
ALAHAN PADA BIJIRIN OAT
Ramai orang yang mencuba mengambil bijiran oats setiap pagi sebagai sarapan. Ia juga dikatakan bagus untuk menurunkan kolesterol dalam darah.
Namun tidak semua orang boleh mengambil bijiran oats sebagai makanan. Ada sebahagian kita mengalami alahan terhadap bijirin oats.
Ini kerana mereka mempunyai alahan pada protein avenin yang ada pada oats. Jika kita mengambil bijirin oats dan mengalami sakit perut, cirit-birit dan juga keradangan kulit, kita mungkin mengalami alahan ini.
Selain itu, gluten juga boleh menjadi penyebab alahan terhadap oat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bijiran oats tidak mempunyai gluten dalam komposisi mereka, tetapi memperoleh sebilangan bahan ini kerana proses pengeluarannya.
Biasanya oat ditanam di tempat yang sama dengan gandum ditanam. Di sinilah berlakunya
pencemaran gluten.
Oleh itu, mereka yang mengalami penyakit celiac atau mengalami beberapa jenis alahan protein perlu sangat berhati-hati dengan pengambilan bijirin oats.
Semoga bermanfaat.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :