“Assalammualaikum dan salam Aidil Adha doktor, boleh tidak saya tahu di mana untuk dapatkan pemeriksaan dari doktor sendiri?
Saya dapati ada semacam bengkak di cuping telinga saya. Baru perasan dua minggu lepas. Tiada kesan gigitan serangga, mungkinkah patang tulang? Tetapi tidak pula rasa sakit bila dipicit.
Saya lebih selesa berjumpa doktor sebab doktor lebih memahami jiwa pesakit yang takut jarum dan takut mendengar berita buruk. Terimakasih.”
Wa alaikum mus salam. Semoga ALLAH permudahkan saudara mencari rawatan.
Bengkakan pada cuping telinga saudara berkemungkinan akibat dari pembentukan kumpulan darah beku yang berkumpul di antara tulang rawan (cartilage) dan struktur yang melindunginya (perichondrium).
Bengkakan itu selalunya berada pada permukaan depan cuping telinga. Ia tidak menyebabkan rasa sakit apabila disentuh.
Selalunya disebabkan oleh kecederaan trauma sama ada kemalangan, atau aktiviti sukan lasak seperti tinju, rugby dan bolasepak.
Rawatan yang terbaik ialah melakukan pembedahan kecil dengan membuang kumpulan darah beku itu, sama ada dengan cara menyedutnya menggunakan alat penyedut atau membuat belahan kecil dan mengalirkan keluar darah beku itu.
Apabila darah beku telah dikeluarkan, balutan (bandage) yang ketat atau jahitan yang merapatkan ruang antara cartilage dan perchondrium. Ini akan mengurangkan risiko pengumpulan semula darah beku. Jika tiada jangkitan kuman, antibiotik tidak diperlukan.
Rawatan ini boleh dilakukan di Jabatan ENT di mana-mana hospital terdekat.
Jika ia tidak dirawat, darah beku di situ akan merosakkan tulang rawan cuping telinga dan menyebabkan cuping telinga menjadi bentuk seperti ‘kobis bunga’ dan keadaan telinga yang sebegini disebut sebagai “Cauliflower ear“.
Walau bagaimana pun, jika darah beku tidak besar, ada berkemungkinan ia boleh hilang sendiri tanpa pembedahan kecil itu.
Nasihat saya jika saudara mempunyai perasaan ‘takut jarum dan pisau’, saya nasihatkan agar saudara tuamkan bengkakan itu dengan air suam setiap hari bagi menghilangkan darah beku itu. Walau abaimana pun ia akan mengambil masa yang lama. Insya ALLAH.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :