Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Halitosis : Pernafasan berbau busuk

Halitosis : Pernafasan berbau busuk

Semua orang mulut berbau

Ramai yang tidak menyangka pernafasan berbau busuk sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Ianya lebih ketara terutama pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali.

Tahap bau busuk yang tidak terlalu serius tidak dapat dikesan oleh sistem deria bau kita. Tetapi apabila apabila ianya terlalu kuat, maka hidung kita mula mengesan bau busuk dari pernafasan kita.

Bau busuk pada mulut ketika menghembuskan nafas ini dinamakan Halitosis.

Bau pernafasan yang busuk akan menyebabkan reaksi yang kurang menyenangkan pada orang lain. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila otak mengesan bau busuk, ianya memaksa fizikal kita menjauhi bau ini dengan mengempiskan lubang hidung. Adakalanya ianya menyebabkan tersedak (gagging) tanpa dipaksa. Malah bagi yang sensitif, bau busuk menyebabkan rasa mual dan mahu muntah.   

Semua reaksi sebegini adalah involuntary, kadang kala menyebabkan seseorang itu berkecil hati, menganggap sebagai itu semua sebagai personal judgement dan merosakkan hubungan interpersonal.

 

Punca pernafasan berbau busuk

Halithosis boleh disebabkan pelbagai faktor. Namun kebanyakan (85–90%), pernafasan berbau berasal dari mulut itu sendiri, samada jangkitan kuman pada mulut, pemakanan (seperti bawang putih, bawang merah, protein-daging dan bahan tenusu), obesiti, merokok dan kesan pengambilan alkohol.

Tanpa kita sedari terdapat banyak kuman (anaerobic bacteria)  yang berada di mulut seseorang. Kuman jenis ini sebenarnya dapat hidup baik di tempat di mana bekalan oksigen kurang. Mereka memakan makanan yang tertinggal di celah gigi, gusi dan mulut dan mengeluarkan bahan kumuh. Kebanyak bahan kumuh yang dihasilkan mengandungi banyak bahan-bahan berasaskan sulfur.

Bau pernafasan yang busuk disebabkan bahan kumur bersulfur yang dinamakan “volatile sulfur compounds.” Jika kuman itu menghasilkan bahan ini dalam mulut kita ianya menyebabkan bau busuk yang menyerupai mayat (Cadaverine), atau daging busuk (Putrescine) atau bau najis manusia (Skatole) atau bau hapak kaki (Isovaleric Acid).

Dental plaque  yang berkumpul berwarna lapisan putih pada gusi dan lidah, menyebabkan ianya tidak cukup oksigen dan sesuai untuk berkembangan populasi kuman anaerobic bacteria ini.

Gusi juga menyebabkan masalah pernafasan berbau busuk akibat jangkitan kuman, abscess, ruang lompang di antara gigi, ruang di antara gigi dan gusi, atau akibat tampalan yang tidak sempurna dan gigi palsu yang kotor.

Keadaan yang tidak sihat ini lebih buruk jika seseorang itu menghidap diabetes mellitus atau mereka yang mempunyai masalah gusi periodontal disease.

Pesakit periodontal disease mengalami kerosakan tulang pipi yang menyokong gigi. Kerosakan yang teruk menyebabkan terdapat ruang lompangcan yang dalam di antara gusi dan gigi (periodontal pockets). Ianya amat sukar dibersihkan dengan baik, menjadikan kawasan ini sesuai bagi pembiakan bacterian anaerobic.

Hidung merupakan punca kedua bagi masalah pernafasan bau busuk. Ianya mungkin disebabkan oleh jangkitan sinus (sinusitis) atau terdapat bahanasing (foreign body) yang tidak disedari, terutama pada kanak-kanak.

Saya pernah mendapat kes, di mana ibubapa mengadu pernafasan anaknya amat busuk, bila diperiksa terdapat buah cermai yang busuk di dalam hidung yang sudah berada di situ selama seminggu dan terletak jauh di dalam hidung.

Tonsil yang bernanah juga menybabkan bau mulut busuk, selain dari tosillolith ( tisu tonsil menjadi batu akibat proses calcification)

Sesorang yang kerap sendawa juga mempunyai masalah pernafasan yang berbau. Cardia adalah injap (valve) di mana pertemuan antara esophagus dan perut (stomach), yang mana selalunya ianya mengecut menyebabkan isi perut tidak dapat naik ke esophagus.  Penyakit-penyakit seperti haitis hernia dan GERD menyebabkan asid naik ke esophagus dan gas keluar melalui mulut.

Selain dari itu penyakit-penyakit lain seperti fetor hapaticus (disebabkan oleh masalah kerosakan hati yang kronik),  jangkitan kuman pada bronchial, ginjal, kanser, diabetis mellitus dan trimethylaminuria (fish odor syndrome).

 

Mengesan bau mulut sendiri?

Cara yang paling mudah untuk seseorang mengetahui sama ada pernafasan kita berbau teruk atau tidak ialah dengan bertanyakan kepada ahli keluarga yang terdekat atau boleh dipercayai atau pasangan masing-masing.

Jika dia memberitahu bahawa kita mempunyai nafas yang berbau, jangan lupa bertanyakan puncanya, sama ada berasal dari mulut atau hidung.

Satu cara lain ialah dengan menjilat di belakang pergelangan tangan dan membiarkannya kering selama dua minit. Selepas kering, cubalah hidu air liur kita sendiri di situ. Itulah caranya anda menghidu bahagian hadapan (anterior) lidah kita.

Cara lain ialah untuk mengetahui bau mulut yang berasal dari bahagian belakang (posterior) lidah.

Ambil sudu dan terbalikkannya untuk mengeruk (scrape) bahagian belakang lidah. Lihat lendir keputihan yang terkumpul dan hidulah baunya.

 

Menjaga Kebersihan mulut

  1. Secara lembut bersihkan permukaan lidah dua kali sehari, dengan menggunakan sudu yang diterbalikkan dan melakukan kerukan (scrapping) secara lembut dan perlahan-lahan.
  2. Mengunyah chewing sugarless gum membantu menghasilkan lebih banyak air liur (saliva), secara tidak langsung akan mengurangkan bau busuk pada mulut. Ianya adalah sesuatu amalan yang bagus apabila tidak sempat untuk membersihkan mulut selepas makan, mungkin atas faktor kesibukan masa.
  3. Berkumuh dengan air garam yang suam atau bahan antiseptic seperti Lestrine. Namun tidak digalakan berkumuh dengan bahan itu selepas menggosok gigi menggunakan toothpaste.
  4. Menjaga kebersihan mulut seperti menggosok gigi dan flossing, kerana ianya penting bagi menanggalkan baki makanan yang tertinggal dan membersihkan  bacterial yang terletak di antara gigi. Gigi palsu (denture) seharusnya  dibersihkan dan direndam menggunakan bahan antiseptic yang khas.

Semoga kita dapat memanfaatkan info di atas dengan baik.

 

Susunan : Dr Zubaidi b Hj Ahmad (010710)

www.facebook.com/drzubaidi                               

 

*** NOTA TAMBAHAN PADA 1 OGOS 2010:

Ramai yang bertanyakan alasan mengapa berkumuh dengan bahan pencuci mulut eg Lestrine tidak digalakkan selepas menggosok gigi dengan ubat gigi, seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh International Dentist Journal pada Jun 2002 (52 Suppl 3:192–6), tiga orang saintis Yaegaki K, Coil JM, Kamemizu T dan Miyazaki H menulis dengan tajuk “Tongue brushing and mouth rinsing as basic treatment measures for halitosis” berpendapat bahawa :

Berkumuh sebelum waktu tidur dengan pencuci mulut (adalah cara terbaik). Namun beberapa pencuci mulut komersial yang mengandungi bahan aktif antiseptik tidak bertindak secara berkesan dengan kehadiran buih yang dihasilkan oleh ubat gigi.

Maka dicadangkan agar tidak menggunakan pencuci mulut (mouth wash) serta merta selepas menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi.  ***

20 comments

  1. salam dr,

    saya nak minta izin utk link blog dr dalam blog saya jika dr tak keberatan kerana byk info2 yg berguna yg boleh saya buat panduan.

    terima kasih.

  2. Asm Dr.

    Anak lelaki saya berumur 32 tahun mempunyai saluran kencing yang bengkok (jumpa doktor di SJMC masa umurnya 13tahun dan doktor tidak dapat buat apa-apa) dan menyebabkan sedikit kencing selalu bertakung selepas kencing dan terpaksa mengikat kain pada kemaluan sepanjang hari untuk beliau dapat bersolat.
    Apa cadangan Dr agar dapat menbetulkan saluran kencing anak saya ini.Stk.

    • Saluran kencing itu adakah ureter atau urethra?

      • Asm Dr, saya baru baca reply Dr kepada soalan saya hari ini. Saluran kencing yang bengkok itu yang ditunjukkan oleh doktor masa itu itu ialah di kemaluan nya so must be urethra. Harap Dr dapat beri cadangan supaya dapat menyelesaikan masalah anak saya ini. Sekian terima saya.

  3. saya berumur 38 thn dan sudah mempunyai 4 org anak .berat badan 60++kg .saya mengalami:
    1.kesakitan pada papan kaki(spt tlg membengkak dan berdenyut)ttp kesakitan dtg tidak kerap.
    2. kesakitan pd kedua2 tumit kaki
    3. rasa sakit menjalar disepanjang betis (tidak kerap)
    4. kesukaran menahan air kencing

    terima kasih dr.

  4. apakah punca mulut kanak-kanak berusia 2 tahun berbau sedangkan saya selalu memberus giginya dan tidak terdapat sebarang kerosakan pada giginya.
    tq dr.

  5. Saya Ada Adik yg mempunyai Masalah mulut berbau.. Beliau berusia 30thn. Skrg ni bila tdr Mlm air liur beliau keluar dgn darah.. Walaupun dia Sudah di beruskan Gigi/Sarapan Pagi still masih berbau. Apakah cara utk mengurangkan Masalah Ini.

  6. salam..doc,sy ada mslh nafas b’bau dn berusia 14 taon..sy dh jmp doktor gigi tpi doc ckp x ade masalah gigi..tpi knp nafas sy b’bau sgt busuk..??…

  7. salam,saye nk bertanya kan,ank saya yg baru berumur 12 bulan mengalami maslah mulut berbau,saya nk tanya adkah ini normal?? sbb sebelum ini kawan saya pernah mengatakan kalau c ibu kerap mencium mulut ank nya akn mendatang kan bau mulut pada ank kita..saya selalu berbuat demikian kerna bertujuan untuk bergurau dgn ank saya..bagaimana??

  8. salam.sy nk bertanya.nafas dri hidung saya berbau busuk.jd bagaimana untuk menangani masalah ni?

  9. salam…saya dapat rasakan yg saya mghidapi masalah halitosis yg agak teruk. walaupun saya sudah mencuba pelbagai cara selain membrus gigi dengan baik, mggunkan floss, brkumur serta kebersihan lidah namun ia tidak membantu.malah setiap pagi saya akan memberus gigi dgn setiap basuhan sbyk 3x, kmudian mmberus lidah 2x,bawah lidah, mbrus gusi, lelangit dan membersihkn hidung mnggunakn nasal hygiene dgn mengambil masa 15 minit. Saya pernah brjmpa doktor gigi utk mmbuang plak namun doktor mngatakn saya tidak ada mslah plak gigi dn doktor gigi mbritahu bhawa saya mencuci gigi dngan kaedah yng betul. tetapi ia menjadi tekanan pada saya setiap kali berhadapan orng…..masalah ini sgt menhadkan komunikasi saya krana saya srang yg suka berkawan lebih2 lagi menggangu komunikasi brsama boss dan kwn di tmpt kerja… berharap doktor dpt memberi penjelasan dan cara2 utk mengurangkn bau halitosis ini ataupun jenis ubat.

  10. salam doc,
    sy mngalami masalah halitosis, telah berjumpa doc sekurang2nya 2 kali setahun namun doc mengatakan keadaan gigi sy bersih.. bgmanapun sy perasan setiap kali sy mnggunakan fros diantara celahan gigi dan gusi terdapat darah yg berbau…sy tidak tahu apa yg harus dilakukan.haruskah sy mncabut gigi tersebut sedangkan keadaannya masih baik(doc yg merawat sy enggan berbuat demikian kerana keadaan gigi tersebut masih baik tetapi tidak mencadangkan cara lain melainkan berus gigi dgn betul, bersihkan lidah dan berkumur namun ianya tidak berkesan)?doc, adakah kaedah lain untuk mangatasinya?

  11. Salam. Doktor, saya nak tanya, saya dah setahun hadapi gigi berlubang, tidak cabut dan hanya bertahan dengan antibiotik serta garam kerana tidak mempunyai masa. Sekarang ni saya perasan, apabila saya menghembuskan nafas melalui lubang hidung kiri, ia akan mengeluarkan bau busuk seperti daki atau najis dan bau itu tidak ada pada lubang hidung kiri, adakah itu disebabkan masalah gigi berlubang atau masalah lain ? adakah ia merbahaya dan apakah caranya ? sirius saya tak tahan dengan bau ini . Harap doktor dapat beri respon secepat mungkin, TQ.

  12. Salam Dr.
    Saya pun nak minta izin utk link blog Dr. dgn blog saya. Banyak ilmu kesihatan. Tq.

  13. A,kum Dr.
    Saya berumur 37 tahun.Sya megalami halitosis yg agak teruk. Dan telah mengalami keadaan sebegini selama 17 tahun. saya buntu dengan keadaan diri sya. Telah perbagai rawatan saya lakukan, baik tradisional atau pun moden, tapi tidak jgk hlang. Sya telah berjumpa dgn pakar telinga, hidung dan tekak,dan prnah membuat ct scan. Tetapi tiada apa2. Skrg sya berjumpa dgn pakar bedah mulut hospital kerajaan dan telah 7 kali mendapat rawatan. Apa yg di beritahu hnya lah berlaku sedikit kekeringan pada ronga mulut sya. Sya hanya di bekalkan dgn ubat gigi, ubat kumur, dan gel pada lidah berjenama bio-tene. Tetapi keadaan tetap sama seperti biasa. Apa masaalah saya yg sebenar nya Dr?

  14. Salam
    Saya ingin menanyakan knp hidung saya mengeluarkan bau busuk.sehingga sangat mengganggu..
    Terima kasih

  15. Salam dr.

    Saya tidak tahu kenapa..
    Walaupun saya baru memberus gigi, sering ditegur oleh family tidak memberus gigi
    Walaupun saya cuba sedaya upaya untuk berus dengan elok dan lama dan teliti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top