“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada ambil suplemen Omega-3. Jumlah EPA dan DHA adalah 1500mg dalam satu biji. Berapa biji yang perlu saya ambil sehari? Berapa dos omega 3 untuk orang dewasa sehari ?Apa yang terjadi jika ambil dos tinggi? Terima kasih”.
Waalaikumussalam.
Suplemen Omega-3, termasuk minyak ikan, mengandungi asid lemak omega-3 rantai panjang EPA dan DHA.
Adalah penting untuk membaca label suplemen omega-3 anda untuk mengetahui jumlah EPA dan DHA yang terkandung di dalamnya.
Jumlah ini berbeza-beza, dan label boleh mengelirukan.
Sebagai contoh, produk mungkin menyediakan 1,000 mg minyak ikan, tetapi tahap kedua-dua lemak ini mungkin jauh lebih rendah.
Dos omega-3 yang disarankan untuk orang dewasa bergantung kepada keadaan kesihatan individu.
1. Orang yang sihat: Bagi mereka yang masih muda dan sihat, pengambilan seekor ikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu mungkin mencukupi. Namun jika mengambil minyak ikan ambil dalam dos yang rendah 500mg sehari.
2. Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas: Mereka mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti diabetis, dan hipertensi. Dos yang disarankan adalah lebih tinggi, iaitu 1000mg untuk wanita dan 1500mg untuk lelaki. Jika ada ambil suplemen lain seperti vitamin E, dos yang diambil mungkin lebih rendah. Saya mencadangkan 500mg jika diambil dengan vitamin E.
3. Pesakit dengan masalah penyakit autoimmune atau keradangan yang lain: Disarankan mengambil sekitar 2000mg EPA dan DHA setiap hari. Tetapi jika diambil dengan suplemen lain, terutamanya vitamin E, ambil dos yang lebih rendah seperti 1000mg sehari.
Dos omega 3 mungkin lebih tinggi untuk masalah tertentu, tetapi ia harus diambil dengan nasihat doktor yang merawat dan memantau.
Dos yang selamat sehingga 4000mg, dan selalunya menyebabkan kesan sampingan jika melebih 5000mg.
Dos yang tinggi harus diambil untuk jangkamasa yang pendek untuk rawatan, bukan diambil sebagai suplemen.
Mengambil omega-3 dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, seperti:
– Pendarahan berlebihan: Omega-3 boleh mencairkan darah, meningkatkan risiko pendarahan.
– Masalah pencernaan: Dos yang tinggi boleh menyebabkan loya, cirit-birit, dan gangguan pencernaan lain.
– Penurunan tekanan darah: Omega-3 boleh menurunkan tekanan darah, yang boleh berbahaya bagi mereka yang sudah mempunyai tekanan darah rendah.
Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#minyakikan
Boleh dapat PROMO MINYAK IKAN NV. Jimat RM15 untuk 3 botol
https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-family-pack-3-unit-nv-fish-oil-

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
