Advertorial

Perlukah Ubat Selesema untuk Anak?

Memecahkan tradisi memberi ubat pada anak

Saya menghadapi kesukaran untuk menyakinkan para ibubapa bahawa ubat selsema dan batuk yang kadangkala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara over the counter (OTC) (iaitu pembelian ubat tanpa prespripsi doctor) ada kalanya tidak perlu dan membazir.

Lebih-lebih lagi jika keadaan batuk dan selsema anak-anak mereka adalah tidak serius. Inilah masalahnya jika ibubapa terlalu advance sehingga anak yang baru bersin atau batuk hanya beberapa kali terus diberikan ubat selsema dan batuk.

Mungkin niat ibubapa mereka adalah baik supaya keadaan kesihatan anak tidak bertambah teruk dan melarat sehingga mendapat jangkitan kuman di paru-paru.

Saya masih teringat lagi bila saya semasa kecil, ibubapa saya ‘membiarkan’ saya bersin dan mengalami selsema sehingga mucous (lender) selsema itu kering di pipi. Selsema saya berhenti sendiri untuk beberapa hari selepas itu tanpa diberikan apa-apa ubat.

Namun alhamdulillah saya jarang sakit, tidak seperti sesetengah kanak-kanak yang saya temui di Pusat Kesihatan yang datang mendapat rawatan dengan buku rekod kesihatan yang tebal.

Saya tidak menyalahkan kanak-kanak ini atau ibubapa mereka, namun saya mengharapkan agar ibubapa tidaklah terlalu ghairah untuk mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka jika keadaan mereka tidak terlalu serius.

Saya selalu menganggap bahawa selsema dan batuk adalah bukan penyakit tetapi salah satu daripada mekanisme pertahanan diri (immuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada reflex untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan reflex batuk dan bersin. Maka jika ianya bukannya penyakit, maka tidak perlulah diberikan ubat.

Malah saya selalu merasionalkan tindakan ini dengan memberitahu bahawa badan kita haruslah diberikan peluang untuk cuba menghalang jangkitan itu dengan pembentukan antibodi dalam tubuh.

Misalan yang selalu saya berikan ialah seperti ini. Katakan ada tentera Israel datang menyerang Malaysia. Memberikan antibiotik tanpa memberikan peluang kepada tubuh kita untuk membentuk antibodi ibarat mengundang tentera bantuan dari negara luar membantu kita membunuh tentera-tentera Israel itu sedangkan askar kita duduk senang lenang. Tanpa ’latihan’ sebegini, bayangkan jika bantuan dari tentera luar tidak datang, bolehkan askar-askar kita mempertahankan diri?

Begitu juga dengan sistem pertahanan badan. Berilah peluang untuk badan menjalani ’latihan’ dengan membentuk antibodi. Jika ’tentera’ anak kita (atau sistem imuniti badan) lemah barulah kita bantu mereka dengan tentera dari luar (antibiotik).

Di manakah kewajaran memberikan ubat?

Ubat-ubat selsema dan batuk selalunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) selalu diberikan kepada kanak-kanak yang batuk dan selsema. Namun harus berhati-hati bahaya ubat seperti itu terutama untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari dua tahun.

Ubat yang mengandungi antihistamine selalu diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami simptom alergik (alahan) seperti kegatalan pada kulit, mata berair, bersin dan ruam pada kulit.

Pada Jun 2008, American Academy of Padiatric telah memberikan kenyataan tentang ubat seperti itu tidak harus diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah.

Ia mengatakan bahawa ubat seperti itu tidak langsung memberikan kesan kepada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah malah boleh mendatangkan bahaya terutamanya mereka yang berumur dua tahun ke bawah jika ianya diberikan tanpa pengawasan doktor.

Badan yang mengawal ubat-ubatan di Amerika Syarikat , U.S. Food and Drug Administration juga telah melakukan penilaian terhadap penggunaan ubat batuk dan selsema yang boleh dibeli secara over-the-counter (tanpa perlu preskripsi doktor) terhadap kanak-kanak.

FDA telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa semua ubat-ubatan seperti itu tidak harus diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. US FDA memberitahu bahawa ubat-ubatan ini juga hanya merawat simptom tetapi tidak merawat penyakit sebenar. Ianya tidak berkesan kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga ke 11 tahun.

Mengapa ianya tidak harus diberikan kepada kanak-kanak? Isu ini telah menjadi perdebatan di kalangan para doktor untuk mengimbangi kebaikan dan keburukannya.

Ini berikutan terdapat kes kematian bayi di UK akibat ubat-ubat ini secara tidak langsung.

Kanak-kanak yang mengalami selsema dan batuk selalunya juga mengalami kesukaran bernafas. Kadar oksigen yang masuk ke dalam paru-paru mungkin berkurang dan menyebabkan kanak-kanak itu mungkin rasa mengantuk.

Memberikan antihistamine ( mempunyai kesan sampingan mengantuk) pada mereka menyebabkan mereka bertambah mengantuk dan mungkin tidur pada waktu yang lama. Apabila mengantuk dan tidur, kadar pernafasan kanak-kanak ini akan bertambah kurang. Seterusnya menyebabkan kandungan oksigen dalam paru-paru bertambah kurang.

Jika kandungan kepekatan oksigen dalam darah terlalu kurang, ianya akan menyebabkan jantung berhenti dan kanak-kanak itu boleh meninggal dunia. Ini boleh berlaku pada kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah.

Ia adalah kesan sampingan secara tidak langsung yang sangat dibimbangi. Namun belum ada bukti kajian sains yang menunjukkan ada kaitan secara langsung mengambil ubat antihistamine boleh menyebabkan kematian.

Apakah langkah yang selamat untuk ibubapa untuk merawat anak mereka yang batuk dan selsema?

Untuk melegakan hidung yang tersumbat (stuffy nose), ibubapa boleh menggunakan ubat titik yang mengandungi saline saja. Titikkan ke dalam hidung anak sebanyak satu atau dua titik untuk melonggarkan dan menanggalkan mukus yang pekat atau kering.

Saya juga kadang kala menyarankan kepada ibubapa agar menyedut saja mucuos (lendir) yang menyumbati hidung anak dengan menggunakan mulut. Selepas disedut, lendir itu bolehlah dibuang.

Untuk menghilangkan batuk di kalangan kanak-kanak yang berumur lebih dua tahun boleh berikan air suam atau boleh mencuba berikan setengah sudu madu.

Bagi kanak-kanak berumur dua tahun hingga sebelas tahun, dos madu yang dicadangkan ialah satu sudu. Madu dan air suam juga boleh melonggarkan lendir yang berada di tekak. Namun bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah, penggunaan madu dan air suam tidak digalakkan.

Demam boleh dirawat dengan memberikan ubat panadol atau paracetamol yang boleh didapati dari farmasi. Namun haruslah mengikut preskripsi yang ditetapkan oleh doktor atau ahli farmasi. Menggunakan teknik tapid sponging juga dapat membantu menurunkan suhu badan. Caranya ialah membasahkan tuala kecil dan letakkan di dahi dan celah ketiak kanak-kanak.

Ada juga ibubapa yang mengadu tentang kahak yang sukar dibuang. Ianya terlalu banyak menyebab batuk berbunyi seolah-olah asthma. Doktor akan memastikan kanak-kanak ini tidak menghidap asthma.

Saya selalu mencadangkan kanak-kanak yang lebih besar agar menggunakan teknik menghidu wap menthol. Caranya ialah dengan menggunakan air suam dan letakkan sedikit vick menthol ke dalam air yang suam. Tutupkan kepala kanak-kanak itu dengan tuala agar wap dari vick menthol itu boleh dihidu perlahan-lahan ke dalam dadanya. Tepukkan perlahan-lahan belakang dada kanak-kanak itu agar kahak yang longgar dapat dibatukkan dan dikeluarkan.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (300910)

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog/

8 comments

  1. setuju! biro pengawalan farmaseutikal kebangsaan pun dh keluarkan cirular utk memberitahu pasal ubat batuk utk kanak2 2 tahun ke bawah tidak digalakkan. artikel Dr harap menambahkan lg kefahaman ibu bapa di luar sana utk tidak terlalu ghairah utk bg ubat pd anak2 mereka…

  2. minta izin nk share kat blog n FB ye…TQ

  3. Rodhiah Hj Hussain

    bagaimana dengan ibu yang mengandung…sebab baru2 ni kakak ipar yang keguguran (3 bulan) selepas minum ubat batuk dan selema yg diberi oleh doktor( tpt dia dirawat) walaupun sudah diberitahu bahawa dia sedang mengandung..kata doktor tak menjadi masalah..boleh doktor jelaskan…

  4. Saya minta izin link dalam blog saya.

  5. doktor, sy baru disahkan mengandung ( 4 minggu). utk pengetahuan doktor sblm ni sy mmg ada masalah sinus dan sering mengambil antihistamine spt piriton.actifed, loratadine dll. dan masalah sinus sy ni sering berlaku dan menyebabkan ketidakselesaan pada diri sy spt gatal2 hidung, telinga, selsema. bahayakah kalau sy mengambil antihistamine ketika mengandung? apa perlu sy lakukan ..? maklumla kalau tak ambil antihistamine ni memang menyebakan sy tidak selesa dgn selsema dan gatal2.

  6. terima kasih,
    dok..anak lelaki saya asma..saya selalu beri’subtumol’ setip kali ada batok berkahak..tapi sy ada melihat kesan sampingan subtumol..setiap kali diberi ubat akan keluar bintik2 hitam pada pahanya..selang 2/3 hari berhenti ambil subtumol tanda itu hilang…dan daya ingatan tidak kuat…(anak umur 5 lebih)

Scroll To Top