Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Berapa Banyak Air yang Perlu Diminum?

Berapa Banyak Air yang Perlu Diminum?

Cerita tentang air

Kembali kepada asas. Itulah yang sering saya katakan kepada pesakit saya. Minumlah air sebanyaknya kerana ia adalah ubat yang paling mujarab.

Bila berbicara tentang air, teringat cerita seorang kawan. Di saat suatu negeri dilanda panas terik dan ramai yang sakit akibat kepanasan itu, ramai yang putus harap.

Lalu mereka berjumpa seorang tabib yang terkemuka di negeri itu.

Mereka bertanya kepada tabib, ”Wahai tabib, apa yang harus kami lakukan untuk mengelak bala bencana di negeri ini?”

Lalu tabib itu menasihatkan ”Minumlah banyak air !”

”Berapa banyakkah air yang harus diminum sehari?”  Tanya mereka beramai-ramai.

Si tabib seolah-olah memberikan fatwa. “Lapan gelas sehari”

Maka ramailah yang cuba minum sebanyak lapan gelas sehari. Ada yang minum sekali teguk, ada yang minum sedikit sedikit.

Malah yang pelik atas kejahilan mereka, anak kecil juga dipaksa minum lapan gelas sehari, “kerana itu adalah fatwa tabib”

Akibatnya mereka terselamat dari mati kehausan, tetapi mengalami masalah kerap kencing, kekejangan, kembung perut dan ada yang sukar bernafas akibat menelan terlalu banyak air.

Keperluan Air

Perlukah kita minum air sebanyak lapan gelas setiap hari? Berdasarkan pengalaman, ramai yang merungut kerana terpaksa ke toilet setiap 30 minit.

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel membicarakan mengenai isu ini. Ianya mengulas keperluan air yang harus diminum oleh seorang dewasa.

Ramai bertanya soalan kepada saya “Mengapa lapan gelas? Mengapa tidak lebih atau kurang? Dari mana nombor ajaib ini datang?”

Pada tahun 1945, National Academy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan pengambilan nutrient yang harus diambil setiap hari.

Ia mencadangkan: “Pengambilan air yang digalakkan bagi seorang dewasa ialah 2.5 liter (kira-kira 8 gelas) setiap hari.”

Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan satu milliliter air diperlukan untuk setiap kalori makanan yang diambil. (Kita memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Namun begitu harus diingat bahawa air juga terdapat di dalam makanan. Malah kacang kering juga mempunyai sedikit jumlah air di dalamnya.

Malah, apabila makanan yang kita makan dihadamkan, ianya akan bertukar kepada tenaga, karbon dioksida dan air.

 

Mengapa air sangat perlu?

Ketika kita makan, injap pyloric yang berada di hujung perut kita akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk beberapa lama bagi tujuan penghadaman.

Air yang diminum digunakan untuk menjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan dihantar ke usus untuk tujuan serapan.

Jika kita tidak minum cukup air, perut akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Apabila di usus besar (colon) najis biasanya menjadi lembut. Jika air dalam tubuh tidak mencukupi akibat dehidrasi, tubuh akan menyerapkan air daripada najis, menyebabkannya mengeras dan seseorang itu mengalami sembelit (constipation).

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition menunjukkan meminum air kosong tidak menjadi keperluan selagi ia meminum air-air lain dan makanan yang berair seperti sup dan bubur.

Maka para saintis menyarankan jumlah air yang harus diminum oleh seorang dewasa ialah segelas air bagi setiap kali makan (meal). Namun jka ada keperluan lain, seseorang itu haruslah meminum air yang lebih banyak.

Sebagai contoh, jika ada masalah sembelit, minumlah air yang lebih.

Air juga digunakan untuk menggantikan keringat yang keluar, terutama apabila cuaca panas atau seseorang membuat aktiviti lasak di luar.

Minumlah apabila berasa haus, dan janganlah memaksa seseorang untuk meminum air 8 gelas sehari. Minum terlalu banyak air juga boleh membahayakan diri dan menyebabkan hyponatremia.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (260810)

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog/

3 comments

  1. salam.
    maklumat yang baik. izinkan saya untuk kongsikan di blog. memang ramai yang kata tentang wajib minum 8 gelas sehari itu. so ini adalah penerangan yang berlainan. sangat menarik

  2. Saya pernah dengar dari seorang konsultan nutrisi (saya jumpa untuk kuruskan badan)..So,dia memberi tahu saya badan memerlukan air setiap hari sebanyak 10% daripada berat badan..Dia bagitahu cadangan ini adalah berdasarkan kajian..so,apa pendapat doktor?

  3. Good info tuk kesihatan.mohon share artikel nie

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: