“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Lengan bawah bahu kiri saya sakit, terutamanya apabila ingin mengangkat tangan lurus ke atas atau memutarnya ke kanan. Kadang-kadang rasa sakitnya berdenyut, kadang-kadang pula seperti pedih. Adakah ini disebabkan oleh urat tersepit, frozen shoulder, atau masalah saraf? Terima kasih”.
Waalaikumussalam.
Sakit pada bahagian lengan bawah bahu kiri seperti yang puan alami boleh disebabkan oleh beberapa punca.
Pertamanya, Frozen Shoulder. Keadaan ini berlaku apabila tisu sekitar sendi bahu menjadi kaku dan tegang, menyebabkan pergerakan bahu menjadi terbatas dan menyakitkan.
Biasanya rasa sakit berlaku ketika cuba mengangkat tangan atau memutarnya, seperti yang puan sebutkan.
Kedua, Urat Tersepit atau Nerve Impingement.
Jika saraf di kawasan leher atau bahu terhimpit (seperti saraf di tulang belakang serviks), ia boleh menyebabkan rasa sakit, pedih, atau berdenyut di bahu, lengan, atau tangan.
Kadangkala ini juga disertai dengan kebas atau rasa lemah pada lengan.
Ketiga, Rotator Cuff Injury. Ia adalah kecederaan kumpulan otot dan tendon di sekitar sendi bahu. Kecederaan atau keradangan di kawasan ini boleh menyebabkan sakit ketika menggerakkan bahu, terutamanya apabila mengangkat tangan ke atas.
Keempat, keradangan pada tendon atau bursa. Bursa adalah kantung berisi cecair di sekitar sendi juga boleh menyebabkan rasa sakit yang tajam atau pedih di kawasan bahu.
Kelima, masalah saraf dari tulang belakang serviks (seperti cakera tergelincir atau spondilosis), ia boleh menyebabkan sakit yang dirujuk ke bahu atau lengan.
Jadi pemeriksaan doktor dan x-ray/ MRI perlu dilakukan.
Apa yang puan boleh dilakukan?
✅ Rehatkan bahu: Kurangkan aktiviti yang memberi tekanan pada bahu seperti mengangkat barang berat.
✅ Tuan sejuk/panas: Tuam sejuk boleh membantu mengurangkan keradangan, manakala tuam panas boleh melonggarkan otot yang tegang.
✅ Doktor mungkin berikan ubat penahan sakit.
✅ Selain itu puan boleh amalkan Minyak Ikan dan Vitamin E jika ia berulang.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#sakitbahu
Boleh dapatkan vitamin E NATRIEO di :
Boleh dapatkan Minyak Ikan NV di :
Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz