Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Melatih Anak Hindari Tabiat Kencing Malam
Melatih Anak Hindari Tabiat Kencing Malam

Melatih Anak Hindari Tabiat Kencing Malam

Tabiat kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing yang tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil bagi kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun.

Oleh itu jika kanak-kanak itu berumur kurang dari 5 tahun, tabiat kencing malam masih boleh diterima. Ini adalah kerana apabila pundi kencing mereka mengumpulkan air kencing di waktu malam, otak mereka belum dilatih untuk memproses rangsangan itu bagi mengejutkan kanak-kanak itu untuk bangun dan membuangnya di bilik air.

Malah ada kanak-kanak yang berjaya melatih diri mereka pada umur yang lebih awal. Ia adalah sebahagian dari proses pembesaran kanak-kanak itu, maka janganlah disalahkan kanak-kanak itu.

Apabila kanak-kanak itu telah berumur 5 tahun ke atas dan mula memasuki sekolah tadika, pada kebiasaannya mereka telah dapat mengawal tabiat kencingnya pada waktu malam.

Tetapi jika masih lagi kencing malam di atas katil, melebihi dua kali sebulan pada umur 5-6 tahun ia dinamakan bedwetting atau nocturnal enuresis.

Bagi kanak-kanak yang selalu saja kencing atas tilam dinamakan sebagai primary enuresis, di mana ia berlaku tanpa sebab-sebab yang jelas.

Walau bagaimana pun harus diperiksa jika terdapat masalah serius seperti masalah saraf tunjang (spinal cord), jangkitan kuman pada air kencing atau diabetes.

Jika ia berlaku sesekali, keadaan ini dinamakan sebagai secondary enuresis, yang boleh terjadi apabila kanak-kanak itu terlalu penat, menghadapi masalah emosi (marah, sedih) atau jadual tidur yang bertukar.

Ia lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki lebih daripada kanak-kanak perempuan. Masalah psychosocial seperti rasa malu atau rendah diri mungkin timbul apabila kanak-kanak ini dimalukan oleh ibubapa atau ahli keluaraga mereka di hadapan orang ramai. Jadi elakkan daripada memalukan mereka.

 

Berjumpa doktor

Kanak-kanak yang berumur 5-7 tahun harus dibawa berjumpa doktor jika tabiat kencing malamnya tidak terkawal, iaitu mungkin setiap hari dia membasahi tilamnya. Namun begitu kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun, tabiat ini adalah proses tumbesaran semula jadi mereka yang tidak perlu dibimbangkan.

Doktor akan bertanyakan beberapa soalan mengenai kekerapan kencing di waktu malam. Oleh itu ibubapa sebaiknya cuba mencatatkan kekerapan anak mereka kencing malam bagi memudahkan rawatan.

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada struktur tulang belakangnya. Pemeriksaan air kencing (UFEME) juga dilakukan bagi menyaring jangkitan kuman pada pundi kencing dan mengesan diabetes.

Doktor akan merawat kanak-kanak itu jika tabiatnya berkaitan dengan masalah kesihatan yang dihadapi.

Ada dua cara membantu kanak-kanak ini, iaitu melatih tabiat mereka (behavior therapy) dan satu lagi dengan memberikan ubat-ubatan.

Antara cara yang disarankan bagi melatih tabiat mereka ialah :

  • Pastikan mereka tidak meminum air yang terlalu banyak sebelum tidur.
  • Pastikan mereka akan ke bilik air untuk kencing sebelum tidur.
  • Berikan penghargaan apabila kanak-kanak itu berjaya mengelakkan kencing malam.
  • Kanak-kanak itu boleh diminta bertanggungjawab atas tabiat mereka dengan membantu ibubapa mengeringkan tilam dan menukarkan cadar.
  • Latihlah kanak-kanak untuk menahan kencing untuk beberapa jam, agar pundi kencing mereka dapat menahan kencing di waktu malam.
  • Terdapat beberapa sistem alarm yang dijual di farmasi bagi membantu kanak-kanak ini bangun untuk kencing di waktu malam.

Bedwetting alarms ialah satu cara membantu kanak-kanak agar dapat mengawal tabiat kencing malam mereka. Ia ada dijual di farmasi terpilih.

Terdapat dua jenis :

1.Wearable alarms

Kanak-kanak akan memakai seluar dalam yang mempunyai alat pengesan alat yang boleh mengesan kelembapan pada seluar mereka. Alat pengesan ini disambungkan menggunakan wayar kepada sistem bunyi yang akan berbunyi jika kanak-kanak itu kencing dalam seluarnya.

2.Wireless alarms


Sama seperti sistem di atas, cuma tiada wayar yang menghubungkan alat pengesan dan sistem bunyi. Apabila sistem ini dirangsangkan, ia berbunyi membolehkan kanak-kanak itu terjaga dan bangun untuk kencing di bilik air. Secara tidak langsung ia akan melatih kanak-kanak ini untuk bangun dan pergi ke bilik air.

Sistem alarm ini digunakan untuk beberapa bulan sehingga kanak-kanak itu benar-benar dapat mengawal tabiatnya. Apabila mereka telah berjaya mengawal tabiatnya selama sebulan, sistem ini diteruskan untuk 2 minggu lagi dan kemudian boleh dihentikan.

Jika kanak-kanak itu menghadapi masalah yang teruk, kemungkinan doktor akan memberikan ubat untuk untuk menghentikan tabiat ini. Antaranya DDAVP (desmopressin) tetapi haruslah berbincang dengan doktor tentang keperluannya. Ubat ini tidak digunakan pada jangka waktu yang panjang.

 

Wallahu a’lam

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (110511)

4 comments

  1. bagaimana dengan anak yg sudah menjagkau 16 tahun..kaedah berurut sdh pernah dilakukan ke atas anak..tetapi ianya tidak membantu.. 🙁

  2. Assalamualaikum Dr,

    Anak saya kini sudah berumur 10 tahun. dalam 1bulan 2-3kali kencing malam. Saya sudah melatih anak saya sebagaimana yg terdapat dalam saranan doktor tetapi anak saya masih lagi kencing malam. bagaimanakah untuk mengatasinya.

  3. Salam dr,
    kwan sya nie sdh menjangkau umr 20 thn nie,tp dia msh lg mengalami mslh kncng mlm.sbgai kwn sya trt sdh dgn keadaan dia.blh x dr tlng kwn sya nie

  4. Salam Dr,
    Saya ada anak yang sudah berumur 10 tahun ,tepai masih lage kencing malam. Dalam seminggu ada 2 hingga 3 kali dia kencing. Tolong bantu saya cara mengatasinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!