LAGI ATHLETE MENINGGAL DUNIA DI GELANGGANG

 

Kenapa athlete profesional boleh mati secara tiba-tiba di gelanggang?

 

Banyak faktor boleh menyebabkan atlet profesional kelihatan sihat tetapi tetap meninggal dunia secara tiba-tiba, terutamanya semasa atau selepas aktiviti fizikal intensif.


Dalam bidang perubatan, ini biasanya dirujuk sebagai sudden cardiac death (SCD).


PUNCA

Antara punca utama:

1. Masalah jantung yang tidak dikesan

-Cardiomyopathy (contoh: hypertrophic cardiomyopathy) – penebalan otot jantung yang boleh ganggu aliran darah dan irama jantung.

-Arrhythmia (irama jantung tidak normal) – boleh berlaku walaupun struktur jantung kelihatan normal.

-Coronary artery anomaly – salur darah jantung tersusun abnormal sejak lahir.

-Penyumbatan arteri koronari awal – walaupun jarang, boleh berlaku pada atlet jika ada faktor genetik atau keradangan.

 

2. Masalah elektrik jantung

-Long QT syndrome atau Brugada syndrome – gangguan sistem elektrik jantung yang boleh menyebabkan jantung berhenti mengepam secara tiba-tiba.

 

3. Radang jantung (Myocarditis)

Boleh berlaku selepas jangkitan virus (termasuk selesema biasa atau COVID-19).

Radang ini melemahkan otot jantung dan mudah mencetuskan arrhythmia.

 

4. Tekanan fizikal melampau

Aktiviti intensiti tinggi dalam cuaca panas atau kelembapan tinggi boleh mencetuskan heat stroke atau dehidrasi teruk.

Boleh ganggu keseimbangan elektrolit (natrium, kalium, magnesium) → risiko arrhythmia.

 

5. Faktor darah & pembekuan

Kecenderungan darah membeku (thrombophilia) boleh menyebabkan serangan jantung atau strok secara tiba-tiba.

 

 

KENAPA IA SUKAR DIKESAN?

Kadangkala masalah ini tidak menunjukkan gejala awal atau gejala terlalu halus.

Pemeriksaan kesihatan biasa (medical check-up umum) mungkin tidak mengesan keadaan yang hanya muncul di bawah tekanan tinggi semasa bersukan.

 

PENCEGAHAN & SARINGAN PENTING UNTUK ATLET:

1. ECG & echocardiogram berkala.

2. Ujian tekanan (stress test).

3. Pemeriksaan darah & elektrolit.

4. Saringan genetik jika ada sejarah keluarga kematian mengejut.

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A’aFIYAT

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!