
KEBAIKAN MAGNESIUM GLYCINATE
Magnesium glycinate ialah gabungan antara magnesium dengan asid amino glycine. Ia adalah bentuk magnesium yang paling mudah diserap oleh tubuh, dan sangat lembut pada sistem penghadaman — sebab itu ia sering disarankan untuk mereka yang ada masalah usus sensitif, anxiety atau tidur.
Antara manfaat utama Magnesium Glycinate :
1. Menenangkan sistem saraf & kurangkan keresahan
Glycine membantu menenangkan otak, bantu kurangkan simptom anxiety, stress dan irritability
Sesuai untuk individu yang selalu rasa gelisah, susah tidur atau letih mental
2. Meningkatkan kualiti tidur
Membantu tidur lebih nyenyak dan lena
Kajian menunjukkan magnesium bantu regulasi melatonin dan irama tidur semula jadi
3. Mengurangkan kekejangan otot & keletihan
Bagus untuk mereka yang selalu alami kekejangan malam, kebas atau rasa kejang selepas bersenam
Bantu relaksasi otot & elak kekurangan elektrolit
4. Mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung
Magnesium bantu kawal pengecutan otot jantung, tekanan darah dan kestabilan irama jantung
5. Menyokong kawalan gula darah
Magnesium bantu sensitiviti insulin dan kurangkan risiko rintangan insulin, sesuai untuk pesakit pra-diabetes atau diabetes
6. Mengurangkan simptom PMS bagi wanita
Kajian tunjukkan magnesium glycinate boleh bantu kurangkan senggugut, mood swing dan kembung semasa haid
7. Sokong kesihatan tulang
Bekerja bersama kalsium & vitamin D untuk bina tulang yang kuat
DOS BIASA :
200–400 mg sehari (bergantung pada keperluan individu)
Diambil sebelum tidur untuk kesan relaksasi & tidur lebih lena
SIAPA PERLU BERHATI-HATI?
1. Pesakit buah pinggang kronik
2. Mereka yang sedang ambil ubat diuretik, ubat tekanan darah, atau antibiotik tertentu
Jika doktor puan sahkan tiada halangan perubatan, magnesium glycinate sangat sesuai diamalkan secara harian atau sebagai terapi sokongan untuk stres & tidur.
Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A’aFIYAT
#MagnesiumGlycinate #TidurLena #KawalStress #KesihatanHolistik
 Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
				