Advertorial
Home » Doktor Menjawab » BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI?

BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI?

BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI?

Salam doctor saya nak tanya. Kanak-kanak perlu ke amalkan vit c setiap hari? Terima kasih.

Walaikumusalam.

Setiap orang dari kita memerlukan vitamin C setiap hari. Berapa banyak jumlah atau dos yang perlu diambil berbeza mengikut keperluan individu. Individu yang sihat memerlukan vitamin C yang rendah. Mungkin dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, sudah mencukupi.

Masalah mula timbul bila kita tidak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang secukupnya. Makanan kita hanya roti, nasi dan berlauk daging atau ayam. Tiada sayur. Kita mungkin mengalami masalah kekurangan vitamin C, mungkin tidak banyak tetapi jika berlanjutan akan memberikan masalah kesihatan kepada kita.

Jika kita mengalami sakit yang teruk atau mengalami sakit yang kronik, kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi. Mungkin tidak cukup dari makanan yang kita makan. Kita memerlukan suplemen yg banyak dijual di klinik dan farmasi.

Vitamin C sangat diperlukan bagi bagi pesakit kronik kerana ia membantu merawat tisu yang rosak. Ia juga menurunkan tahap keradangan yang jika dibiarkan tinggi akan menyebabkan komplikasi.

Contoh orang yang ada tahap kolestrol yang tinggi dan dalam masa yang sama adalah pesakit diabetes, tahap keradangan yang tinggi akan mempercepatkan kadar menyumbatan saluran darah. Sebab itu pesakit yang mempunyai kolestrol yang tinggi dan merupakan pesakit diabetes, risiko mendapat serangan sakit jantung lebih tinggi daripada pesakit yang hanya ada masalah tahap kolestrol yang tinggi sahaja.

Oleh itu selain dari menurunkan tahap gula dan kolestrol, pesakit harus menurunkan tahap keradangan yang merangsangkan pembentukan plak menyumbat saluran darah.

Selain itu vitamin C juga dapat meningkatkan sistem daya tahan, terutama dari jangkitan virus. Jadi ia bagus untuk mereka yang sering mengalami batuk, demam dan selsema. Jika ia tidak berhenti atau bertambah teruk, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan virus yang lebih serius. Dapatkan rawatan dari doktor. Vitamin C juga bagus untuk pesakit yang mempunyai masalah kulit.

Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, vitamin C seharusnya diperolehi dari sumber makanan, iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika mereka tidak mendapat cukup vitamin C dari makanan, ambillah dari suplemen yang banyak didapati di farmasi.

Carilah vitamin C yang berkualiti kerana ia akan memberikan kesan yang baik. Kebanyakan vitamin C mengandungi gula dan dalam bentuk sintetik. Jadi ia tidak memberikan kesan yang sepatutnya.

Berbincang dengan pegawai farmasi yang bertugas untuk mendapati vitamin C sesuai dengan keperluan kesihatan dan budget kita.

Saya tunjukkan contoh vitamin C yang saya gunakan dan berikan pada pesakit saya bagi mengurangkan keradangan.

HP 0 1 9 7 7 2 0 3 9 1.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: