{"id":995,"date":"2010-11-21T11:07:22","date_gmt":"2010-11-21T03:07:22","guid":{"rendered":"http:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=995"},"modified":"2023-03-03T12:36:42","modified_gmt":"2023-03-03T04:36:42","slug":"ultrasound-sejauh-mana-ketepatan-penentuan-jantina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ultrasound-sejauh-mana-ketepatan-penentuan-jantina\/","title":{"rendered":"Sejauh Mana Ketepatan Ultrasound Mengesan Jantina?"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c<em>Doktor, kenapa doktor cakap bayi saya perempuan. Minggu lepas buat scan di klinik lain, doktor kata lelaki!\u201d<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Fuh\u2026 berpeluh saya mahu jawab soalan itu. Apakan tidak, saya tidak tahu <em>judgement<\/em> yang dilakukan oleh doktor lain. Mungkin pada masa itu dia melihat ada petunjuk-petunjuk yang membawa kesimpulan bahawa bayi itu lelaki.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya buat <em>scanning<\/em> sekali lagi. Berulang-ulang kali. Masih lagi mencari petunjuk yang dilihat oleh doktor \u2019di klinik lain\u2019 itu. Setelah 15 minit berusaha untuk memuaskan hati ibu muda itu, akhirnya saya menyerah mengangkat bendera putih.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya tidak jumpa imej bayang zakar yang seharusnya ditemui di layar mesin <em>ultrasound <\/em>yang membawa petunjuk bayi itu lelaki. Akhirnya saya menetapkan pendirian. Saya mengambil buku <em>antenatal clinic<\/em> yang berwarna merah dan menulis : <em>mungkin perempuan.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakan FB saya, <a href=\"http:\/\/www.facebook.com\/amin007.ledang\">Amin Ledang<\/a> bertanya \u201c<em>ada kebarangkalian tak, apa yang dijangka dalam ultrasound tak sama semasa bersalin<\/em>?\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bukan Amin Ledang saja. Itulah soalan yang kerap saya terima dari ibubapa yang <em>ter\u2019over-excited<\/em>\u2019 bila diberitahu jantina bayi mereka, tetapi apabila dilahirkan, berlainan jantina pula. Lain yang diberitahu, lain pula yang diterima.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor yang menyambut kelahiran diajukan pelbagai soalan akibat \u201dkesalahan\u201d yang dilakukan oleh doktor yang lain. Akhirnya doktor yang menyambut bayi membalas, \u201d<em>doktor yang buat scan tu kurang bijak\u201d. <\/em>Jawapan terbaik untuk melepaskan diri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kes ini, ibubapa bukannya tidak dapat menerima ketentuan takdir, tetapi ibubapa mempersoalkan kesahihan atau kebolehan teknologi <em>ultrasound<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang professor pakar perbidanan pernah berseloroh ketika memberikan ceramah, \u201c<em>Ultrasound at the hand of an incapability person is AUTA-SOUND\u201d.<\/em> Tepat sekali kata-kata beliau, <em>ultrasound<\/em> sepatutnya bertujuan untuk mencerahkan persoalan dan tandatanya, tetapi telah menjadi alat pembohongan dan mengeruhkan kekeliruan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Ketepatan ultrasound<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Teknologi <em>ultrasound<\/em> telah membantu para doktor melakukan pemeriksaan ke atas ibu yang hamil untuk mengetahui<span style=\"text-decoration: underline;\"> kesihatan bayi<\/span>. Ia boleh dilakukan seawal usia kehamilan enam minggu untuk mengesahkan kehamilan. Namun bagi usia kehamilan yang terlalu awal, terlalu sukar untuk menentukan jantina bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia biasa dilakukan pada usia kehamilan antara 18-22 minggu. Pada usia begini, pembentukan alat kelamin, (zakar bagi lelaki dan bibir labia dan <em>clitoris<\/em> bagi perempuan) telah matang dan mudah dilihat imejnya melalui bayangan <em>ultrasound.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain meninjau jantina, <em>ultrasound <\/em>juga boleh menentukan umur bayi, mengagak tarikh kelahiran, dan mengesan sebarang kecacatan fizikal yang dialami oleh bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi apakah faktor yang menentukan ketepatan jangkaan yang diukur oleh <em>ultrasound? <\/em>Atau berapa tepat jantina anak yang diberitahu oleh doktor yang membuat <em>scanning<\/em> itu?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Saya kadang kala berasa kasihan apabila seorang ibu yang agak \u2018kecewa\u2019 setelah mendapati jantina anak yang diberitahu doktor tidak sama dengan jantina anak yang dilahirkan. Isu ini saya telah kupas dalam artikel sebelum ini. (Rujuk <a href=\"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=988\">https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/?p=988<\/a>)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dahulu peralatan <em>ultrasound <\/em>amat sukar didapati. Hanya orang benar-benar bertauliah dan berkebolehan saja yang berpeluang menggunakannnya. Mereka yang \u2018pakar\u2019 dalam melakukan <em>scanning <\/em>biasanya telah menjalani latihan dan telah melakukan pemeriksaan ke atas beribu-ribu pesakit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kini, doktor yang baru sahaja tamat menjalankan latihan <em>housemanship <\/em>mengaku berkebolehan melakukan <em>scanning<\/em>. Di kalangan klinik-klinik swasta, banyak yang telah dilengkapi oleh peralatan ultrasound itu. Namun saya amat sangsi jika doktor-doktor ini amat berkebolehan melakukan <em>scanning<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malah ada doktor yang tidak memegang MBBS dan MD, iaitu doctor alternative dari <em>homeopathy<\/em> juga melakukan ujian <em>ultrasound<\/em>. Agaknya ini semua semangat <em>Malaysia Boleh!<\/em>, walaupun tidak berpengetahuan tetapi boleh melakukannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi ketepatan pemeriksaan ultrasound yang dibuat. Ini kerana penentuan jantina bayi adalah berdasarkan bayangan imej alat kelamin (zakar untuk lelaki atau <em>clitoris\/labia <\/em>untuk perempuan<em>) <\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Antaranya ialah <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">umur kehamilan<\/span>. <\/strong>Tidak ada gunanya berjumpa doktor untuk melihat jantina bayi jika wanita itu baru saja kelewatan haids baru seminggu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Masa yang sesuai antara 18-22 minggu ketika pembentukan alat kelamin bayi itu semakin matang. Selepas 22 minggu, selalunya berlaku pertindihan anggota bayi yang menyukarkan melihat alat kelamin bayi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bayi semakin membesar dalam ruang rahem yang terhad, jadi anggota tubuh seperti tangan dan kaki terpaksa berlipat dan menyukarkan usaha melihat zakar dan <em>clitoris.<\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">peralatan ultrasound<\/span><\/strong> yang digunakan juga memainkan peranan yang penting. Ada doktor yang masih menggunakan peralatan ultrasound yang lama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Terdapat banyak perbezaan antara imej dari ultrasound 2D dan 3D. Imej 3D adalah imej yang terang dan seakan-akan kita melihat fizikal bayi yang <em>real. <\/em>Sementara imej 2D hanyalah imej bayangan dari bayi itu. Ia seperti imej bayangan pokok yang berada di tanah apabila matahari menyuluh pokok itu dari belakang. Doktor tidak melihat imej yang<em> real<\/em>.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">latihan dan pengalaman<\/span><\/strong>, sudah tentu doktor akan tersilap mentafsirkan imej bayangan yang dilihat. Malah bayangan imej yang disangkakan zakar itu mungkin adalah bayangan imej jari bayi itu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><span style=\"text-decoration: underline;\">Kedudukan bayi<\/span><\/strong> juga memainkan peranan penting. Jika bayi berada dalam kedudukan normal, iaitu kepala di bawah, punggung dan kemaluannya akan berada di dada si ibu. Ini memudahkan melihat alat kelamin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berbanding dengan kedudukan songsang di mana punggung dan alat kelamin bayi berada di dalam tulang punggung (<em>pelvic bone)<\/em> ibu. Amat sukar untuk melihat alat kelamin.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\">Mencari petunjuk-petunjuk itu<\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebenarnya bayangan imej bagaimana yang cuba dilihat oleh doktor?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jadi sebelum terlalu percaya kepada doktor yang melakukan ujian ultrasound, elok juga saya berikan beberapa fakta yang elok diperbincangkan dengan doktor.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk menentukan jantina bayi lelaki, doktor akan cuba melihat petunjuk iaitu bayangan zakar. Ia berada di bahagian hadapan punggung bayi. Zakar itu kecil dan berada di antara lipatan kedua-dua peha bayi itu. Inilah cabarannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika peralatan ultrasound yang digunakan sudah tidak berfungsi dengan baik, doktor pula kurang pengalaman, bayi bergerak-gerak, atau umur bayi masih awal,\u00a0 maka ini semua akan menggagalkan usaha mencari bayangan zakar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Doktor juga cuba melihat petunjuk <strong><em>\u201cturtle sign\u201d<\/em><\/strong> bagi mengesahkan jantina bayi itu lelaki. Ia sebenarnya adalah bayangan hujung batang zakar terlunjur keluar dari kerandut zakarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi pengesahan bayi yang mempunyai jantina perempuan, doktor akan mencari bayangan clitoris dan labia. <em>Clitoris<\/em> adalah <em>kelentit <\/em>yang berada di bahagian atas di antara dua <em>labia<\/em> (bibir) kemaluan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bayangan ini dinamakan sebagai <strong><em>&#8220;Hamburger Sign<\/em><\/strong>&#8221; kerana clitoris yang berada di antara bibir labial kelihatan seperti <em>hamburger <\/em>iaitu <em>bibir labia<\/em> kelihatan seperti rotinya dan <em>clitoris<\/em> kelihatan seperti daging hamburger.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Cara yang lebih baik menentukan jantina ialah <span style=\"text-decoration: underline;\">menggunakan peralatan ultrasound 3D<\/span> yang imejnya lebih jelas. Kesilapan mentafsir imej bayang alat kelamin bayi dapat diatasi kerana melihat imej 3D seolah-olah melihat sendiri zakar dan <em>clitoris\/labia<\/em> bayi itu. Imejnya amat jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimana pun tidak semua klinik dan hospital mempunyai peralatan yang canggih ini. Kos pemeriksaannya juga amat mahal. Namun jika ibubapa berkemampuan, tentu sahaja imej yang menarik ini mahu disimpan di album gambar anak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wa allahu a\u2019lam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (050910)<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cDoktor, kenapa doktor cakap bayi saya perempuan. Minggu lepas buat scan di klinik lain, doktor kata lelaki!\u201d Fuh\u2026 berpeluh saya mahu jawab soalan itu. Apakan tidak, saya tidak tahu judgement yang dilakukan oleh doktor lain. Mungkin pada masa itu dia melihat ada petunjuk-petunjuk yang membawa kesimpulan bahawa bayi itu lelaki. Saya buat scanning sekali lagi. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":false,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2}},"categories":[186,6],"tags":[193,195],"class_list":["post-995","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-perancangan-keluarga","category-pregnancy","tag-jantina-bayi","tag-ultrasound"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/p10sZy-g3","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":988,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/menilik-jantina-bayi-menggunakan-ultrasound\/","url_meta":{"origin":995,"position":0},"title":"Keperluan Menilik Jantina Bayi Menggunakan Ultrasound","author":"drzubaidi","date":"20\/11\/2010","format":false,"excerpt":"\u201cDoktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?\u201d Ramai doktor yang teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Perasaan bersalah dan berdosa pernah menjelma di jiwa saya. Adakah saya mengganggu qadar Allah yang menentukan sama yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan? Selama ini saya menganggap apa yang berada\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":1369,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/kelongsong-bayi-tidak-kelihatan-semasa-ultrasound\/","url_meta":{"origin":995,"position":1},"title":"Kelongsong Bayi Tidak Kelihatan Semasa Ultrasound","author":"drzubaidi","date":"04\/02\/2011","format":false,"excerpt":"\u00a0 Komunikasi antara doktor dan pesakit adalah perlu. Tugas doktor bukan saja merawat pesakit tetapi juga memberikan penerangan terhadap penyakitnya, mengenai apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu. Tanpa penjelasan yang terbuka dan jelas, akan terdapat ruang-ruang kesamaran yang akan diisi oleh pelbagai tanggapan dan andaian. Klinik fb\u2026","rel":"","context":"In &quot;Kehamilan&quot;","block_context":{"text":"Kehamilan","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/pregnancy\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/gs.jpg?fit=800%2C536&ssl=1&resize=350%2C200","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/gs.jpg?fit=800%2C536&ssl=1&resize=350%2C200 1x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/gs.jpg?fit=800%2C536&ssl=1&resize=525%2C300 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/gs.jpg?fit=800%2C536&ssl=1&resize=700%2C400 2x"},"classes":[]},{"id":5938,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/waktu-sesuai-untuk-scan-jantina-bayi-dalam-rahem\/","url_meta":{"origin":995,"position":2},"title":"Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem","author":"drzubaidi","date":"24\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan\" WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"ultrasound 2","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/ultrasound-2.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":5931,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/ketepatan-scan-jantina-bayi-dalam-rahem\/","url_meta":{"origin":995,"position":3},"title":"Ketepatan Scan Jantina Bayi dalam Rahem","author":"drzubaidi","date":"23\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. terima kasih kerana membuka perbahasan mengenai scan bayi. Saya mohon pendapat doktor. Isteri saya pernah hamil minggu ke 16 dan doktor memberitahu bahawa bayi dalam rahem adalah perempuan, bila minggu ke 20 pula doktor melakukan scan semula memberitahu bayi kami adalah lelaki. Akhir sekali apabila bayi kami dilahirkan,\u2026","rel":"","context":"In &quot;Doktor Menjawab&quot;","block_context":{"text":"Doktor Menjawab","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/doktor-menjawab\/"},"img":{"alt_text":"","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/ekf1-300x225.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":478,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/memilih-jantina-anak-sains-atau-takdir\/","url_meta":{"origin":995,"position":4},"title":"Memilih Jantina Anak : Sains atau Takdir?","author":"drzubaidi","date":"06\/08\/2010","format":false,"excerpt":"Doktor bukannya Tuhan Saya amat serba salah apabila pasangan muda yang datang berjumpa saya dan menyatakan keinginan mereka untuk memilih jantina mereka. Bunyi permintaan mereka mungkin terlalu na\u00efve dan innocent didengar, tapi bila dikaji dari segi akidah, ianya sungguh mengerikan. Saya sering mengingatkan mereka yang doktor bukannya tuhan, yang boleh\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"","src":"","width":0,"height":0},"classes":[]},{"id":5927,"url":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/berdosakah-melakukan-scan-untuk-mengetahui-jantina-anak\/","url_meta":{"origin":995,"position":5},"title":"Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?","author":"drzubaidi","date":"23\/05\/2014","format":false,"excerpt":"\"Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina\u2026","rel":"","context":"In &quot;Bina Keluarga&quot;","block_context":{"text":"Bina Keluarga","link":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/category\/koleksi-artikel\/perancangan-keluarga\/"},"img":{"alt_text":"scan 1","src":"https:\/\/i0.wp.com\/drzubaidi.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2014\/05\/scan-1-300x197.jpg?resize=350%2C200","width":350,"height":200},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/995","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=995"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/995\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15897,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/995\/revisions\/15897"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=995"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=995"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/drzubaidi.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=995"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}