Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Bahayakah Menggunakan Minyak Berangin Ketika Hamil?

Bahayakah Menggunakan Minyak Berangin Ketika Hamil?

“Assalamualaikum wbt…

Doktor, saya ingin bertanya, adakah sebarang kesan sampingan jika menggunakan minyak angin pada perut ketika hamil? Saya kerap menyapu minyak angin pada perut kerana rasa tidak selesa. Saya sudah hamil 31 minggu. Harap doktor  boleh berikan  pandangan dan nasihat. Terima kasih.”

 

Wa alaikum mus salam..

Saya percaya apa yang puan maksudkan ‘ketidakselesaan perut’ bukanlah suatu kesakitan perut yang merbahaya. Mungkin ‘tidak selesa’ yang dimaksudkan puan ialah rasa kembung (distension abdomen) akibat perkembangan fizikal bayi yang semakin membesar di dalam rahem, lalu mengambil ruang yang terhad di dalam abdomen.

Jika puan rasa sakit perut yang kuat, sama ada bersama darah keluar dari vagina atau tidak, puan haruslah berjumpa doktor dan tidak hanya menggunakan minyak berangin yang disapukan pada perut saja.

Ubat-ubat yang dijual di farmasi tanpa preskripsi (over-the-counter medicine) untuk mengurangkan ‘ketidakselesaan’ ini sama ada berbentuk krim atau ointment pada amnya tidak mempunyai kesan sampingan pada bayi jika digunakan sesekali.

Bahan aktif yang digunakan dalam minyak berangin ialah menthol. Semakin banyak peratusan menthol yang digunakan, semakin kuatlah ubat itu. Malah ada yang mencapurkan peratusan yang tinggi melebihi 16% sehingga memberikan kesan sampingan seperti kesan terbakar.

Di Malaysia, minyak dan krim berangin banyak dijual dengan pelbagai jenama. Antara yang terkenal ialah ialah ‘minyak cap kapak’ dan ‘vick’.

Penyerapan menthol ini ke dalam salur darah melalui kulit boleh diabaikan kerana kebanyakannya tersejat ke udara sebelum diserap.

Menthol boleh didapati secara semulajadi dari tumbuhan seperti peppermint atau boleh dikeluarkan secara tiruan. Menthol semulajadi adalah lebih selamat.

Bahan-bahan semulajadi lain yang digunakan oleh pengilang pengeluar minyak urut atau minyak sapu untuk mengurangkan kesakitan ialah capsaicin, peppermint dan eucalyptus. Capsaicin atau capsicum (lada) boleh menyebabkan rasa terbakar pada kulit.

Menthol yang digunakan sebagai minyak berangin atau krim berangin tidak dikategorikan sebagai bahan yang selamat oleh FDA US. FDA yang terkenal sebagai badan berkuasa yang mengawal keselamatan ubat-ubatan di US mengatakan ‘belum ada kajian terhadap haiwan yang dilakukan’.

Setakat ini tiada lagi data yang dikumpulkan dari wanita hamil menggunakan menthol yang disapu pada kulit dan mengalami kesan sampingan. Ini bermakna ubat minyak berangin ini bukanlah sesuatu yang disahkan selamat dan juga bukan dianggap merbahaya untuk digunakan oleh wanita yang hamil atau sedang menyusukan anak.

Gunakanlah Menthol semasa hamil jika manfaatnya melebihi mudharat. Jika rasa ‘tidak selesa’ sehingga mengganggu tidur, gunakannya dengan berhemat.

Jika masih risau bolehlah gunakan teknik ‘tuam menggunakan air panas’. Walaubagaimanapun mengikut pengalaman saya penggunaan minyak bermenthol 5% tidak merbahaya. Namun berbincanglah dahulu dengan doktor yang merawat puan.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (271011)

6 comments

  1. saya juga mengalami masalah yg sama..saya telah menggunakan minyak panas semasa kandungan 1 bulan.dh telah menggunakan kerap kali hingga kandungan 2 bulan..adakah ia sgt bhaya??

  2. salam doc…
    saya nak tnya.sekarang sy seganf hamil hampir 6mggu doc ade bg saya pil utrogestan untuk kuatkan rahim saya sbb sblm ni saya pernah mengalami keguguran .. adakah pil utrogestan perlu diambil berterusan??ataupun sehingga berapa bulan kehamilan…

  3. salam, doc saya ade sedikit musykil.period terakhir saya adalah pada 9/10/11. pada hari ke-29 saya telah bersama dengan suami.tetapi terdapat darah selepas melakukan hubungan tersebut.untuk makluman doc,kitaran period saya selalulnya pada hari ke-28,namun hingga hari ini period saya masih belum keluar lagi.adakah itu darah period atau pun sya sedang mengandung?sekian,terima kasih.

  4. salam doc…. saya pregnant dalam 3 bulan. baru – baru ini, saya terjatuh dari tangga dan terkena bahagian punggung sehingga pinggang rasa sakit. so apakah kesan dan akibat terhadap bayi dan diri saya dalam jangka panjang? mohon doctor reply masalah saya ini.. sekian, Terima kasih.

  5. as salam doc,

    kalau gune minyak angin dekat bahu dan kepala x ape ke? or ade effect kat baby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top