“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Bolehkah ubat anti-hipertensif Amlodipine 10mg dimakan bersama serentak dengan ubat cair darah Aspirin? Terima kasih.”
Walaikumusalam.
Amlodipine 10mg boleh diambil bersama aspirin, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Penggunaan kedua-dua ubat ini serentak boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jadi pemantauan tekanan darah yang kerap mungkin diperlukan.
Masa yang sesuai untuk mengambil amlodipine dan aspirin boleh berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan individu dan nasihat doktor.
Amlodipine: Biasanya diambil sekali sehari, pada masa yang sama setiap hari. Ia boleh diambil pada waktu pagi atau malam, tetapi yang penting adalah konsisten dengan masa pengambilan setiap hari.
Aspirin pula biasanya diambil sekali sehari selepas makan bagi mengelakkan pedih perut akibat gastritis.
Jika diambil untuk mencegah serangan jantung atau strok, ia sering disarankan untuk diambil pada waktu malam selepas makan.
Ini kerana risiko serangan jantung dan strok lebih tinggi pada waktu pagi, dan pengambilan aspirin pada waktu malam boleh membantu mengurangkan risiko ini.
Namun, adalah penting untuk mengikuti arahan doktor anda mengenai masa pengambilan ubat-ubatan ini.
Doktor anda mungkin mempunyai cadangan khusus berdasarkan keadaan kesihatan anda.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#amlodipine
#aspirin
Jika inginkan Minyak Zaitun Olivie 30 Plus dan free gift satu tube UBAT GIGI GARAM BUKIT.
Minyak zaitun membantu merendahkan tekanan darah dan mengurangkan gastritis.
https://www.needsvenue.com.my/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil