Tidur berkualiti bantu cergaskan badan dan cerdaskan minda. Tidur yang berkualiti membantu umat Islam mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
Kajian saintifik membuktikan bahawa mereka yang kurang tidur mempunyai dua kali ganda implikasi mati disebabkan oleh sakit jantung atau stroke, terutama pesakit diabetes, obesiti, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Kajian mendapati pesakit berisiko mati lebih awal kerana sering tidur kurang daripada enam jam.
Di Malaysia ramai yang tidak mendapat kualiti tidur yang berkualiti. Kajian menunjukkan kualiti tidur rakyatnya adalah rendah, terutama bagi mereka yang berumur 13 hingga 64 tahun. Sekurang-kurangnya 10% dari mereka mempunyai masalah tidur hampir setiap malam.
Di dalam Islam, tidur adalah aktiviti fitrah dalam Islam. Bumi mempunyai kitaran seharian siang dan malam, begitu juga fitrah manusia. Badan yang penat bekerja perlu diberi rehat, dan tidur yang berkualiti. Manusia yang tidak mendapat tidur yang cukup akan jatuh sakit dan tidak dapat menjalankan tugasan dengan produktif.
Dalam Islam juga ada adab-adab tidur yang tertentu yang boleh meningkatkan kualiti tidur. Antaranya ialah mengiring ke sebelah kanan, berwuduk sebelum tidur, tidur di tempat yang bersih dan tidur menghadap kiblat. Ini membantu memulakan tidur dan mendapatkan tidur yang kualiti.
Hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a pula menjelaskan amalan Nabi Muhammad SAW sebelum tidur:
“Sesungguhnya Nabi SAW jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua-dua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca: Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Semoga umat Islam sentiasa menjaga tidur. Tidurlah dalam keadaan berkualiti agar tidak lesu keesokan hari untuk beribadah kepada Allah SWT dan terus menjalankan tugas sebagai khalifah yang mengurus alam dengan penuh berkat.
#HealthDrZubaidi
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
