihan terbaik bagi mengamalkan kaedah perancangan keluarga yang sesuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top