Advertorial
Home » Pemakanan » JENIS-JENIS OAT YANG PERLU KITA KETAHUI

JENIS-JENIS OAT YANG PERLU KITA KETAHUI

JENIS-JENIS OAT YANG PERLU KITA KETAHUI

 

1. Ramai yang membeli oat sebagai makanan sihat, tetapi tidak memilih jenis oats yang betul.

 

2. Terdapat beberapa jenis oat yang perlu diketahui sebelum membeli oats.

 

✅ 1. Instant oat

Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak. Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.

 

✅ 2. Quick Oat

Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat. Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2-3 minit.

 

✅ 3. Rolled oat

Ia adalah oat yang sudah dilenyek, tapi belum dimasak semasa pemprosesannya. 
Ia lebih tebal daripada quick oat. Ia perlu dimasak lebih lama, lebh kurang 5-7 minit.

 

✅ 4. Steel cut oat

Ia adalah oat yang paling kurang diproses. Ia dipotong kasar dan tidak dilenyek. Bila dikunyah, rasanya kenyal. Cara masaknya agak lama, sekitar 20-30 minit sebelum boleh dimakan.

 

3. Cara pemprosesan oat ini hanya melibatkan fizikal saja. Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama. Yang berbeza adalah nilai Indeks Glisemik (Glycemic Index, GI), iaitu kadar penyerapan ke dalam tubuh. Ini kerana semasa diproses kandungan fiber akan dibuang.

 

4. Semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI, semakin cepat diserap ke dalam badan dan semakin cepat ditukar kepada gula.



5. Bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats. Ini kerana nilai glisemik indeks (GI) bagi instant oat dan quick oats adalah 83, hampir sama seperti nasi putih.

 

6. Saya galakkan pengambilan rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana, iaitu 58 sama kategori dengan brown rice.

 

7. Ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: