Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » Kehamilan Blighted Ovum..

Kehamilan Blighted Ovum..

Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita.

 

Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik.

 

Kebanyakan punca keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ‘blighted ovum’. Ia  berlaku apabila ovum yang disenyawakan dengan sperma, membentuk embryo,yang kemudiannya melekat pada dinding rahem, tetapi gagal berkembang menjadi janin.

 

Embryo ini atau lebih sesuai dipanggil ‘tisu’ ini hanya membentuk kantung kehamilan (gestational sac), uri dan cecair ketuban dan kantung itu, tetapi tidak berjaya membentuk janin yang sebenar.

 

‘Blighted ovum’ selalunya berlaku pada usia awal kehamilan, apabila terdapat kerosakan kromosom dan genetic pada awal pembentuk embryo, sehingga gagal membentuk janin.

 

Kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa mereka telah hamil dengan kandungan ‘blighted ovum’. Mereka hanya menyedari bahawa mereka telah tidak mengalami haids (missed period) dan apabila melakukan ujian UPT, ia menjadi positif.

 

Kemudian mereka menyangka bahawa kehamilan mereka tidak bermasalah kerana mengalami pengalaman biasa kehamilan seperti mula merasa loya, muntah dan beberapa tanda morning sickness. Ini kerana uri (placenta) dalam kantung kehamilan itu membesar dan mengeluarkan lebih banyak hormone b-hCG.

 

Namun apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati bahawa sama rahem mereka telah kosong atau kelihatan kantung saja. Doktor tidak dapat melihat ‘degupan jantung janin’ dalam kantung itu.

 

Cara terbaik untuk mendiagnosa blighted ovum ialah dengan pemeriksaan ultrasound melalui faraj (transvaginal) di mana kedudukan rahem lebih dekat dengan alat pengesan.

 

 

Beberapa hari kemudian, mereka mengalami sakit perut, sedikit pendarahan, dan mulalah berlakunya proses keguguran secara normal.

 

Selalunya ‘blighted ovum’ akan keluar sendiri dari rahem sebagai darah yang berketul, dan prosedur D&C tidak perlu dilakukan.

 

 

Tetapi sebaliknya, ramai yang dinasihatkan oleh agar melakukan prosedur D&C bagi mengeluarkan ‘janin yang tidak lagi bernyawa’ ini.

 

Sebenarnya saya lebih suka pada pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sebelum mengambil keputusan untuk menasihati wanita agar melakukan D&C.

 

Saya lebih suka menasihati wanita mengambil lebih banyak masa, kerana kadang kala pemeriksaan ultrasound tidak berapa tepat. Setelah beberapa minggu barulah kelihatan degupan jantung dalam kantung kehamilan itu dan disahkan bahawa kehamilan mereka adalah kehamilan normal.

 

Jika kehamilan kali itu, benar-benar kehamilan ‘blighted ovum’, saya percaya tubuh kita mempunyai mekanisme untuk mengeluarkannya dari rahem.

 

Apabila seorang wanita menyedari bahawa terdapat ketulan darah yang keluar dari faraj, maka bolehlah lakukan ujian UPT (akan menjadi negative) dan pemeriksaan ultrasound (rahem menjadi kosong).

 

Saya juga berpendapat bahawa dengan melakukan prosedur D&C akan menyebabkan seorang wanita yang baru saja keguguran akan bertambah sedih. Ini akan menambahkan trauma dalam hidup mereka.

 

D&C mungkin sesuai jika doctor mengesyaki bahawa kehamilan itu adalah kehamilan anggur dan bukan kehamilan yang biasa. Atau mungkin doctor ini mencari punca keguguran.

Sayangnya ‘blighted ovum’ tidak dapat dicegah. Tiada cara untuk mencegah berlakunya perkara ini kerana kesilapan berlaku pada peringkat sel yang melibatkan genetic dan kromosom. Saya lebih percaya bahawa ini adalah takdir dari ALLAH yang mahu memberikan sesuatu yang lebih baik pada hambaNYA.

 

Bagi wanita yang merasa sedih atas kehilangan sebegini, saya harap banyakkan bersabar dan cuba melihat dari sudut positif.

 

Saya ada menulis mengenai kesedihan mereka dalam artikel yang lain di  http://drzubaidi.com/blog/?p=1083

 

Selalunya ‘blighted ovum’ berlaku hanya sekali, dan jarang berlaku melebihi dari sekali. Bagi wanita yang mengalaminya berulang-ulang kami, saya nasihatkan agar melakukan pemeriksaan genetic dengan doktor pakar kesuburan.

 

Saya juga menasihatkan wanita yang baru saya keguguran seperti ini agar menunggu menunggu selepas 3 bulan, untuk hamil semula bagi mengurangkan risiko berlakunya keguguran ‘blighted ovum’ yang berulang.

 

Cuba kongsikan feedback yang diterima dari rakan-rakan FB yang dipetik dari fanpage saya.

 

Intan Muhaida Mohd : Saya pun ada pengalaman macam ni, tetapi alhamdulilah, masa doktor bagi tempoh 2 minggu, sebelum cuci, nampk janin. Alhamdulilah anak saya dah berumur 6 tahun. Doa banyak2 dan paling penting ialah solat hajat suami isteri.

 

NoLi Al-ayubi: Saya pun mengalaminya. Ujian UPT kabur, kemudian pemeriksaan ultrasound nampak kantung saja. Setiap hari pergi ke makmal swasta untuk ambil darah, bagi memeriksa cek hormone dalam darah, sebab doctor melakukan pemeriksaan ultrasound melalui vagina, tidak dapat melihat apa-apa pun. Tetapi selepas seminggu, hormone menunjukkan peningkatan yang baik. Alhamdulillah sekarang anak saya sudah berumur 7 tahun.

 

Jae Emi : Saya scan masa hamil 8 minggu. Nampak kantung saja, doctor cakap mungkin tak jadi so kena cuci. Doc minta saya  datang 2 minggu kemudian kalau masih tidak nampak terpaksa cuci. Mula-mula sedih dan menangis sebab sudah lama tunggu baru hamil tapi dapat berita mcm ni pulak. Apa yang saya buat, doa banyak-banyak dan cuba untuk positif. Saya datang 3 minggu kemudian (sengaja datang lambat  dengan harapan kandungan ok) Alhamdulillah, bila scan masa 11 minggu dah nampal janin dan degupan jantung sekali. Syukur sangat-sangat. Biarpun saya kemudiannya di sahkan placenta previa stage 4 dan terpaksa bersalin c-sect tapi saya bersyukur sebab sudah ada baby amirul berumur 9 bulan. Banyak-banyakkan berdoa. Hamil ini memang banyak ragamnya..

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!