“Assalamualaikum doktor,saya sudah berkahwin selama 2 tahun 3 bulan dan belum dikurniakan zuriat. Berat saya 88kg tinggi 158. Masalah saya ialah kitaran haid saya tak teratur, dan sekarang period saya yang terakhir ialah pada bulan dec tahun lepas, sehingga bulan Jun tahun ini, saya masih tidak datang haid.
Saya sudah mengambil suplemen EKF selama 5 minggu. Pada minggu ke4, bahagian bawah perut rasa sakit seperti mahu datang haid, rasa sakit selama 5 hari. Saya rasa ngilu dan mmg rasa mcm nak period, setiap kali buang air kecil, selalu check kalau-kalau ada darah keluar, tapi tak ada. Sekarang dah masuk minggu ke 5 makan pil suplemen EKF. Rasa sakit di bahagian bawah perut sudah tidak ada. Sekarang rasa mcm biasa saja, adakah ia normal?”
Jawapan: Wa alaikum mus salam. Cara yang terbaik bagi masalah kesuburan dan tidak kestabilan kitaran haid ialah melakukan pemeriksaan doktor di mana-mana klinik kesuburan, termasuk pemeriksaan darah untuk hormon dan pemeriksaan ultrasound.
Masalah yang puan hadapi ialah berlebihan berat badan yang mengakibatkan ketidakseimbangan hormon. Mungkin juga puan mengalami PCOS.
Puan telah tidak datang haid selama enam bulan. Penggunaan EKF sebagai suplemen, sememangnya membantu secara beransur-ansur puan mendapatkan semula haid puan.
Rasa sakit yang puan rasakan itu adalah akibat pengecutan rahem (contraction) yang selalu berlaku ketika seorang wanita untuk mengeluarkan darah haid.
Oleh kerana puan belum mengalami kestabilan hormon yang cukup, maka akan terasa pengecutan itu saja. saya percaya jika puan terus mengalamkan di samping minum air yang banyak 2L sehari, banyak mengambil sayur-sayuran, vit E dan C, melakukan sedikit senaman, insya ALLAH puan akan lebih mudah mendapat semula kitraran haids dan kesuburan puan kembali semula.
Wallahu a’lam.

KACIP FATIMAH PHYTOPLUS adalah produk herba yang disediakan oleh Phyto Biznet Sdn Bhd iaitu anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Setiap kapsul mengandungi Labisia pumila (Kacip Fatimah) 40mg dan Croton caudatum (Manjakani) 10mg. Dos satu atau dua biji setiap hari selepas makan, pagi dan malam. Bagus untuk meningkatkan tenaga, memulihkan kitaran haid, memulihkan kesihatan selepas bersalin atau keguguran dan meningkatkan hubungan suami isteri.
Sebotol RM99 tidak termasuk pos. Klik di sini untuk membeli.
Pertanyaan boleh wassap ke pada saya Dr Zubaidi bin Hj Ahmad. www.wasap.my/60197022391.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
