TAHAP KERADANGAN TERLALU TINGGI

Saya komen berdasarkan gambar yang dilampirkan.

KEPUTUSAN UJIAN

1. ESR (Erythrocyte Sedimentation Rate): 49 mm/hr (Normal: 0–20)

Jelas menunjukkan keradangan kronik atau subakut dalam badan. Tidak spesifik pada satu penyakit, tetapi menandakan ada proses keradangan berlaku.

2. CRP (C-Reactive Protein): 9.9 mg/L (Normal: <3.3)

Juga tinggi. CRP lebih sensitif berbanding ESR. Kenaikan ini menandakan keradangan aktif, mungkin berpunca dari jangkitan, penyakit autoimun, keradangan sendi, atau faktor metabolik seperti obesiti & sindrom metabolik.

3. CREATINE KINASE (CK): 97 U/L (Normal: 34–145)

Masih dalam julat normal. Tidak ada tanda kerosakan otot atau jantung yang ketara.

4. TROPONIN T: <40 ng/L (Normal: <50)

Normal. Ini menandakan tiada tanda serangan jantung (infark miokard) akut ketika ujian diambil.

KESIMPULAN

Tiada tanda kecederaan otot jantung yang disebabkan oleh serangan jantung (CK dan Troponin normal).

Namun, keradangan dalam badan jelas meningkat (ESR dan CRP tinggi).

Perlu dikenal pasti punca keradangan – sama ada berkait dengan jangkitan, masalah autoimun (seperti rheumatoid arthritis, SLE), keradangan kronik (metabolik, obesiti, diabetes), atau faktor lain.

CADANGAN UNTUK MENURUNKAN KERADANGAN

1. PEMAKANAN ANTI-KERADANGAN

Amalkan minyak zaitun extra virgin (Olivie 30 Plus) setiap hari.

Tingkatkan pengambilan sayur hijau, buah beri, kunyit (curcumin), halia, bawang putih.

Kurangkan makanan proses, gula putih, tepung halus, minyak sayuran terhidrogenasi & makanan bergoreng.

Amalkan ikan berlemak (salmon, sardin, kembung) 2–3 kali seminggu (sumber omega-3).

2. SUPLEMEN

Tocotrienol → anti-oksida kuat, anti-keradangan.

Coenzyme Q10 → melindungi sel & jantung.

Omega-3 (Fish Oil/NV) → kurangkan CRP & keradangan sendi.

Vitamin D & Magnesium → bantu modulasi sistem imun.

3. GAYA HIDUP

Tidur cukup & berkualiti (7–8 jam).

Senaman ringan & konsisten (brisk walk 30 minit sehari).

Kawal stres dengan zikir, doa, teknik relaksasi.

4. PEMERIKSAAN LANJUT

Jumpa doktor untuk mencari punca keradangan tinggi – mungkin perlu ujian darah tambahan (fungsi hati, buah pinggang, autoimun panel, HbA1c, lipid profile).

KESIMPULAN

Walaupun jantung tidak menunjukkan kecederaan, keradangan badan agak tinggi.

Perlu tindakan segera dengan diet anti-keradangan, suplemen sokongan, gaya hidup sihat dan pemeriksaan lanjut untuk mencari punca sebenar.

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A’aFIYAT.

Boleh dapatkan SUPLEMEN ANTI-RADANG

https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-pakej-anti-aging-1-olivie-plus30-250ml-1-tocotrienols-1-nv-fish-oil-1-foc-oleva-stevia-1-foc-buku-menunda-usia-tanpa-ubat

Kajian telah menunjukkan bahawa kunyit mengandungi sebatian dengan sifat perubatan yang dipanggil kurkuminoid, iaitu bahan aktif utama dalam kunyit.

Kurkumin mempunyai kesan anti-radang yang kuat dan merupakan antioksidan yang sangat berkesan.

Dapatkan KAPSUL NUTRELL TURMERIC PLUS di :

https://www.needsvenue.com.my/collections/herbal-food-suplements-from-ibd-utm/products/-ready-stok-tumeric-keluaran-ibd-utm

Leave a Reply

error: Content is protected !!