“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mengalami rasa sakit badan selepas bangun pagi. Adakah ia disebabkan oleh penyakit kronik saya atau kesan sampingan ubat yang saya ambil? Terima kasih”.
Waalaikumussalam.
Ini tanda keradangan tubuh. Selalunya berlaku pada pesakit kronik seperti diabetis, hipertensi, kolesterol, gout atau autoimmune.
Mungkin juga disebabkan oleh ubat yang diambil seperti ubat anti-kolestrole iaitu ubat statin.
Ia mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrien seperti vitamin E dan vitamin B6.
Tanda keradangan yang lain adalah :
✅Kemerahan: Kulit di kawasan yang terjejas mungkin kelihatan merah.
✅Bengkak: Sendi yang terjejas mungkin bengkak.
✅Kehangatan: Sendi yang terjejas mungkin terasa hangat apabila disentuh.
✅Kekakuan: Terutama pada waktu pagi, kekakuan sendi boleh menjadi tanda keradangan.
Beberapa makanan yang dikenali sebagai makanan anti-inflammatory seperti :
Untuk membantu mengurangkan keradangan kronik, terdapat beberapa suplemen yang boleh anda pertimbangkan:
1. Kunyit : Ia mengandungi curcumin mempunyai sifat anti-radang yang kuat dan boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
2. Minyak Ikan : Ia mengandungi asid lemak omega-3, yang terdapat dalam ikan berminyak seperti salmon dan sardin, juga mempunyai kesan anti-radang yang kuat.
3. Anggur Merah : Ia mengandungi resveratrol mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu melindungi tubuh daripada keradangan kronik.
4. Halia : Ia mengandungi gingerol mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang kuat. Suplemen gingerol boleh membantu mengurangkan sintesis prostaglandin, yang bertanggungjawab menyebabkan rasa sakit dan keradangan.
5. Nanas : Ia mengandungi enzim bromelain yang dikenali mempunyai sifat anti-radang yang berkesan. Suplemen bromelain boleh membantu mengurangkan pembengkakan dan nyeri akibat keradangan.
6. Minyak zaitun : Ia mengandungi antioksidan seperti oleocanthal yang mempunyai sifat anti-radang yang kuat.
Boleh tambah makanan tersebut dalam kita kita seharian.
Selain itu terdapat beberapa suplemen yang membantu. Antaranya:
1. Vitamin E : Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif. Ia juga mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
2. Vitamin C : Vitamin C juga merupakan antioksidan yang kuat dan memainkan peranan penting dalam sistem imun. Ia membantu mengurangkan keradangan dengan mengurangkan tahap radikal bebas dalam badan.
3. Minyak Ikan : Minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3, terutamanya EPA dan DHA, yang mempunyai sifat anti-radang yang kuat. Suplemen minyak ikan boleh membantu mengurangkan keradangan, mengurangkan rasa sakit sendi, dan meningkatkan kesihatan jantung.
Mengambil suplemen ini boleh menjadi sebahagian daripada strategi untuk menguruskan keradangan kronik kronik.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#keradangan
#sakitbadan
#sakitsendi
#vitaminE
#minyakikan
Untuk mendapatkan vitamin C tiada gula dan tiada asid :

Untuk mendapatkan vitamin E :

Untuk mendapatkan minyak ikan :

Untuk mendapatkan KAPSUL NUTRELL TURMERIC PLUS :

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
