“Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting di facebook.
“Masalah yang bagaimana ..?”
“Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca dari saya..”
“Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..”
“Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..”
(saya ada menulis tentang kualiti airmani di https://drzubaidi.com/blog/?p=3536)
“Saya bersimpati dengan masalah saudara. Jadi saudara sudah mendapatkan rawatan..?” Tanya saya.
“Saya diberitahu oleh doctor bahawa masalah saya tiada ubat yang khas, dan saya mahu tahu punca saya mendapat masalah ini..”
“Saudara merokok?”
“Saya tidak pernah merokok seumur hidup saya. Arak tak pernah sentuh, malah air berkabonat juga telah lama saya tinggalkan….”
“Saya sihat, doctor…tapi entahlah. Saya rasa tertekan dan terkejut..”
Saya ada menulis tentang bahaya merokok yang boleh menyebabkan kemandulan lelaki di https://drzubaidi.com/blog/?p=3817
Walaubagaimanapun bahaya rokok bukan saja menyebabkan perokok mengalami masalah kemandulan ini, tetapi juga boleh menyebabkan masalah yang sama pada anak lelakinya, sama ada yang masih di dalam rahem atau yang telah dilahirkan.
Dalam satu kajian yang dilakukan selama 20 tahun, mendapati jika janin dalam rahem atau bayi yang telah dilahirkan terdedah pada pencemaran asap rokok, boleh menyebabkan kanak-kanak lelaki itu akan mengalami masalah kesuburan (air mani yang tidak berkualiti) apabila dia meningkat dewasa.
Pencemaran asap rokok ini boleh berpunca dari ibu hamil yang merokok atau pencemaran asap rokok yang didapati secara sekunder iaitu apabila bapa, datuk atau sesiapa saja yang merokok di rumah.
Kajian yang dibuat berdasarkan Western Australian Pregnancy (Raine) Cohort, bermula dari 1989 hingga 1991 dan mendapati satu dari enam lelaki yang diperiksa mempunyai kualiti air mani (bilangan sperma) yang kurang dari normal, dan seramai 26.4 peratus lagi lelaki yang diuji mempunyai rupa bentuk morfologi sperma yang tidak normal.
“Oo betulkah doctor..? Memang bapa saya kuat merokok dan telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru..”
Bersabar dengan ujian ALLAH dan berusahalah untuk mendapatkan penawarnya. Dan semoga semua perokok mendapat sedikit pengajaran dari informasi dan kisah ini.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi